SEMBANG SAJA: Beli app dari Google Play Store

Alkisah hari ni gatal-gatal nak beli app dari Google Play Store. Disebabkan baru tukar kad, jadi kena update payment info untuk kad debit dalam akaun tu. Bila dah update, dapat mesej berjaya daftar. Tapi transaksi pembelian tak berjaya. Buat update dua tiga kali kat akaun tu pun masih tak berjaya. Sesudah mereput dengan beberapa cubaan, aku call service center.

giphy

SERVICE CENTER A

Aku bagitau tentang transaksi yang tak berjaya tu. Dia buat pengesahan akaun aku. Dia kata sekarang ni sebarang pembelian menggunakan kad debit TAK BOLEH untuk app games dan perjudian (?). Aku confirmkan dan dia kata memang tak boleh sekarang. Makanya, aku pasrahlah kan. Selesai tu aku google la pasal hal ni dan terbaca posting dalam satu forum yang menceritakan hal Maybank memang dah hentikan transaksi macam tu – posting tu berumur tujuh bulan yang lalu. Aku cek akaun, mak aih untuk setiap update aku buat tu aku kena charge RM 4.00! Ketika aku melayan jiwa sebab dah tak boleh beli app.. tup-tup dapat panggilan dari Maybank.

SERVICE CENTER B

Dapat panggilan yang minta pengesahan samada aku ada buat beberapa transaksi TIDAK BERJAYA menggunakan kad debit. Waa.. teruja kejap pakcik. Hebat betul. Call terus sebab ada transaksi berulang dan mahukan pengesahan. Aku pun mengakulah dan tanya dia tadi call service center yang bagitau tak boleh dah beli app tu. Yang ini pulak kata,

“Oh, sekarang dah boleh. Maybe diorang tak tahu.”

Ahahahaha~ Lawak betul. Sesama Maybank, tapi info tak selaras. Haduii.

Cik adik tu kata sekarang dah boleh guna kad debit untuk pembelian app di Google Play Store dan iTunes. Dia cerita yang aku ada buat beberapa transaksi sampai melebihi jumlah yang patut, jadi untuk keselamatan, diorang terus BLOCK segala transaksi online dan call customer. Aku tanya, tapi setiap kali update dia caj RM 4.00? Dia kata YA. Tapi semua tu untuk pengesahan dan sudah pun dipulangkan semula ke akaun. Jadi mereka bagi masa dalam 15 minit untuk buka semula. Dia siap tahu app apa aku cuba beli tu.. Ish, malunya. Haha.

EPILOG

Aku dah cuba beli app tu selepas 20 minit dan kali ini berjaya! Sekurang-kurangnya tahu dah kalau benda ni jadi nanti. Perkara yang perlu difikirkan:

1. Tahap keselamatan Maybank
Aku kagum bila Maybank call untuk buat pengesahan berkaitan transaksi tu. Tapi aku masih ada rasa syakwasangka, yelah mana tau itu bukan staff Maybank ke.. (Kalau ada yang tahu, boleh bantu ye!) Aku sejenis manusia cash-less, jadi kebanyakan transaksi aku buat online. Mengetahui tahap keselamatan begini buat aku rasa sedikit terjamin. Walau bagaimana pun masih kena lebih berhati-hati.

2. Informasi tak selaras
Come on la. Takkan info masih tak meluas terutamanya kepada bahagian service center. Mungkin staff A tadi terlepas pandang, tapi dia dah bagi maklumat salah kepada aku. Kalaulah staff B tak call, mesti aku bakalan kecewa.

3. Maklumat tanpa sempadan
Aku agak terkejut juga yang staff tu tahu apa yang aku cuba beli. Sebenarnya tak perlu terkejut sebab dia memang tahulah apa pun transaksi kita. Tapi ini membuktikan segala apa yang kita lakukan, ada saja orang yang tahu! Sudah pasti mereka menjaga privasi pelanggan, tapi bayangkan kalau kau buat transaksi benda tak senonoh… ada orang tahu tu. Ahahaha.

4. Semuanya ada rekod
Ini juga membeuktikan semua perkara yang berlaku ada rekodnya. Jadi, lepas ni kalau ada transaksi pelik yang berlaku, boleh call service center untuk mereka kenalpasti.

Penutup, ini pengalaman aku bersama Maybank sahaja. Makanya, ini tidak menyatakan semua bank akan bertindak atau berlaku perkara yang sama. Hanya perkongsian dari pengalaman peribadi sahaja.

TIPS: Selalunya, untuk akaun yang aku guna untuk transaksi kad debit atau online, aku takkan letak jumlah duit yang banyak. Yelah, untuk keselamatan. Kalau ada rezeki tu, aku akan transfer ke akaun yang hanya gunakan kad ATM atau pengeluaran manual.

Advertisements

2 thoughts on “SEMBANG SAJA: Beli app dari Google Play Store

  1. salam. sy nk tnya kalau beli apps di google play, adakah kita subscribe utk setahun atau sebulan atau utk selamanya? mcm mane kita nak tau semua benda tu?? thanks jwb persoalan sy

    Like

    1. Salaam liyana. Sebelum membeli, kita boleh tengok kaedah pembayaran; monthly atau bayar sekali sahaja. Kalau subscription, maknanya pembayaran berkala. Kebanyakan app pun dijual sekali beli. Sebelum setuju untuk beli, tengok dahulu ada tak perkataan “daily”, “monthly”. Kalau tiada, means sekali bayar.

      Tapi jangan risau, kalau terbeli yang bayar berkala, boleh unsubscribe dalam PlayStore. Harap membantu. 💃

      Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s