SEMBANG KOMIK: “Kenapa Komik Kita Tak Macam…”

komikmalaysia

Kebelakangan ni aku asyik ‘terserempak’ dengan posting beberapa manusia di Facebook yang bertanyakan mengapa masih sukar mahu menjadi seorang pelukis komik di Malaysia berbanding negara lain seperti Jepun mahupun US? Sebelum mulakan apa-apa, whoaa.. buat-buat break dulu, bro. Tak setara timbang tara perbandingan tu. Industri komik di Malaysia ni langsung tak sama dengan Jepun! Tapi kenapa Jepun? Bukan US atau Korea? Atau apa jua negara lain di dunia ni?  Meh aku kongsi sesuatu dengan korang..

PERINGATAN Sebelum teruskan membaca, sumber rujukan untuk penulisan ini tahap internet sahaja..

Okaylah, aku ni bukan seseorang yang sedang buat Master atau PhD berkaitan komik ni. Malah, bukan pakar atau pro pun berkaitan komik. Kebanyakan bahan pembacaan adalah dari internet sahaja. Untuk pendedahan dan kupasan lebih serius dan ‘deep’, kajian tu harus lebih mendalam supaya apa yang nak diceritakan lebih tepat dan sahih. Sebenarnya ada je golongan scholar yang buat research dan tesis berkaitan komik, tapi masih susah nak jumpa dalam internet. Ada kat library kot.. Oleh itu, PERINGATAN AWAL! Dalam posting ini pasti ada kepincangan dan kekurangan yang mungkin berlaku. Jika ada, harap sangat korang boleh tunjukkan jalan yang benar.. dengan bahan rujukan ye!

Sedikit tentang sejarah komik dunia

Kalau nak diceritakan tentang sejarah komik di dunia, permulaan kewujudan komik itu sendiri bukan berasal dari Jepun tapi dari negara barat. Bermula sebagai penggunaan ilustrasi secara berurutan (sequential pictures), terus berevolusi kepada penghasilan komik – dibantu dengan kewujudan teknologi cetakan yang diperkenalkan kepada barat pada tahun 1440. Teknologi cetakan membolehkan penyampaian dan edaran komik lebih meluas dan mudah. Tema komik ketika ini lebih kepada humor dan satira, mewujudkan istilah ‘comic’ yang secara literalnya bermaksud ‘kelakar’ dan ‘lucu’.

Ilustrasi berurutan ni sebenarnya sudah wujud zaman dahulu lagi bila melihat kepada lukisan torehan di dalam gua semasa zaman pertengahan. Pada zaman moden, ada juga ilustrasi berurutan dihasilkan tetapi dengan lukisan pada kanvas – di mana format begini susah lah nak share dan diedarkan.

Komik pertama yang menggunakan teknik komik yang kita lihat sekarang dihasilkan oleh William Heath berjudul “The Glasgow Looking Glass” pada tahun 1825. Ini merupakan naskah pertama yang menggunakan konsep ilustrasi berurutan yang dicetak dan diedarkan secara meluas. Komik jenis ini dikenali sebagai komik strip. Sebuah lagi karya yang dikatakan komik pertama adalah “The Yellow Kid” oleh Richard Felton Outcault pada 1895.

bh14x8_home
Domestic Intelligence: Home, Sweet Home. Glasgow Looking Glass – June 25th, 1825. Source: University of Glasgow
toepffer_cryptogame_13
Antara karya yang menggunakan ilustrasi berurutan oleh Rodolphe Töpffer. Source: Wikipedia

 

Industri komik meningkat naik pada tahun 1920-an ke 1930-an dengan variasi tema selain humor seperti aksi, pengembaraan dan misteri. Ketika ini, kebanyakan komik dicetak dan dibaca melalui akhbar sebelum mula digabung menjadi kompilasi pada tahun 1929. Sehinggalah tahun 1938, kehadiran komik dengan tema superhero – “Superman” mula menjadi titik tolak lonjakan populariti komik sehingga mencipta gelaran ‘Komik Amerika (US)’. Namun, industri komik ini mula merundum kembali pada tahun 1950-an, selepas Perang Dunia ke-2.

Kejatuhan populariti komik US membuka peluang dan ruang kepada komik Jepun (manga) untuk beraksi pula. Manga ni wujud sebelum itu lagi, tapi karya Osamu Tezuka berjudul “Mighty Atom” (Astro Boy) pada 1951 memperkenalkan persembahan yang lebih segar dan baru tentang komik. Berlainan dengan komik jenis strip, karya Osamu Tezuka menggunakan kaedah ‘filmic’ yang dipengaruhi animasi Disney pada ketika itu. Manga juga dicetak dengan ratusan muka surat dan bersiri dengan variasi tajuk dan tema termasuk romantis dan fantasi. Pendekatan manga juga lebih dewasa dan merangkumi tema untuk lelaki dan wanita menjadi faktor ia mewujudkan pasaran yang lebih besar.

astro
Manga “Mighty Atom” aka “Astro Boy”. Source: readthebleed.com

Pada abad ke-20, turun dan naik industri komik terdahulu membawa kepada evolusi komik yang kita lihat pada hari ini. Selain komik US dan Jepun, komik Hong Kong (manhua) juga ada mendapat populariti dikalangan peminat komik. Katanya, industri komik yang sedang meningkat naik ketika ini adalah komik Korea (manhwa). Manhwa hadir dengan format yang lebih moden dan terkini, iaitu secara digital. Temanya yang lebih kepada drama dan cinta muda-mudi mudah mendapat tempat dihati pembaca.

