SEMBANG WAYANG: Munafik

munafik

Mengisahkan tentang Adam, seorang pengamal perubatan Islam yang baharu sahaja mengalami kemalangan yang menyebabkan dia kehilangan isteri kesayangannya. Namun, Adam tidak dapat menerima takdir kehilangannya dan mula bersikap menyendiri. Sehinggalah suatu hari, dia bersetuju untuk membantu seorang wanita bernama Maria yang sentiasa diganggu makhluk halus. Tetapi niat baik Adam itu akhirnya membawa kepada pelbagai perkara mistik dan misteri dikalangan keluarga dan kenalan terdekat.

Tajuk: Munafik

Klasifikasi: PG13

Edaran: Skop Production

Genre: Seram

Pengarah: Syamsul Yusof

Bahasa: Bahasa Malaysia

Tayangan Malaysia: 25 Februari 2016

Tempoh: 1 jam 38 minit

Pelakon: Syamsul Yusof, Nabila Huda, Fizz Fairuz, Pekin Ibrahim

Panggung Wayang: GSC NU Sentral, Kuala Lumpur

Sembang:

Okay, aku sempat menonton trailer filem ni masa menanti filem lain start tayang. Keluar tajuk je ada rasa teruja tu. Selesai sahaja trailer tu aku pandang adik aku dan kata; “Yaa ampun.. BISINGNYA!”. Dan korang rasa filemnya macamana? Ya, BISING GILA!! Haha~ Mana yang tahu la kan, untuk aku tahap seram filem tu diukur sekerap mana aku tutup telinga ketika babak seram di-detect akan muncul. Untuk filem ini, aku tutup telinga sampai kesudah sebab memang….. BISING!!

Pertama sekali, tabik untuk watak Maria lakonan Nabila Huda… Fuhyooo! Dia ni memang antara pelakon yang aku suka. Letaklah apa sahaja watak, dia akan deliver dengan sangat hebat. Untuk watak utama tu, aku cerita kat bawah je la ye.. Hehe. Watak-watak sokongan lain pun mantop jugak macam Sabrina Ali dan Fizz Fairuz. Untuk watak Pekin.. rasa tergantung pulak cerita dia. Muncul dan habis macam tu je.. Hmm…

Phasing cerita agak laju juga sebab terus start kepada konflik. Tapi perjalanan antara watak tu nak dipertemukan macam agak lama. Rasanya macam sampai tengah cerita barulah babak-babak best muncul. Ini filem seram kan, jadi mesti la ada jump scare merata tempat. Korang kena buka mata untuk babak seram tu sebab dia tunjuk literally dalam ‘split second’. Kalau tidak jadi macam adik aku dok tanya, “apa tadi tu?”

Bercerita tentang babak seram, ada dua babak yang stand out dan lekat dalam otak aku. Satu babak tu (babak klimaks rasanya ni) memang best bila pertempuran berlaku dan diselit-selit dengan dalam bahasa Arab. Memang meremang segala bulu. Actually, setiap kali muncul mereka melafazkan ayat-ayat suci Al-Quran dan berkomunikasi dalam bahasa Arab tu.. ada rasa ‘gentar’ dalam diri. Gentar macamana tu, korang perlu alami sendiri.

Pasal hal BISING tu pulak.. Aku tak pasti samada Syamsul nak bereksperimentasi persembahan bunyi ke macamana, tapi memang setiap babak ada muzik yang kuat. Sampaikan ada tu, transition pun ada ‘boom’ bagai. Tu belum lagi babak nak bagi jump scare… Letih weh tutup telinga. Terkejut tu pasti la, tapi tahap kebisingan tu agak lebih dari biasa..

Watak utamanya… Aku takde masalah menonton filem arahan Syamsul Yusof ni sebab filem dia memang sentiasa ada kelainan, tapi aku akan ada masalah kalau dia yang berlakon sebagai watak utama. Muka dia tu.. macam emotionless. Marah, takut, geram, sedih.. tiada kerutan muka yang membezakan. Pada aku la kan, kalau Fizz Fairuz yang jadi watak utama tu mesti lagi best. Tapi okaylah, filem dia, ikut suka dialah kan. Heh.

Keseluruhannya, filem ini bolah tahanlah sebenarnya. Aku tertarik dengan pendekatan dan penekanan yang lebih Islamik digarap dalam cerita berbanding daripada hal mistik. Jangan terkejut, walaupun ini filem seram, ada dialog yang dilontarkan akan membuatkan korang rasa insaf. Tiada watak seksi, tiada sentuh-sentuh… boleh je jadi filem yang menarik. Aku harap Syamsul boleh hasilkan filem genre lain dengan pendekatan yang sama…cuma kalau boleh watak utama tu… hehehe.

POPKON:

popkonX3.5

Sembang tepi:

Tapi kan… Tajuk Munafik, tapi macam tak diceritakan sangat dalam filem ni. Rasanya elok letak tajuk “Maria” ke hape.. 😛

Ini SEMBANG aku saja. Kalau korang ada yang lagi best, sila tinggalkan diruangan komen!

Keyword: #filemmunafik, Munafik, Munafik review, Munafik movie, sembang wayang, movie review, Munafik 2016, Munafik filem, filem 2016 review bahasa melayu, bahasa malaysia, Munafik syamsul yusof

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s