SEMBANG BUKU: Quiet – Kuasa Introvert!

quiet

Toleh kanan, toleh kira, kalau korang sedar sebenarnya introvert lebih ramai berbanding extrovert! Apa tu introvert dan extrovert? Kalau korang masih tak tahu, itu adalah dua perbandingan sikap dan kelakuan manusia yang dikelaskan dalam kelompok terbesar.

Introvert lebih suka untuk duduk dan dengar berbanding extrovert yang lebih aktif dalam tindakan dan pergaulan. Walaupun kelompok introvert ni lebih besar dari extrovert, mereka masih belum mampu melawan kelantangan extrovert. Aku sendiri rasa aku adalah introvert abadi. Korang rasa korang introvert? Buku “Quiet” ni memang sangat sesuai dengan kita tahu!

Tajuk: Quiet: The Power of Introverts in a World That Can’t Stop Talking

Genre: Motivasi / Self Help / Perhubungan

Penulis: Susan Cain

Penerbit: Penguin Books., 2013

Mukasurat: 368 mukasurat

Bahasa: English

Kedai Buku: MPH Bookstore, Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur

Harga: RM 49.50

Sembang:

Penulis buku ini mengupas perihal introvert dari bagaimana terma itu digunakan dari beberapa dekad terdahulu, apa yang berlaku dalam konteks dunia masa kini dan juga dari pelbagai perpektif yang lain. Penulis menggunakan kaedah bercerita tentang diri dan pengalaman beliau sebagai seorang introvert. Buku ini banyak bagi info dan cerita tentang introvert dan bagaimana mahu membezakan diri, selain menjadi lebih menonjol berbanding extrovert.

Disebalik perlbagai maklumat dan perbandingan tentang introvert dan extrovert, kisah-kisah yang ada di dalam buku ini juga menarik. Ada juga yang aku rasa kena dengan pengalaman diri. Masa aku mula baca aku  ingat di penghujungnya penulis akan kata yang introvert / extrovert ni hanya psikologi ke, mitos ke.. tapi tidak. Penulis mengupas perihal introvert dengan agak mendalam dan bagaimana  ia dipengaruhi oleh faktor-faktor lain seperti budaya, cara hidup dan sebagainya.

Penekanannya adalah untuk menerima diri kita ni sebagai introvert dan tak perlu untuk berubah menjadi extrovert. Berdasarkan huraian kisah-kisahnya, surprisingly ada intovert yang mampu menajdi berjaya dan lantang bersuara; cuma dengan gaya dan cara mereka tersendiri. Aku memang terkesan dengan buku ini sebab aku sendiri rasa streotipikal di dalam dunia kini hanya mendorong kita untuk jadi lebih ke arah gaya extrovert di mana kita perlu jadi aggressive dan be out-loud, padahal sebenarnya introvert juga perlu riuang dang peluang yang sama untuk mereka jadi lebih baik.

Bila baca buku ni, aku mula melihat manusia dengan cara yang berbeza. Manusia ini entiti unik yang saling berbeza. Walaupun banyak lagi kategori untuk kelas-kan manusia, introvert dan extrovert adalah cara pengjelasan yang mudah untuk memahami manusia. Contohnya, waktu aku mengajar, aku harus faham personaliti pelajar dan layan mereka mengikut kaedah yang mereka selesa. Melalui buku ini, aku tahu bagaimana untuk grab attention pelajar yang introvert; yang lazimnya kurang menonjol di dalam kelas.

Tiada yang bagus atau buruk menjadi introvert atau extrovert, cuma buku ini menjelaskan, jika kita introvert, tak bermakna kita tak boleh kehadapan. Introvert tak semestinya tenggelam berbanding extrovert, ada cara untuk percaya pada kualiti diri dan bertindak sesuatu untuk menjayakannya.

Baca buku ini untuk boost up dan motivate diri sekiranya korang introvert. Manakala buku ini juga berguna untuk ibu bapa dan guru untuk memahami karekter introvert.

GEEK LEVEL:

geekX5

keyword: quiet review, quiet book review, quiet susan cain, susan cain, sembang buku, book review, review buku, buku, ulat buku, geek, readings, membaca, review bahasa melayu

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s