SEMBANG WAYANG: Pride & Prejudice & Zombies

pride

Wabak misteri melanda England pada abad ke-19 sehingga wujudnya manusia yang bangkit selepas mati – zombi. Mengambil latar cerita daripada sebuah novel cinta terkenal “Pride & Prejudice”, Elizabeth Bennet bersama adik beradiknya kini perlu mengharungi kehadiran gelombang zombi disamping mencari kisah cinta mereka sendiri.

Tajuk: Pride & Prejudice & Zombies

Edaran: GSC Movies (Malaysia)

Genre: Aksi, Seram

Pengarah: Burr Steers

Bahasa: English

Tayangan Malaysia: 18 Februari 2016

Tempoh: 102 minit

Pelakon: Lily James, Lena Headey, Matt Smith, Douglas Booth, Sam Riley

Panggung Wayang: GSC Mid Valley, Kuala Lumpur

Sembang:

Konsep cerita ini agak menarik sebab wujud zombi bukan pada waktu masa akan datang, tapi pada abad ke-19. Masa bahagian narrator diawal filem tu, aku ada rasa macam animanga “Attack on Titan” pulak bila dia mentioned ‘tembok’ dan cara persembahan dengan kartun cutout tu. Walaupun begitu, mungkin sebab filem ini diceduk dari novel cinta, jadi tema utamanya masih cinta dan zombi tu hanya sampingan sahaja.

Lakonan Cinderella (Lily James) memang best! Bila dia beraksi disamping lagi empat adiknya tu, memang nampak awesome habes! Untuk watak lelaki di dalam filem ni macam terpencil sikitlah.. mungkin sebab fokus utamanya adalah watak-watak gadis dengan skil kung-fu yang hebat. Zombi dalam cerita ni tak pasif, siap boleh bercakap dan bertindak.. cuma mereka dahagakan otak manusia.

Bagi aku, macam banyak lagi kisah di dalam filem ni yang boleh dikembangkan sebab konsep tu menarik. Contoh macam bagaimana kasta tu diasingkan melalui ‘Jepun’ dan ‘China’ dan bagaimana komuniti zombi tu boleh berkembang dan berkelakuan seperti manusia. Babak aksi memang best, sebab tu aku dahagakannya! Dalam filem ni sikit sangat babak aksi tu..

Keseluruhannya, filem ini akan jadi sangat best untuk peminat novel atau filem terdahulu “Pride & Prejudice”. Aku suka konsepnya, tapi aku rasa masih boleh dikembangkan ceritanya. Lakonan setiap pelakon pun terbaik. Sebab aku peminat aksi, jadi aku prefer lebih aksi dan cinta tu sebagai sampingan. Tapi sebab ini pun dari novel cinta, jadi bertabah sajalah.

POPKON:

popkonX4

Ini SEMBANG aku saja. Kalau korang ada yang lagi best, sila tinggalkan diruangan komen!

Keyword: Pride & Prejudice & Zombies, Pride & Prejudice & Zombies review, Pride & Prejudice & Zombies movie, sembang wayang, movie review, Pride & Prejudice & Zombies 2016, filem Pride & Prejudice & Zombies, filem 2016 review bahasa melayu, bahasa malaysia

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s