SEMBANG SAJA: Cuai Itu Rugi! – PART II

<< SAMBUNGAN DARI PART I

KEKECEWAAN DALAM BELASUNGKAWA

Oh, kalau korang terfikir dalam entri sebelum ni, “Eh, bukan kena copet ke? Kenapa kata kad pengenalan dia HILANG pulak?” Hmm.. ada ceritanya untuk perkara tu. Yelah, kalau korang declare dalam report yang wallet korang tu dicuri, maknanya korang TAK PERLU bayar denda macam yang dinyatakan di atas tu. Kat situlah datangnya pula rasa kecewa aku dengan tindakan sesetengah manusia ni..

Macam aku cerita dalam PART I, aku buat report di balai polis (tak nak nyatakan balai mana). Dari luar tingkap kaca balai polis kecik tu, aku perhatikan ada dua orang anggota polis; seorang muda dan seorang lagi pakcik. Sebaik aku melangkah masuk dan kata NAK BUAT REPORT WALLET HILANG, yang polis muda tu terus kata “Oh, wallet tercicir la tu.”

Tapi yang layan aku lepas tu adalah polis pakcik. Cara diorang berkomunikasi, macam polis muda tu tinggi lagi pangkat sebab polis pakcik asyik refer pada dia dan gelar dia “Cik”. Dia ambil maklumat basic macam nama, nombor kad pengenalan, barang yang ada dalam wallet dan jumlah tunai. Lalu dia pun menaip la dan dengar aku bercerita. Polis pakcik tu macam tak faham dan suruh aku yang taip. Aku no hal sebab memang aku pun tahu jalan cerita. Aku pun ceritalah macam yang aku lalui dan syak dua mamat Bangladesh tu.

Masa aku sedang sibuk bercerita dan menaip tu, polis muda tu nampak sibuk-sibuk dan tanggalkan kemeja yang dia pakai menutupi uniform polisnya sebelum tu. Ooo.. rupanya ada polis boss yang datang. Yaa ampun.. waktu ni Tuhan saja tahu betapa geramnya aku dengan tindakan polis tu berlagak FAKE di hadapan polis boss tu. Lagi selamba, bertindak cover line dan tak professional tu dihadapan rakyat biasa ni haa. Langsung tiada lagak nak menjaga nama baik polis Malaysia. Diorang ni polis betul, bukan polis bantuan tau. Kecewa betul aku..

Seterusnya, selepas aku selesai menaip, polis pakcik tu baca dan dia macam keliru. Lalu dia refer kepada polis muda tu. Korang tau apa dia buat, dengan selamba dia baca dan padamkan apa yang aku taip dan taip perkataan ‘TERCICIR’ dalam tu. Masya Allah.. Aku kata tak tercicir, rasanya saya kena copet, tapi dia tak endah saja. Aku jadi fed up. Dengan tindakan dia sebentar tadi pulak, aku rasa dia memang jenis acuh-tak-acuh dalam tugas.

Pasal lokasi kejadian pulak.. aku jelas bagitau benda tu  berlaku di KL Sentral dan sedar hilang di stesen KTM Bank Negara. Tapi diorang berkeras jugak yang wallet tu hilang di Bank Negara, bukan KL Sentral. Aku tak pasti samada polis memang ambil tempat ‘SEDAR HILANG’ atau ‘TEMPAT HILANG BERLAKU’. Adakah diorang ni cuba nafikan yang benda tu berlaku di kawasan diorang? Aku tak faham…

Aku pasti dengan gaya polis muda tu bertindak, samada (1) dia skeptikal dengan anggap aku buat cerita dicopet supaya tak perlu kena denda nak buat kad pengenalan, atau (2) dia nak elak jenayah tu berlaku di tempat dia sebab dia kena buat siasatan ke camne.. Aku tak berani nak argue dan blah terus dengan report wallet yang tercicir tu. There’s no point sebab aku tau orang macam tu akan gunakan kuasa dia dan aku takkan ke mana.

Cukuplah untuk aku dapat pengalaman dan lihat perangai segelintir anggota begini yang dah membuktikan siapa mereka sebenar. Kadangkala kau mahu anggap tak ramai jenis begitu, tapi apa yang berlaku (bukan kali pertama) membuatkan hilang rasa hormat dan yakin aku pada uniform mereka. Macamana aku nak hormat kan, sedangkan diorang sendiri tak tahu nak jaga nama baik dan kehormatan uniform tu.

Namun, perkara sebegini terjadi bukan silap pada title POLIS tu, tapi individu, manusia yang pakai uniform tu.

13608955

Selepas kejadian itu…

Alhamdulillah, bila kad pengenalan dah siap aku terus buat gantian kad bank dan hidup kembali pulih. Selepas ni memang perlu ASINGKAN segala mak nenek kad dari wallet. Hilang duit tu takpe lagi, tapi bila hilang benda lain.. selain rugi, banyak benda kena buat. Letih tahu!

Ada tiga unsur utama jenayah iaitu (1) penjenayah, (2) mangsa dan (3) peluang. Penjenayah tu memang dah kerja dia buat jenayah tapi selagi kita sebagai mangsa ni tak wujudkan peluang tu, jenayah takkan berlaku. Dalam kes aku, kecuian dan leka tu yang jadi punca. Banyakkan berdoa supaya kita dijauhkan dari apa jua musibah dan harap apa yang terjadi ni boleh jadi pengajaran untuk aku dan juga orang lain.

Advertisements

5 thoughts on “SEMBANG SAJA: Cuai Itu Rugi! – PART II

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s