Joy merupakan seorang wanita yang hidup bersama empat generasi keluarganya di dalam sebuah rumah. Menguruskan segalanya sendiri menjadikan Joy sentiasa sabar dan mula lupa untuk menjaga dirinya sendiri. Sehingga satu tahap, Joy mahu kembali menjadi dirinya yang dahulu dan memulakan perniagaan sendiri. Pelbagai cabaran dihadapi seperti penyelewengan, pengkhianatan dan kehilangan orang tersayang. Joy menceritakan tentang ketabahan, nilai keluarga, kesetiaan dan kasih sayang.
Tajuk: Joy
Edaran: 20th Century Fox
Genre: Drama, Kekeluargaan
Pengarah: David O. Russell
Bahasa: English
Tayangan Malaysia: 18 Februari 2016
Tempoh: 124 minit
Pelakon: Jennifer Lawrence, Robert De Niro, Edgar Ramirez, Diane Ladd, Virginia Madsen
Panggung Wayang: GSC Mid Valley, Kuala Lumpur
Sembang:
Jarang-jarang sekali menonton filem dengan genre drama dipanggung ni. Salah satu sebab yang buat aku menonton filem ini adalah kerana, it’s freaking Jennifer Lawrence weh! Ternyata tidak mengecewakan. Well… walaupun aku kurang gemar filem cinta leleh, tapi filem drama ni mampu membuatkan aku kekal segar sepanjang menontonnya.
Lakonan setiap pelakon di dalam filem ini memang sangat bagus. Watak Joy yang dibawakan oleh Jennifer memang beri kesan sangat – bias. Ditambah dengan watak ayahnya yang annoying tu, kakaknya yang sentiasa dengki.. Ergh, geram sangat sampai rasa nak lempang je diorang. Haha. Korang merasai betapa sakitnya jiwa dan perasaan Joy yang sentiasa dihimpit tu dan korang nak dia berjaya. Korang mahukan happy ending untuk dia. Aku jadi sangat terikat dengan watak Joy, sehingga aku rasa setiap apa yang dilaluinya adalah apa yang terjadi di dalam dunia realiti. Apa saja akan dilakukan untuk keluarga..
Bila genre drama, phase cerita akan jadi perlahan (super perlahan kadang-kadang) sebab nak beri ruang untuk perkembangan watak dan jalan cerita. Tapi korang kena bersabarlah sebab itu yang mencipta ‘rasa’ untuk filem tu. Ada humor di dalam cerita ni dan keadaan tu diselit supaya membina karekter yang boleh buat korang cool down sikit. Babak sedih tidaklah sedih sangat kerana watak Joy tu sendiri yang sangat tabah. Tapi bab babak kena khianat… korang akan rasa geramnya!
Persembahan yang bagus dan menarik. Kalau korang pernah menonton “Silver Lining Playbook”, korang akan dapat rasa vibe yang sama untuk filem ni – in fact dari pengarah yang sama pun. Jennifer potong rambut secara live dalam filem ni! Awww~
Keseluruhannya, ini filem yang sangat bagus sebab rasa itu sampai dan aku sangat connected dengan watak utamanya (bukan sebab dia Katniss haa..). Mungkin untuk mereka yang tidak meminati genre drama, filem ini akan jadi macam panjang. Tapi, aku rasa korang masih boleh terhibur, terutamanya bila dah sampai di tengah cerita.
POPKON:
Ini SEMBANG aku saja. Kalau korang ada yang lagi best, sila tinggalkan diruangan komen!
Keyword: Joy, Joy review, Joy movie, sembang wayang, movie review, Joy 2016, filem Joy, filem 2016 review bahasa melayu, bahasa malaysia