Berdasarkan mitologi Mesir (Egyptian mythology), Set yang merupakan Dewa Gurun Panas mahu mengambil tempat abangnya, Osiris sebagai Raja Mesir. Rancangan jahatnya telah membawa kepada kekejaman dan keganasan. Muncul Bek, seorang manusia yang mahu menuntut kematian kekasihnya dengan menyelamatkan Horus (anak kepada Osiris).
Tajuk: Gods of Egypt
Klasifikasi: P13
Edaran: TGVP (Malaysia)
Genre: Aksi, Fantasi
Pengarah: Alex Proyas
Bahasa: English
Tayangan Malaysia: 25 Februari 2016
Tempoh: 2 jam 8 minit
Pelakon: Gerard Butler, Chadwick Boseman, Brenton Thwaites, Nikolaj Coster-Waldau, Courtney Eaton, Geoffrey Rush
Panggung Wayang: GSC Mid Valley, Kuala Lumpur
Sembang:
Konsep dan idea tu macam menarik; perbalahan dan pertempuran dikalangan dewa. Tapi bila perkara yang diletakkan sebagai asas utama tu adalah cinta…. terus putus selera! Boleh dikatakan filem ini berskala besar dengan barisan pelakon yang terkenal dan penggunaan CGI yang hebat, tapi goyang la pulak pada cerita dan penyampaiannya.
Filem ini memang perlu 90% CGI sebab nak menggambarkan dunia pada mitologi Mesir dahulu kala. Tapi ada sahaja beberapa kali aku terperasan yang CGI-nya agak dull dan nampak tak menjadi. Phasing cerita agak kelam kabut dan adakala dialog humor yang dilafazkan macam tak kena tempat. Ini sepatutnya filem serius ke komedi? Nak gelak pun serba salah dibuatnya. Haha~ Pelakon sendiri macam tak yakin je nak sebut dialog..
Geramnya bila idea menarik filem ini yang mahu memberikan kelainan dan twist pada mitologi purba, tapi bukan itu yang jadi tumpuan utamanya. Babak berhadapan dengan puzzle pun setakat tangkap muat je. Macam mudah dan cepat je dah settle. Hmm… Aku faham konklusi pada cerita yang mahu diberikan, tapi langsung tak memberi kesan pada perkembangan jalan cerita.
Keseluruhannya, walaupun aku terhibur dengan filem ini, tapi banyak faktor yang membuatkan aku geram. Rasa macam rugi pula sebab filem dengan gaya ‘grand’ begini takkan dapat perhatian. Kecacatan pada cerita dan penyampaiannya. Secara rasminya, kecewa.
POPKON:
Sembang tepi:
Tetap tak boleh nak celen francais “The Mummy” dulu tu.. Anak Su-Na Munnn~
Ini SEMBANG aku saja. Kalau korang ada yang lagi best, sila tinggalkan diruangan komen!
Keyword: #GodsOfEgypt, Gods Of Egypt, Gods Of Egypt review, Gods Of Egypt movie, sembang wayang, movie review, Gods Of Egypt 2016, Gods Of Egypt filem, filem 2016 review bahasa melayu, bahasa malaysia,