SEMBANG WAYANG: Deadpool

deadpool

Wade Wilson merupakan seorang pembunuh upahan yang terpaksa menjalani sesi ekperimentasi yang dasyat di mana telah menjadi titik tolak perubahan besar di dalam hidupnya. Mempunyai kebolehan untuk sembuh dengan pantas tapi mentalnya ‘sedikit’ tidak stabil, bakal memberikan kisah pemburuan yang penuh humor!

Tajuk: Deadpool

Edaran: 20th Century Fox

Genre: Aksi, Komedi

Pengarah: Tim Miller

Bahasa: English

Tayangan Malaysia: 11 Februari 2016

Tempoh: 106 minit

Pelakon: Ryan Reynolds, Morena Baccarin, Ed Skrein, Gina Carano, T.J. Miller

Panggung Wayang: GSC NU Sentral, Kuala Lumpur

Sembang:

Siapa yang tak hyped dengan filem ni? Sila pergi jauh dan hiduplah bersama hidupan flora fauna sahaja! Haha. Ala.. gurau je. Weh, ini baru sikit, tapi dalam filem ni, mulut si becok Wade Wilson tu lagi celupar tahap laser dasyat Death Star tahu tak? Haa.. “Deadpool” adalah filem superhero paling kelakar dan penuh aksi pernah aku tonton (Ant-Man lawak juga, tapi terlalu santai).

Impian bertahun Ryan Reynolds untuk membawa watak kesukaan ramai peminat komik Marvel ni sudah pun tercapai dan ternyata langsung tak mengecewakan! Lakonan yang bersahaja dengan dialog lawak yang dilontarkan dari mulut dia sangatlah natural. Deadpool yang ini adalah penebusan untuk watak Deadpool hampeh dalam “X-Men Origins: Wolverine” dahulu. Aku pun sakit hati melihat mantan watak Deadpool tu.. Haih. Begitu juga dengan lakonan terbaik watak yang lain. Watak kekasih Wade yang bersahaja dan sekepala tu memang seronok. Tambahan lagi dua watak dari X-Men; Colossus dan Negasonic Teenage Warhead – bapak ganas, panjang, pelik nama dia – memang gabungan yang menjadi.

Satu lagi yang menarik adalah perjalanan filem yang tidak linear. Permulaan filem adalah bahagian tengah cerita tu sebenarnya. Oh, opening filem ni adalah yang paling best dan unik. Memang kreatif cara penyampaiannya dan itu buat aku terus lekat dan nak tengok apa punca segalanya. Disebabkan ini filem Deadpool, keadaan adalah sedikit nampak bersepah, tapi sentiasa dapat diselamatkan dengan lawak dan aksi yang super-duper-ohsem! Kecewa la sikit sebab walaupun rated tontonan tu 18 tahun, masih banyak babak kejam dan ‘nakal’ yang di-zoom-in kan.

Dalam filem ni memang penuh sangat dengan ‘easter eggs’ dan rujukan pelbagai filem dan pop culture! Aku memang tak henti gelak, tapi adik aku tak gelak sangat.. Mungkin sebab diorang masih belum tahap geek seperti aku.. Sila liarkan mata dan telinga korang masa menonton ye. Adunan rasa humor yang melampau (tapi on spot), aksi dan drama yang bagus. Berjaya untuk cipta rasa tu walaupun untuk babak yang pendek. Sangat seronok bila ada perkaitan dengan X-Men dalam filem ni. Jadi ada peluang untuk watak-watak X-Men lain untuk muncul dalam filem akan datang ataupun untuk Deadpool muncul dalam filem X-Men tu sendiri. Tazzabar!!

Ada post credit scene ye kawan-kawan dan ada special announcement dalam tu. Tapi, bila dengar announcement tu, aku sorang je seronok.. yang lain hambar je.. Aku macam, “Weh, korang.. Good news kot!!”. Bertabahlah..

Kalau tak boleh sabar, highlight text di bawah untuk SPOILER POST CREDIT SCENE.

Deadpool bakal ada sekuel! Dan…. dia bagitau akan ada CABLE!! Whoaaa~

Keseluruhannya, ini filem jujur dan penampakkan Deadpool yang sebenar! Costume pun cun habes. Setiap bibit perkataan yang keluar dari mulut Wade memang sangat lawak dan mereka berjaya kekalkan momentum tu sampai habis. Laa.. ada juga babak-babak yang buat aku sendu untuk beberapa saat (je). Aku sentiasa boleh abaikan ‘keselesaan’ bila menonton filem pertama untuk kenalkan sesuatu superhero tu – sebab jalan cerita yang mudah dan straightforward (macam Ant-Man la..). Yang pasti, filem ini sangat menghiburkan, tambahan lagi kalau korang ada la tahu sikit-sikit tentang filem dan pop culture.

POPKON:

popkonX5

Ini SEMBANG aku saja. Kalau korang ada yang lagi best, sila tinggalkan diruangan komen!

Keyword: Deadpool, Deadpool review, Deadpool movie, sembang wayang, movie review, Deadpool 2016, filem Deadpool, filem 2016 review bahasa melayu, bahasa malaysia

Advertisements

5 thoughts on “SEMBANG WAYANG: Deadpool

  1. yang penting, ada anak-anak, memang jangan bawa tengok deadpool ni. bahasa yang digunakan tak appropriate. dan jangan salah anggap movie ni sama dengan avengers tu..kalau avenger, memang untuk budak je..hehe

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s