SEMBANG WAYANG: Zootopia

zootopia

Judy Hopps, seekor arnab dengan semangat yang tinggi ingin mengejar impiannya menjadi anggota polis di bandar moden Zootopia. Dalam menyelesaikan kes kehilangan beberapa haiwan, Hopps bertemu Nick Wilde, seekor musang cilik sebagai saksi utamanya. Namun, penyiasatan mereka bukanlah semudah yang disangka dan musuh yang datang tidak dijangka.

Tajuk: Zootopia

Klasifikasi: Umum

Edaran: Walt Disney Studios

Genre: Animasi, Aksi, Komedi

Pengarah: Byron Howard & Rich Moore

Bahasa: English

Tayangan Malaysia: 25 Februari 2016

Tempoh:  1 jam 49 minit

Pelakon: Jason Bateman, Ginnifer Goodwin

Panggung Wayang: GSC Berjaya Times Square, Kuala Lumpur

Sembang:

Ini satu lagi filem animasi bijak! Seakan “Inside Out”, kanak-kanak akan dapat keseronokan manakala kita yang dewasa ni akan terasa dengan maksud tersiratnya. Bayangkan stereotyping di dunia manusia, tapi dipersembahkan di dalam dunia haiwan. Sebenarnya, pelbagai isu serius yang berlaku di dalam dunia kita sekarang ni ditonjolkan, tapi disampaikan dengan gaya yang bersahaja dan comel.

Bila mula sahaja filem ni, aku tertarik dengan ‘manifesto’ yang dibawakan oleh watak utamanya, si arnab comel. Dialognya yang pertama buat aku teruja berbunyi lebih kurang macam ni la.. “..well, it’s okay when other rabbit called a rabbit ‘cute’, but when other animal call us ‘cute’.. it’s ermmm..” – hebat kan?! Haha. Watak-watak ni dipersembahkan dengan baik. Walaupun beraksi seperti manusia, masih ada perbuatan mereka yang menunjukkan karekter haiwan mereka. Paling tak menahan tengok reaksi mereka melihat haiwan ‘berbogel’.. lawak betul!

Phasingnya juga sederhana, tak terlalu laju dan ada babak-babak yang perlahan. Endingnya agak predictable (kalau kau manusia yang agak teliti) tapi perjalanan menuju ending tu memang penuh persoalan dan keseronokkan. Ada humor yang tersangatlah kelakar sampai aku gelak tepuk-tepuk tangan. Bila ada babak yang berikan maksud tersirat, aku akan geleng kepala sambil senyum – boleh bayang tak? Poyo betul kan.. Hehe. Selain tu, ada juga beberapa ester eggs yang diselitkan dalam filem ni.

tumblr_lizbz1r0tu1qf40rpo1_500

Keseluruhannya, filem animasi ini memang sangat best. Masih tak dapat menandingi kebijakkan filem “Inside Out”, tapi isu yang disentuh dan diketengahkan memang sangat bagus. Harap mak ayah yang tonton dapat tangkap maksud tersirat dan jelaskan pengajaran tu kepada anak-anak mereka. Malah, yang dewasa juga perlu ambil iktibar dan pengajaran dari filem ini. Memang la menonton filem tu nak seronok, tapi kalau dapat sesuatu dari ceritanya – macam moral dan impak positif, mesti lagi bermakna.

POPKON:

popkonX5

Ini SEMBANG aku saja. Kalau korang ada yang lagi best, sila tinggalkan diruangan komen!

Keyword: #Zootopia, Zootopia, Zootopia review, Zootopia movie, sembang wayang, movie review, Zootopia 2016, Zootopia filem, filem 2016 review bahasa melayu, bahasa malaysia

Advertisements

One thought on “SEMBANG WAYANG: Zootopia

  1. Baru berkesempatan tonton Zootopia! Memang banyak isu dewasa yang dilemparkan. Kepala aku terbayang isu pasal Islamophobia masa tonton ni.

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s