Gambaran Perkembangan Komik di Malaysia

Bila media komik ni wujud di Malaysia? Apa komik pertama Malaysia? Hmm.. Angkat tangan siapa yang ada persoalan ini! Haha. Aku pun tak ketinggalan untuk menyelitkan soalan-soalan begini dalam kepala. Puas dah cari berkaitan persoalan ini, tapi tiada artikel yang menceritakan hal ini secara khusus. Berdasarkan pembacaan aku, komik di Malaysia mula mendapat perhatian selepas Perang Dunia ke-2 (dalam 1950-an). Kemungkinan juga penghasilannya bermula sebelum itu lagi di dalam akhbar-akhbar tempatan kerana akhbar wujud di Tanah Melayu sejak 1800-an lagi.

Aku ada jumpa satu entri blog oleh Rudi Mahmood yang cerita sedikit tentang sejarah komik di Malaysia. Korang boleh baca entrinya di sini.

Selain tu boleh baca entri menarik bro khainizni ni tentang pengalaman beliau berkaitan komik di Malaysia. Bacalah di sini.

Walaupun komik telah muncul di Malaysia sudah lama, tapi mula mendapat perhatian pembaca pada tahun 1980-an. Ketika ini Malaysia sudah dilambakkan dengan kehadiran komik dari negara-negara luar seperti Hong Kong dan US. Manga pula mula mendapat tempat pada awal 90-an bermula dengan terjemahannya kedalam bahasa Malaysia. Sedar atau tak, di Malaysia waktu itu terma komik masih belum meluas dan tak banyak pun komik ‘sebenar’ yang dihasilkan. Ini kerana, kebanyakan ‘komik’ dihasilkan dalam bentuk majalah – kompilasi komik-komik pendek bersama bahan penulisan lain sebagai selingan. Contohnya, paling legend adalah “Gila-Gila” dan “Ujang” (salam takziah). Untuk generasi kini, yang dikenali (dan satu-satunya) adalah “Gempak”. Bermula Y2K, komik dihidupkan semula dengan kemunculan komik-komik kompilasi oleh Gempak Starz, begitu juga komik-komik patuh syariah dari Komik-M (PTS) dan Humaira – hanya menamakan sebahagiannya.

Sembang:

Berdasarkan huraian ‘sentuh-sentuh’ tentang komik di atas tu, maka korag tahulah kenapa kita tak sepatutnya membandingkan Malaysia dengan negara-negara gah tersebut. Apa kata, kita cuba bandingkan dengan negara-negara ASEAN kita terutamanya Indonesia dan Singapura? Aku sendiri teringin nak berdiskusi dengan teman-teman dari negara serantau ni untuk kenal dan tahu apa sebenarnya yang sedang berlaku dalam industri komik mereka. Mengikut pengetahuan dan pendedahan aku yang terhad, aku lebih tertarik dengan industri komik di Indonesia sebab ‘kebolehan’ mereka untuk adaptasi pelbagai budaya dan trend ke dalam budaya negara mereka. Walaupun nampak macam sama, tapi aku rasa di Indonesia ada lebih kebebasan untuk berkarya. Agaknyalah..

Perkara menarik yang perlu dilihat adalah, walaupun pelbagai jenis komik dari pelbagai negara, mengapa komik Jepun masih menjadi titik perbandingannya? Pada aku, ini mungkin berlaku kerana diversiti tema dan audiens pasaran yang diperkenalkan dan juga stail lukisan yang lebih mudah berbanding US atau Hong Kong. Kerana luasnya komik Jepun dan animasinya berlegar di internet juga menjadi faktor komik Jepun memberi pengaruh lebih besar kepada pelukis dan peminat komik Malaysia khususnya.

Walaupun komik US masih popular dan komik Korea semakin mendapat perhatian, bagi aku, pengaruh komik Jepun lebih banyak kepada industri komik Malaysia. Lukisan aku sendiri dipengaruhi komik Jepun, begitu juga gaya penceritaan. Walupun aku masih cuba untuk cipta stroke tersendiri, tapi masih tak boleh lari untuk merujuk kepada manga. Secara personal, aku suka gaya lukisan stail Jepun tapi lebih gemarkan taknik penceritaan yang kompleks seperti komik US.

Apa yang kita boleh buat?

Hmm.. sebenarnya sekarang pun banyak usaha yang dilakukan untuk memartabatkan industri komik Malaysia. Kita bakal ada garapan komik sendiri. Tak percaya? Ok macam ni, kalau komik Jepun ada garapan budaya dan sejarah mereka, komik US dengan cerita superheronya, komik Hong Kong dengan teknik pertahanan diri dan komik Korea dengan drama, Malaysia oleh tampil  dengan komik dengan garapan patuh syariah (elemen keislaman). Cuma, usaha ni bukan kerja jangka pendek, mungkin aku dah tua bangka pun usaha yang sama masih diteruskan (tapi harap tidaklah!)

Satu lagi, sokongan dan semangat tu jangan berhenti. Pelukis ataupun peminat, janganlah berputus asa untuk tingkatkan industri komik kita. Komik kita, wajah kita. Ehhh. Marah orang filem. HA HA HA.

Keyword: sejarah komik dunia, sejarah komik malaysia, komik malaysia, komik jepun, komik US, komik Hong Kong, komik korea, industri komik

Link artikel rujukan:

https://en.wikipedia.org/wiki/Comic_book

https://en.wikipedia.org/wiki/History_of_comics

http://www.thecomicbooks.com/old/Hist1.html

http://www.randomhistory.com/1-50/033comic.html

https://en.wikipedia.org/wiki/History_of_manga

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s