SEMBANG BUKU: …And Oh, These are My Superpowers!

superpower

Kita semua ada superpowers! Tapi disebabkan kita selalu sangat mengelak dari menunjukkan kebolehan kita, menjadikan kita lupa tentangnya. Hey, kalau korang superhero, apakah kebolehan yang korang nak? Apa sebenarnya kebolehan yang korang ada tu? Ini bukan buku sembarangan. Melaluinya korang boleh mengikuti perjalanan lima lagenda superhero bersama pengalaman mereka!

Tajuk: …And Oh, These are My Superpowers

Genre: Motivasi / Self Help / Ikon

Penulis: Michelle Yoon

Penerbit: MPH Group Publishing, 2015

Mukasurat: 96 mukasurat

Bahasa: English

Kedai Buku: MPH Bookstore, NU Sentral, Kuala Lumpur

Harga: RM 29.90

Sembang:

Sejujurnya, aku beli buku ni sebab covernya yang cun tu! Haha. First impression aku, aku ingat ni buku motivasi untuk cungkil kebolehan diri. Langsung tiada klu sebenar apa buku ini nak cerita. Buka je buku tu, perkataan pertama yang menarik mata aku adalah KAKISENI. Eh.. cop. Macam pernah dengar je. Rupanya KAKISENI ni adalah satu badan bebas (NGO) yang menjayakan aktiviti berkaitan seni persembahan. Makanya, aku sedarlah.. buku ni akan ada asas seni persembahan di dalamnya.

Nak tahu lanjut tentang KAKISENI? Lawati website mereka di sini.

“Ala.. buku ni tentang seni persembahan! Aku punya seni lukis-lukis je!” kata benak hatiku ini. Haha. Jangan risaulah! Walaupun latar buku ini berkaitan seni persembahan, tapi kisah yang ada di dalamnya adalah tentang motivasi dan perkongsian ilmu. Kasi BOOST UP diri kalau korang rasa down. Ada juga aktiviti di dalam buku ni yang bertujuan untuk explore ‘superpowers’ korang tu. Aku takdelah semangat nak conteng buku isi tempat kosong tu.. sayang kot! Tapi bila baca setiap soalan yang diutarakan, membuatkan korang terfikir tentang diri dan potensi yang ada. Serious talk. Buku ini ada banyak ilustrasi yang dihasilkan oleh dua orang artis iaitu; Dave Liew dan Balkis Burhanudin. Okay, kat situ adalah perkaitannya dengan apa yang aku buat. Haha.

Menampilkan lima tokoh terkenal iaitu; Chin San Sooi, Dato’ Faridah Merican, Datin Marion D’Cruz, Normah Nordin (A.M.N.) dan Dato’ Rahim Razali. Buku ini dihasilkan sebagai kesinambungan dari penghargaan yang diberikan kepada lima tokoh seni persembahan itu sempena 12th BOH Cameronian Arts Awards. Mereka berkongsi kisah kejayaan dan pengalaman mereka dan juga kata-kata semangat. Kisah-kisah mereka lebih kepada apa yang mereka lakukan – di dalam biang seni persembahan, tapi setiap kata-kata semangat (dan nasihat) yang mereka berikan boleh korang adaptasi dalam diri korang sendiri. Aku paling terkesan dengan kisah Dato’ Faridah Merican yang bagi aku, begitu dekat dengan perjalanan hidup aku.

Sayangnya, buku ni nipis je. Tak sampai sehari dah habis dah. Tak puas!

GEEK LEVEL:

geekX3.5

keyword:  And Oh, These are My Superpowers review, And Oh, These are My Superpowers book review, And Oh, These are My Superpowers michelle yoon, michelle yoon, kakiseni, sembang buku, book review, review buku, buku, ulat buku, geek, readings, membaca, review bahasa melayu

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s