SEMBANG SAJA: Cuai Itu Rugi! – PART I

Pagi Jumaat lalu (11 Mac 2016) aku dengan jiwa dan hari yang biasa memulakan langkah untuk menuju ke event FANG 2016 di ASWARA. Selain aku gigih mencari kotak pensel aku yang hilang (lagi) pagi tu, semuanya seperti tiada apa-apa, jalan raya pun tidak sesak. Sampai saja aku di KL Sentral, aku terus menuju ke stesen Komuter untuk ke Bank Rakyat. Oh, hari sekarang kan panas, jadi turun saja tangga gerak-gerak tu aku terus cari kipas untuk melepak.

PERNAH TAK…

Sebelum tu nak cerita, korang pernah tak rasa sesuatu yang buruk akan berlaku, jadi korang sentiasa berhati-hati supaya perkara buruk yang asyik terlintas tu takkan berlaku. Ada tak? Well, sebaik mana aku sentiasa berhati-hati, perkara buruk yang aku selalu risaukan tu akhirnya terjadi. Cuai tu sekejap untuk perkara tu berlaku, tapi kerugian yang ditanggung tu memang membebankan!

Sambung balik.. sedang aku enak ditiup angin kencang kipas tu, aku didatangi dua orang lelaki Bangladesh bertanyakan arah. Ini situasi yang lazim la kan sebab memang ada yang keliru dengan platform-platform di stesen ni. Seorang tu muka sedih je sambil main-main jari dan seorang lagi menghampiri aku untuk bertanyakan arah. Aku dengan muka sweet dan mesra rakyat pun bagitau lah sebelah mana yang dia patut tunggu. Selepas tu, aku tengok diorang  tak berganjak pun dari lingkungan kawasan aku. Dalam hati aku fikir kot-kot diorang pun mahu manikmati kedinginan angin kipas, lalu aku biarkan sahaja.

Aku jenguk papan waktu, macam lama lagi. Aku pun keluarkan buku dari dalam beg untuk baca. The exact moment, aku perasan mamat Bangladesh tu macam dekat pulak! Kalau nak angin pun, tak payah la sampai nak curi kawasan aku; fikir aku. Tak lama lepas tu, tren pun sampai. Aku toleh tengok dua mamat tu dah takde. Jadi, aku teruskan naik tren tanpa sikit pun rasa apa-apa.

Stesen Bank Negara dari KL Sentral tu selang satu stesen je. Entah macamana, bila semakin hampir ke stesen Bnak Negara, perasaan risau tentang perkara buruk; wallet hilang tu muncul. Aku pun terus cek beg sandang aku. Astaghfirullah.. betul pun beg aku telah ‘dicabul’ dan wallet aku hilang!! Aku syak terus dua mamat Bangladesh tadi.. Cis.

856190

APA TINDAKAN JIKA WALLET HILANG?

Seperti ramai lagi manusia, di dalam wallet aku tu ada segala mak nenek benda! Benda paling penting BUKAN DUIT, tapi adalah kad pengenalan, kad bank dan medical card. Nasib aku ni sejenis tak suka bawa cash. Tapi bila sedar je hilang, nak buat apa?

1. Bertenang dan periksa semula

Turun sahaja dari tren, aku periksa sekali lagi untuk pastikan memang betul-betul hilang dan tak gelabah. Mana tahu kan, kot terselit celah buku, terlepas pandang ke.. Bila dah puas, baru aku terima dan pasrah, tiada lagi jodoh aku bersama wallet itu…

2. Telefon semua bank berkaitan

Apa-apahal pun, aku cari tempat yang selesa untuk aku bertenang dan duduk dahulu. Aku terus call semua bank yang aku ada untuk BATALKAN kad dan HENTIKAN sebarang transaksi. Aku cek terus transaksi terkahir aku dan pastikan tiada pada hari yang sama. Macamana nak call bank? Aku google je customer service. Walaupun waktu tu kau akan rasa bengang dengan akak robot suruh tekan-tekan nombor tu.. Haish..

Untuk gantikan kad bank kena ada kad pengenalan. Jadi, next step kenalah buat kad pengenalan.

3. Beritahu seseorang tentang situasi anda

Selesai tu, aku bagitau member yang sepatutnya aku tolong untuk set up booth situasi aku dan apa yang dah berlaku. Aku ni sejenis suka buat sendiri, TAPI untuk kes macam ni, kena inform sesiapa pun supaya anything happen selepas ni, ada yang tahu keadaan korang.

4. Segera buat report polis

Aku tak tunggu, aku patah balik ke KL Sentral untuk buat report. Report ni aku buat supaya kalau ada penyalahgunaan kad pengenalan aku, maka adalah bukti yang kad tu hilang pada hari sekian-sekian. Apa mamat Bangladesh tu buat kau pun tak tahu kan.. Jadi, buat sajalah report polis tu.

TIPS: Waktu keadaan yang terdesak macam ni, aku sangat bersyukur adanya kad Touch N Go aku tu. Walaupun takde cash, aku masih boleh bergerak ketempat lain. Pastikan sentiasa topup kad TnG korang tau.. berguna tu.

Selepas tu aku balik rumah terus. Mengadu kat Mak dan Ayah sambil nak pinjam duit untuk ganti kad pengenalan hilang tu. Petang tu, selepas solat Jumaat aku terus buat kad pengenalan.

GANTI KAD PENGENALAN YANG HILANG

Proses nak buat kad pengenalan ganti ni tak susah pun sekarang. Aku buat kad pengenalan di UTC Pudu Sentral dalam pukul 3.50 petang macam tu. Since, aku declare kad aku hilang, jadi report polis pun tak penting untuk orang tu tengok.

Cuma kat sinilah datang kerugiannya. Bayaran denda untuk kehilangan kad adalah seperti berikut:

Kali pertama: RM 110.00 | Kali kedua: RM 310.00 | Kali ketiga dan terus:RM  1010.00

Dalam kes aku kena bayar RM110.00. Proses di UTC Pudu Sentral cepat je waktu tu. Ambil nombor, tunggu sekejap, dipanggil dan buat bayaran, tunggu untuk ambil gambar dan selesai. Kad pengenalan tu siap dalam masa 2 JAM je pun. Tapi aku malas nak tunggu dan terus pergi ke event FANG 2016 tu. Esok pagi tu nanti aku datang ambil.

BERSAMBUNG KE PART II >>

Advertisements

2 thoughts on “SEMBANG SAJA: Cuai Itu Rugi! – PART I

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s