SEMBANG WAYANG: Kung Fu Panda 3

panda

Po kembali beraksi! Kali ni Po dipertemukan dengan bapanya dan mereka akan menjelajah ke suatu tempat yang dipenuhi dengan panda-panda lain. Ancaman daripada pahlawan purba yang kembali menuntut bela di atas kematiannya bernama Kai telah memaksa Po untuk beraksi dan juga melatih sekampung panda untuk bersama berjuang!

Tajuk: Kung Fu Panda 3

Klasifikasi: Umum

Edaran: 20th Century Fox

Genre: Animasi / Aksi / Komedi

Pengarah: Jennifer Yuh

Bahasa: English

Tayangan Malaysia: 10 Mac 2016

Tempoh: 1 jam 35 minit

Pelakon: Jack Black, Dustin Hoffman, David Cross, James Hong, Angelina Jolie, Seth Rogen

Panggung Wayang: GSC Nu Sentral, Kuala Lumpur

Sembang:

Francais Kung Fu Panda memang tak pernah mengecewakan! Kini hadir dengan filem ketiga yang ternyata lebih aksi, lebih dramatik dan lebih kuasa! Filem ini sudah pun ditayangkan di US pada Januari lalu.. freaking Mac baru ditayangkan kat Malaysia. Haish! Satu lagi elemen dalam kung fu dan seni mempertahankan diri China iaitu CHI diambil dan menjadi premis asas cerita. Muncul pula ‘jombi’ batu jed yang menjadikan keadaan lebih huru hara..

Filem ni akan buat korang ketawa sebaik sahaja bermula di title screen! Kemunculan si panda tembam ni memang berjaya mencuit hati. Kiranya lakonan suara Jack Black memang best. Digabungkan dengan pergerakan dan aksi yang bersahaja, Po sentiasa akan potong mood geram atau sedih lalu digantikan dengan lawaknya! Bukan watak Po sahaja, malah kesemua watak lain sangat bagus. Tambah-tambah lagi bila skrin dipenuhi sekumpulan panda pelbagai rupa dan saiz… haaaaa~ Watak antagonis, Kai juga di bawa dengan berkesan. Gaya dia muncul dengan bunyi gesekkan parang tu memang cool habes!

Phasing cerita yang laju dan tanpa henti. Lepas satu, satu datang. Langsung tak bosan. Ada part yang begi ‘rasa’ sentapp dan sangat menjadi. Cara ceritanya dikembangkan mungkin agak ‘biasa’, tapi perjalanannya memang menghiburkan. Baik kanak-kanak, remaja ataupun dewasa boleh terhibur dengan filem ni.

Keseluruhannya, filem ni sangatlah menghiburkan! Keluar panggung dengan rasa puas dan seronok, berbaloilah. Satu lagi sebab, pandanya bukan satu je dah..ada sekampung! Mesej yang nak disampaikan simple je tapi gaya penyampaian cerita tu memang best. Kalau nak dibandingkan, filem kedua lebih tegang dengan watak antagonis yang lebih menarik. Filem ketiga ni relaks sikit, tapi aku rasa macam akan ada lagi je sambungannya lepas yang ini.

POPKON:

popkonX5

Sembang tepi:

Watak Ming Ming tu MEMANG sangat sesuai dengan Rebel Wilson.. tapi kenapalah bukan dia yang jadi pelakon suara.

Ini SEMBANG aku saja. Kalau korang ada yang lagi best, sila tinggalkan diruangan komen!

Keyword: #KungFuPanda3, Kung Fu Panda 3, Kung Fu Panda 3 review, Kung Fu Panda 3 movie, sembang wayang, movie review, Kung Fu Panda 3 2016, Kung Fu Panda 3 filem, filem 2016 review bahasa melayu, bahasa malaysia

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s