Pengguna laman media sosial Instagram semestinya mengenali salah seorang tokoh sensasi ini! ‘Village people’ merupakan gelaran yang digunakan oleh Faizdickie untuk peminat dan pengikut profilnya. Kini dengan jumlah followers melebihi 600, 000 beliau tampil dengan sebuah kompilasi yang pastinya buat korang geli hati!
Tajuk: #VILLAGEPEOPLE
Genre: Personaliti popular / Kompilasi
Penulis: Faizdickie
Penerbit: Dubook Press Sdn. Bhd., 2015
Mukasurat: 233 mukasurat
Bahasa: Bahasa Malaysia / English
Kedai Buku: PTS Book Fair, Aeon AU 2, Kuala Lumpur
Harga: RM 25.00
Sembang:
Sekarang kan memang trend personalii media sosial untuk keluarkan buku kompilasi begini. Aku jadi pengikut Faizdickie ni selepas dia punya akaun Instagram asal kena delete dulu. Makanya aku adalah village people yang late bloomer punyalah..
Pertama kali menonton video dia, aku punya suka dan gelak sampai berhari-hari! Haha. Berasa seronok juga sebab dia buat buku kompilasi ni sebab aku boleh baca segala posting yang menarik. Yelah kan, kalau nak scroll dalam Instagram tu sampai bila kan..Adapun sampai leguh ibu jari. Jadi buku ini memudahkan cara. Begitulah..
Ini buku yang santai untuk rasa terhibur seketika sambil beberapa perihal dunia yang disampaikan secara sinis. Tak pernah bosanlah dengan dia nih! Aku suka karangan dia yang lawak tu. Korang jugak boleh scan barcode juga kalau nak menonton atau tengok post tu dalam Instagram.
GEEK LEVEL:
keyword: #villagepeople review, #villagepeople book review, #villagepeople faizdickie, faizdickie, sembang buku, book review, review buku, buku, ulat buku, geek, readings, membaca, review bahasa melayu