Kesinambungan dari filem “Man of Steel”, Bruce kini menyimpan dendam kepada Superman yang dianggap lebih kepada ancaman daripada penyelamat bumi. Disamping itu, agenda jahat daripada Lex Luther Jr. yang mahukan pertelingkahan antara Batman dan Superman berterusan.
Tajuk: Batman v Superman: Dawn of Justice
Klasifikasi: P13
Edaran: Warner Bros. Pictures
Genre: Aksi, Superhero
Pengarah: Zack Snyder
Bahasa: English
Tayangan Malaysia: 24 Mac 2016
Tempoh: 2 jam 32 minit
Pelakon: Ben Affleck, Henry Cavill, Amy Adams, Jesse Eisenberg, Gal Gadot
Panggung Wayang: GSC Nu Sentral (ATMOS), Kuala Lumpur
Sembang:
Pertembungan dua bandar; Metropolis dan Gotham! Dua makhluk; manusia dan alien! Dua dunia; siang dan malam! Dua superhero mantop; Batman dan Superman! Err.. dan Wonder Woman!
Untuk pengetahuan, aku adalah peminat baharu DC universe ini selepas menonton drama bersiri The Flash dan juga Arrow. Aku jarang sangat menonton filem-filem superhero DC Comics ni walaupun aku peminat filem superhero. Mungkin aku kurang berminat dengan tone DC yang cenderung ke arah lebih dark dan serius berbanding Marvel yang lebih kepada lompat-lompat comel dan mesra keluarga tu. BTW, aku pun bukan sejenis ‘racist’ nak kata mana lebih best dari yang mana. Asal keluar movie yang buat aku tertarik, aku pi menonton dan aku happy. Itu je dah cukup.
Aku sedar, ramai yang bagi bad review untuk filem ni. Kena pulak masa trailer dah bagi orang sakit jiwa kan. Mungkin itu faktor untuk semua bad reviews. Ada juga yang kata ini filem superhero terbaik. In the end, mix review ini ikut selera masing-masinglah. Kau minat, kau support. Kau tak minat, mungkin kau tak faham sangat.. Begitulah.
Bila nak menonton filem adaptasi..
Bila menonton filem adaptasi ni (tak kiralah novel atau komik), aku sentiasa set otak untuk kosong dan terima cerita secara fresh melalui filem sahaja. Adakala, beberapa faktor yang menyebabkan beberapa perubahan dalam perkembangan watak atau jalan cerita. Oleh itu, ada perbezaan yang akan wujud diantara dua media tu. Jangan expect filem akan ambil bulat-bulat dari media asal. Aku akan anggap ia adalah cerita yang berbeza, tapi dengan watak yang sama. Lepas tu, enjoy je lah!
Untuk aku, DC Universe ni takdelah asing. Aku explore dan tahu juga beberapa ark dari komik mereka. Di dalam filem ni pun ada beberapa easter eggs untuk mana yang peminat tegar mesti perasan. Aku yang minat suam-suam pun boleh detected beberapa, mesti diorang terhibur dengan lebih banyak yang ada (kot).
Fokus filem ini lebih berat ke arah Batman – sebab tu rasanya nama Batman dulu dalam tajuk. Perspektif cerita yang lebih realistik berkaitan kesan pertembungan makhluk berkuasa kepada manusia sejagat. Selain alien (Superman), perihal meta-human juga disentuh. Tapi, adakah faktor-faktor ini yang paling utama menjadi pemusnah kepada manusia? Haa… Jeng.. Jeng.. Jeng..
Lakonan setiap pelakon memang mantop! Cuma, sedikit terganggu dengan watak Lex Luther tu – maknanya lakonan dia berkesan la kan? Tapi itu yang memberikan mood berlainan untuk tone filem ni yang lebih serius. Ben Affleck sebagai Batman pun sangat baik. Wonder Woman? Masa dia muncul kat hujung tu, aku tepuk tangan. Haha!
Phasingnya masa mula tu agak lambat sebab mahu develop tension antara watak dan jalan cerita (tapi agak terlalu lama..). Sampai sahaja kepada pertembungan di klimaks, phasingnya terus jadi laju – sangat laju. Walaupun permulaan tu agak lambat, aku tak rasa bosan sebab ada input dari drama yang diperlukan untuk ke klimaks.
Babak aksi yang dinantikan pastilah untuk Batman dan Superman bertembung! Memang best la. Babak aksi final battle pun gempak – paling gempak Wonder Woman (duhh..). Babak lawan Batman pun tak mengecewakan. Lebih ganas dan badass betul Batman kali ni. Ada juga beberapa babak yang macam tak tersusun dan buat aku terganggu sikit. Aku perasan macam ada babak yang dipotong; mungkin sebab kekangan waktu tayangan kot.
Keseluruhannya, aku terhibur dan puas hati dengan filem ni. Mana yang tak tahu, filem ni adalah permulaan untuk kisah Justice League nanti – team gabungan superhero dari DC Universe. Ala.. macam The Avengers tu. Ini juga percubaan pertama DC untuk cipta cinematic universe mereka pula selepas ni. Mungkin filem BvS ni ada yang kata serabut, tapi aku letak tepi dulu sebab bagi aku, ini sebagai filem pengenalan. As time goes by, mungkin filem-filem seterusnya dapat berkembang dengan lebih baik. Aku sendiri tak sabar nak menonton. Dan korang juga kena faham konsep dan tone DC yang berbeza dari Marvel. Nescaya korang akan tenang sikit untuk jadi ‘peminat’ mereka.
POPKON:
Sembang tepi:
Sebelum menonton ni pun dah bersepah masing-masing share review mereka. Kebanyakan beri respon yang kurang baik untuk filem ni. Kau percaya dan tak mahu menonton, ikut sukalah. Siapa suruh suka dengar cakap-cakap orang. Haha.
Ini SEMBANG aku saja. Kalau korang ada yang lagi best, sila tinggalkan diruangan komen!
Keyword: #BatmanVSuperman, Batman v Superman, Batman v Superman review, Batman v Superman movie, sembang wayang, movie review, Batman v Superman 2016, Batman v Superman filem, filem 2016 review bahasa melayu, bahasa malaysia
Sekali lagi…your did it man! Reviu yang mantap.
Yup..setiap orang mempunyai pandangan masing-masing. Tengok dulu baru tahu,..^^
LikeLike
Mekaseh! Respon dan review bercampur.. asalkan kita terhibur, maknanya ok la movie tu. Kadang-kadang mereka terlalu serius kerana Batman pun serius. Heh
LikeLike
Very good review.. Point of view ko same macam ape aku fikir.. Aku tak fikir pn this is a failure movie.. For me it is a good one.. Tp aku akui movie ni agak havy utk hadam.. Lagi2 utk mereka yg baru2 nk jd fan DC ni.. Hehe..
Yup, badman paling badasss.. Haha
LikeLike
*Batman.. Typooo.. Hehe
LikeLike
Yosh! Mekaseh.. Yang condemn pun ada gak dikalangan fans. Mungkin sebab letak high expectations. Tapi mostly yang suka movie ni adalah mereka yang tahu beza dunia DC dan Marvel movies. Story dia simple je. Cuma ada beberapa yang tak dijelaskan lebih dan ada yang tergantung.
Lagipun better lah ada movie superhero dgn feel macam serius macam ni. Ada la variasi sikit selain Marvel. Hehe.
LikeLike