SEMBANG WAYANG: BoBoiBoy The Movie

boboiboy

Sekumpulan pemburu Sfera Kuasa sedang menjejaki sebuah Sfera Kuasa yang telah bersembunyi di Bumi. Akibatnya, Ochobot telah ditangkap dan dilarikan oleh kumpulan pemburu tersebut. BoBoiBoy bersama kawan-kawannya perlu menyelamatkan Ocohobot dan mengetahui misteri sebenar Sfera Kuasa!

Tajuk: BoBoiBoy The Movie

Klasifikasi: Umum

Edaran: Primeworks Studios

Genre: Animasi, Aksi, Komedi

Pengarah: Nizam Razak

Bahasa: Bahasa Malaysia (Sarikata English)

Tayangan Malaysia: 3 Mac 2016

Tempoh:  1 jam 40 minit

Pelakon: Boboiboy (Nurfathiah Bt Diaz), Yaya (Nur Sarah Alisya), Ying (Yap Ee Jean), Gopal (Dzubir), Ochobot (Muhammad Fathi)

Panggung Wayang: GSC Berjaya Times Square, Kuala Lumpur

Sembang:

Aku bukanlah peminat tegar animasi BoBoiBoy ini sebab memang tak terkejar waktu tayangannya di TV. Kalau nak menonton pun, hanyalah di channel Youtube mereka. Namun, kemahsyuran animasi ini yang setanding animasi “Upin & Ipin”, cukup untuk membuatkan aku rasa bangga dengan mereka. Sebelum ni aku ada cerita yang aku mengalami goosebumps menonton triler filem animasi ini. Teruja dan tak sabar mahu menontonnya! Jadi, bila GSC buka peluang untuk tayangan awal pada 27 Februari lalu, aku pun ambil peluanglah untuk jadi yang terawal menonton. Dapat freebies siap.. comel-comel belaka! Haha~

Ini memang filem animasi yang sangat lawak! Penuh dengan adengan humor, aksi dan sentapp juga! Pertamanya, melihat pada kualiti animasi 3D-nya memang mengagumkan. Okay, korang kena tahulah tahap teknologi dan kemampuan animasi kita – takdelah setanding luar negara, tapi dengan kepelbagaian sinematografinya dan persembahan yang kemas untuk babak-babak aksi, filem ini berjaya menggunakan tahap teknologi itu dengan baik sekali. Boleh kata juga, kualitinya lebih baik dari tayangan TV (of course la.. duhhh~).

Tapi COPP! Korang akan lupakan bab teknikal tu sebab jalan ceritanya SETANDING filem dari studio luar negara yang terkenal tu! Phasing yang sangat memuaskan, jalan cerita yang bagus dan penutup yang kemas. Mungkin filem ini pembukaan untuk season baru nanti, jadi kalau betul, cerita filem ini ditutup dengan pembukaan untuk kisah baru nanti. Tema setiakawan memang sentiasa menjadi kan..

Lakonan suara mereka pun sangat baik begitu juga dengan ekspresi watak. Adalah beberapa ekspresi komikal yang berulang tapi sebab kena dengan situasi, maka okaylah. Kewujudan watak Papazola dalam filem ni memang terbaik sebab sedikit sebanyak mewujudkan humor yang agak matang. Kanak-kanak mungkin tak faham, tapi yang dewasa pasti akan terhibur.

Dalam filem ni pun ada watak penjahat baru! Selalu geng BoBoiBoy berhadapan dengan Si Adudu yang nan hadoo tu je kan, tapi kali ni watak penjahatnya bukan calang-calang. Rekaan watak yang pelbagai dengan kebolehan tertentu menjadikan tahap cabaran BoBoiBoy selepas ini pasti jadi lebih hebat!

Ada nak share SPOILER sikit! Nak tahu? Sila highlight teks di bawah:

Kesemua geng BoBoiBoy kini ada upgrade kuasa yang baru! Aku lost sekejap upgrade kuasa BoBoiBoy tu pecah berapa dan ada juga kuasa hebat lain. Selain kuasa tu ada juga tambahan kuasa baru tapi macam unlock ‘kage mode’ Naruto. Gopal kini boleh ‘adaptasi’, Ying bermain masa, Fang menunggang bayang dan Yaya eksploitasi graviti. Kuasa baru Ochobot pula membolehkan demensi mereka dibuka lebih luas! Nampaknya BoBoiBoy sedang mencipta dunia mereka sendiri. Mantoop!

Keseluruhannya, aku sangat-sangat terhibur dengan filem ini. Selain penceritaan yang bagus, level humor dan aksinya lebih matang. Sesuatu yang membanggakan, harus disokong dan dipuji! Aku yang tak berapa ikut pun boleh suka dan follow ceritanya, kalau orang yang peminat tegar, mesti korang teruja habis! Kematangan dan cabaran baru yang ditampilkan mungkin menarik peminat baru dikalangan tahap umur berbeza. Ni tak silap mesti tonton kali kedua dengan anak buah aku pulak…

POPKON:

popkonX5+

Sembang tepi: 

BoBoiBoy ada vibe yang berbeza berbanding Upin & Ipin. Dua-dua ada tema dan konsep yang tersendiri. Peminat mereka juga pelbagai. Apa yang sama adalah, mereka ni menjadi wajah industri kreatif Malaysia yang segar dan terkini. Tak perlu nak impress negara luar, aku cukup bangga sebab mereka dapat takluk negara serumpun kita. Next is ASIA. Kipidap!

Ini SEMBANG aku saja. Kalau korang ada yang lagi best, sila tinggalkan diruangan komen!

Keyword: #boboiboymovie, BoBoiBoy The Movie, BoBoiBoy The Movie review, BoBoiBoy The Movie movie, sembang wayang, movie review, BoBoiBoy The Movie 2016, BoBoiBoy The Movie filem, filem 2016 review bahasa melayu, bahasa malaysia

Advertisements

One thought on “SEMBANG WAYANG: BoBoiBoy The Movie

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s