Setelah bertungkus-lumus untuk membebaskan diri mereka daripada jajahan penguasa yang zalim, Beatrice Prior (Tris) dan Tobias Eaton (Four) berasa seperti situasi yang sama masih berulang walaupun dengan pemerintah yang baharu. Sesuatu perlu dilakukan, jadi mereka bertindak untuk keluar dari Chicago dan menjelajah ke kawasan luar tembok. Sangkaan Tris benar belaka apabila mereka diselamatkan oleh sekumpulan manusia yang menggelarkan diri mereka Biro.
Tajuk: The Divergent Series: Allegiant
Klasifikasi: P13
Edaran: GSC Movies (Malaysia)
Genre: Pengembaraan / Aksi / Sci-Fi
Pengarah: Robert Schwentke
Bahasa: English
Tayangan Malaysia: 17 Mac 2016
Tempoh: 2 jam
Pelakon: Shailene Woodley, Theo James, Naomi Watts
Panggung Wayang: GSC Nu Sentral, Kuala Lumpur
Sembang:
Filem adaptasi novel ini merupakan yang ketiga di dalam francais filem The Divergent. Sebenarnya ini PART 1 untuk buku terakhirnya, tapi supaya orang tak kata “Ala.. mesti nak pecah dua last movie kan!”, maka PART 1 berjudul “Allegiant” dan PART 2 berjudul “Ascendant”. Ahh.. Masa menonton korang MEMANG tak boleh elak untuk samakan filem ini dengan The Maze Runner dan paling teruk terbayang filem Attack on Titan. Tema dan acuan ini dah terlalu sangat diulang sampai hilang keterujaan… Sedeh.
Pertama sekali, mari cerita tentang pelakonnya. Aku tak boleh elak untuk bandingkan watak utamanya, Tris dengan watak heroin dari francais yang satu lagi, The Hunger Games. Sama macam Katniss, bukan lakonan mereka tak bagus, tapi kerana watak itu diciptakan boring dan dull. Di dalam filem ni pun menampilkan seorang pelakon veteran yang hebat Jeff Daniels.. Namun, seperti Kate Winslet sebelum ni, langsung tiada impak yang besar. Watak-watak sokongan yang lain pun.. Hmmm.. Lawak tak menjadi watak Peter dan awkward teruk watak Caleb..
Phasing ceritanya agak slow dari jangkaan dengan terlalu banyak babak klise dan jalan ceritanya terlalu EXPECT-ABLE! Haihh.. Kau tengok watak tu, kau tahu dia akan mati, dia akan jadi baik, dia sebenarnya jahat. Kau tahu kemana dan bagaimana sesuatu tu akan terjadi. Oh, CGI nya pun ada yang kurang memuaskan. Sebab nak menggambarkan situasi masa hadapan dan futuristik tu, sampai ada antaranya yang nampak sangat ‘palsu’. Begitulah…
Keseluruhannya, kalau korang peminat tegar francais ni, ataupun peminat kisah dan tema begini, filem ini akan jadi menghiburkan. TAPI kalau korang nak sesuatu yang segar dan lain dari yang lain, aku rasa korang akan berdengkur dalam panggung. Aku enjoy semasa menonton filem ni tapi adalah beberapa faktor yang ‘biasa’ tu membuatkan ia kurang menonjol. Filem terakhirnya akan tayang Jun 2017. Tak sabar nak menonton supaya habis terus!
POPKON:
Sembang tepi:
Takpelah.. dalam deretan filem kita yang semakin baik tu, puas jugalah bila menonton filem luar dengan bajet besar tapi jalan cerita macam nak pengsan menontonnya.. HA HA HA~
Ini SEMBANG aku saja. Kalau korang ada yang lagi best, sila tinggalkan diruangan komen!
Keyword: #Allegiant, #Divergent, The Divergent Series Allegiant, Allegiant review, Allegiant movie, sembang wayang, movie review, Allegiant 2016, Allegiant filem, filem 2016 review bahasa melayu, bahasa malaysia