SEMBANG WAYANG: London Has Fallen

london

Apabila Perdana Menteri British meninggal dunia, pemimpin-pemimpin dari 40 buah negara perlu berkumpul di Kota London untuk menghadiri majlis pengebumian sebagai tanda hormat. Namun, majlis yang dikatakan paling ‘dilindungi’ di dalam dunia itu bertukar menjadi tragedi apabila pelbagai lokasi dikenali diletupkan dan pemimpin-pemimpin ini menjadi sasaran. Mike berjaya meloloskan diri bersama Perdana Menteri US tapi perlu terus berusaha untuk membawa Perdana Menteri tersebut sebelum dibunuh oleh pengganas.

Tajuk: London Has Fallen

Klasifikasi: 18 Tahun Keatas

Edaran: Rainfilm Sdn Bhd (Malaysia)

Genre: Aksi

Pengarah: Babak Najafi

Bahasa: English

Tayangan Malaysia: 03 Mac 2016

Tempoh: 1 jam 39 minit

Pelakon: Gerard Butler, Aaron Eckhart, Morgan Freeman, Angela Bassett

Panggung Wayang: GSC Nu Sentral, Kuala Lumpur

Sembang:

Aku tak pernah menonton filem pertamanya, tapi masih boleh mengikuti filem sekuel ni tanpa ada sebarng masalah. Hmm.. isu tentang pengganas dan Perdana Menteri US ni boleh dikatakan plot yang selalu dihidangkan. Cuma berbeza dari “Olympus Has Fallen”, skalanya lebih besar iaitu Kota London! Masa aku pi menonton ni, panggung full house hokay.. siapa duduk depan tu, bertabah sajalah ye..

Babak aksi memang padat. Phasing cerita tu mula-mula lambat sikit, tapi bila dah mula letup-letup sana sini cerita jadi pantas dan seronok. Yang menariknya, ada je selingan dengan humor dalam filem ni. Tak perlu beraksi lucu ke apa, cuma melalui dialog dan respon je memang cukup untuk buat aku terhibur. Walaupun  endingnya biasa, tapi debaran sebelum sampai habis tu bolehlah dilayan.. Agak straightforward ceritanya. Ada rasa macam “The Purge”, tapi skala besar bandar tu tak digunakan sangat.

Si Gerard ni pun boleh tahan jugak hebatnya dalam umur yang hampir 50 tu. Lakonannya dalam babak aksi memang best dan nampak solid. Okay, mungkin korang akan rasa “apa hero tu buat semua on spot!” Duhhh~ Filem apa pun memang begituh! Memang korang akan rasa macam tu pun untuk filem ni.. Haha. Asal hero tu buat hebat sokmo! Watak PM US tu pun seronok ditonton. Morgan Freeman dalam ni seperti dalam filem lain, suara tu penting.

Untuk part CGI, ada yang nampak tak menjadi sangat. Nampak tu sebab sangat obvious. Ada part teknik kameranya memang hebat nak lagi waktu aksi kejar-kejar. Letih gamaknya cameraman terkejar sana-sini. Walaupun banyak letup-letup, tetap tak boleh lawan letup-letup filem Micheal Bay.. hehe.

Keseluruhannya, filem yang boleh layan dan santai. Aksinya memang terbaik, humornya selamba dan grumpy Gerard boleh beraksi mantap. Filem ni memang nak up imej Amerika dan ia sangat jelas. Pengganas, seperti selalu…. Faham-fahamlah ye. Kalau korang sejenis sensetif bab macam ni akan sedikit rasa tak seronok melayan.

POPKON:

popkonX3

Sembang tepi:

Humph.. bila fikir balik, sampai bila la stereotipikal begini dalam filem barat akan terus berlaku?

Ini SEMBANG aku saja. Kalau korang ada yang lagi best, sila tinggalkan diruangan komen!

Keyword: #LondonHasFallen, London Has Fallen, London Has Fallen review, London Has Fallen movie, sembang wayang, movie review, London Has Fallen 2016,London Has Fallen filem, filem 2016 review bahasa melayu, bahasa malaysia

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s