SEMBANG KOSONG: Siapa Buka Pekung Itu?

Isunya adalah kau mempertontonkan masalah dan krisis keluarga kau kepada manusia seantero dunia.
Pihak yang bersalah tu memang dah tentu bersalah, tapi kau tak fikir panjang ke sebelum bertindak merakam dan berkongsi video tu di alam maya ni?
Kau buka pekung keluarga kau sendiri.

Tu belum lagi bab orang yang dok komen berdasarkan video yang sejemput durasinya tu. Hanya tonton hal yang beberapa saat, keluar semua tokoh hakim dan peguambela. Takut juga bila membacanya sebab nampak tahap fikiran dan emosi penaip.
Kau buka pekung diri sendiri.

Kena pula page-page terkenal ni ambil peluang untuk share dan upload tanpa sumber. Sebab perkara dah jadi viral, masa inilah nak naikkan hits page atau websitenya. Dibahagian komen, pung-pang-pung-pang pengikut dok menegakkan pendirian. Segala fakta keluar. Apa admin tu kisah, janji hits meningkat. Lepas tu, mana pengikut yang punyai empati lebih, share lagi video tu dengan alasan ‘sebagai pengajaran’ kepada yang lain.
Kau buka pekung masyarakat.

Lalu tengoklah pula majoriti ‘jenis’ manusia yang menjadi bahan tontonan, yang merakam, yang memberi komen dan yang share segalanya. Yang lain dok jeling je tindak-tanduk mereka.
Kau buka pekung ‘jenis’ manusia dan agamanya.

Kau ingat tindakan kau tahap itu? Cukuplah dapat puaskan hati supaya yang dimarahi mendapat malu?
Ada domino’s effect untuk setiap tindakan.

Oh, mungkin juga aku silap. Mungkin kau dah fikir panjang sebelum bertindak. Memang kau dah tahu pekung siapa mahu kau buka.
Bukalah, sebesar-besarnya.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s