SEMBANG WAYANG: The Finest Hours

finest

Filem yang berdasarkan dari sebuah kisah benar ini mengisahkan tentang misi menyelamat oleh sekumpulan Pengawal Pantai pada tahun 1952. Dua buah kapal tangki minyak mengalami masalah di tengah laut akibat dipukul ombak besar ketika ribut. Para Pengawal pantai terpaksa menempuhi cabaran yang sama untuk menyelamatkan mereka.

Tajuk: The Finest Hours

Edaran: Walt Disney Studios

Genre: Drama, Thriller

Pengarah: Craig Gillespie

Bahasa: English

Tayangan Malaysia: 18 Februari 2016

Tempoh: 118 minit

Pelakon: Chris Pine, Casey Affleck, Ben Foster

Panggung Wayang: GSC NU Sentral, Kuala Lumpur

Sembang:

Penuh debaran terutama untuk manusia penakut air dan laut seperti aku! Filem ini terbahagi kepada dua perspektif iaitu krew kapal yang dihentam ombak dan juga sekumpulan Penjaga Pantai tu. Selain korang akan merasai debaran mereka mengharungi ribut dan ombak besar, korang dapatlah sedikit info berkaitan laut dan situasi penyelamat ni.

Lakonan Chris Pine sebagai Bernie Webber di dalam ni.. hmm agak lain dari watak yang biasa dia bawa. Mungkin kerana karekter sebenar Webber yang agak pelik dan awkward tu. Tapi menjadilah, cuma kurang ‘bersemangat’ – realitinya gaya hero sebenar memang takdelah sehebat dalam filem ye. Bukan hero utamanya saja, hero kedua pun macam ada karekter yang sama.. Pelakon lain pun memang bagus, macam teman wanita Webber yang berani tu.

Drama dan rasa keterujaan tu yang menjadi membuatkan kita mahu semua mereka terselamat dari insiden tu. Adalah beberapa ‘ketegangan’ yang diciptakan macam habis secara biasa dek kerana watak hero tu sendiri yang biasa. Tapi memang berdebar la setiap babak menyelamat kat tengah laut tu.

Keseluruhannya, filem yang okay. Tiada apa yang luarbiasa mahu diceritakan sebab ini lebih kurang macam cerita menyelamat lain yang korang (mungkin) pernah tonton.

POPKON:

popkonX3

Ini SEMBANG aku saja. Kalau korang ada yang lagi best, sila tinggalkan diruangan komen!

Keyword: The Finest Hours, The Finest Hours review, The Finest Hours movie, sembang wayang, movie review, The Finest Hours 2016, filem The Finest Hours, filem 2016 review bahasa melayu, bahasa malaysia

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s