Judy Hopps, seekor arnab dengan semangat yang tinggi ingin mengejar impiannya menjadi anggota polis di bandar moden Zootopia. Dalam menyelesaikan kes kehilangan beberapa haiwan, Hopps bertemu Nick Wilde, seekor musang cilik sebagai saksi utamanya. Namun, penyiasatan mereka bukanlah semudah yang disangka dan musuh yang datang tidak dijangka.
Tajuk: Zootopia
Klasifikasi: Umum
Edaran: Walt Disney Studios
Genre: Animasi, Aksi, Komedi
Pengarah: Byron Howard & Rich Moore
Bahasa: English
Tayangan Malaysia: 25 Februari 2016
Tempoh: 1 jam 49 minit
Pelakon: Jason Bateman, Ginnifer Goodwin
Panggung Wayang: GSC Berjaya Times Square, Kuala Lumpur
Sembang:
Ini satu lagi filem animasi bijak! Seakan “Inside Out”, kanak-kanak akan dapat keseronokan manakala kita yang dewasa ni akan terasa dengan maksud tersiratnya. Bayangkan stereotyping di dunia manusia, tapi dipersembahkan di dalam dunia haiwan. Sebenarnya, pelbagai isu serius yang berlaku di dalam dunia kita sekarang ni ditonjolkan, tapi disampaikan dengan gaya yang bersahaja dan comel.
Bila mula sahaja filem ni, aku tertarik dengan ‘manifesto’ yang dibawakan oleh watak utamanya, si arnab comel. Dialognya yang pertama buat aku teruja berbunyi lebih kurang macam ni la.. “..well, it’s okay when other rabbit called a rabbit ‘cute’, but when other animal call us ‘cute’.. it’s ermmm..” – hebat kan?! Haha. Watak-watak ni dipersembahkan dengan baik. Walaupun beraksi seperti manusia, masih ada perbuatan mereka yang menunjukkan karekter haiwan mereka. Paling tak menahan tengok reaksi mereka melihat haiwan ‘berbogel’.. lawak betul!
Phasingnya juga sederhana, tak terlalu laju dan ada babak-babak yang perlahan. Endingnya agak predictable (kalau kau manusia yang agak teliti) tapi perjalanan menuju ending tu memang penuh persoalan dan keseronokkan. Ada humor yang tersangatlah kelakar sampai aku gelak tepuk-tepuk tangan. Bila ada babak yang berikan maksud tersirat, aku akan geleng kepala sambil senyum – boleh bayang tak? Poyo betul kan.. Hehe. Selain tu, ada juga beberapa ester eggs yang diselitkan dalam filem ni.
Keseluruhannya, filem animasi ini memang sangat best. Masih tak dapat menandingi kebijakkan filem “Inside Out”, tapi isu yang disentuh dan diketengahkan memang sangat bagus. Harap mak ayah yang tonton dapat tangkap maksud tersirat dan jelaskan pengajaran tu kepada anak-anak mereka. Malah, yang dewasa juga perlu ambil iktibar dan pengajaran dari filem ini. Memang la menonton filem tu nak seronok, tapi kalau dapat sesuatu dari ceritanya – macam moral dan impak positif, mesti lagi bermakna.
POPKON:
Ini SEMBANG aku saja. Kalau korang ada yang lagi best, sila tinggalkan diruangan komen!
Keyword: #Zootopia, Zootopia, Zootopia review, Zootopia movie, sembang wayang, movie review, Zootopia 2016, Zootopia filem, filem 2016 review bahasa melayu, bahasa malaysia
Baru berkesempatan tonton Zootopia! Memang banyak isu dewasa yang dilemparkan. Kepala aku terbayang isu pasal Islamophobia masa tonton ni.
LikeLike