SEMBANG WAYANG: The Jungle Book

jungle

Mowgli, seorang kanak-kanakyang dibesarkan oleh sekumpulan serigala di dalam hutan mula mendapat ancaman daripada Shere Khan, seekor harimau yang sangat membenci manusia. Setelah membuat keputusan untuk kembali ke perkampungan manusia, Mowgli bersama seekor harimau kumbang, Bagheera akan meredahi hutan bersama. Di dalam perjalanan mereka bertemu dengan Baloo, seekor beruang yang akhirnya menjadi sahabat Mowgli. Mereka menempuhi pelbagai cabaran bersama.

Tajuk: The Jungle Book

Klasifikasi: P13

Edaran: Walt Disney Studios Motion Pictures

Genre: Aksi, Pengembaraan

Pengarah: Jon Favreau

Bahasa: English

Tayangan Malaysia: 7 April 2016

Tempoh: 1 jam 16 minit

Pelakon: Neel Sethi, Bill Murray, Ben Kingsley, Christopher Walken, Idris Elba, Scarlett Johansson, Lupita Nyong’o

Panggung Wayang: GSC Mid Valley, Kuala Lumpur

Sembang:

Filem The Jungle Book merupakan remake live action kepada animasi dengan tajuk yang sama diterbitkan pada 1967. Filem animasi asal ini merupakan adaptasi daripada sebuah koleksi buku cerita, juga dengan tajuk yang sama, pada 1894. Sebenarnya, filem ini bukanlah adaptasi live action pertama Disney. Pada 1994, sebuah filem live action dibuat (dengan Mowgli yang lebih dewasa – seakan Tarzan dah) dan seterusnya pada 2003 satu lagi filem animasi dihasilkan sebagai sekuel dengan tajuk The Jungle Book 2.

Kalau korang pernah mononton animasinya masa zaman kanak-kanak rebina dulu, tone ceritanya lebih ceria. Tapi untuk filem 2016 ni, tonenya lebih gelap dan realistik. Aku sangat seronok kerana mereka mengekalkan Mowgli sebagai betul-betul budak kecik dan bukan remaja atau dewasa. Cerita dalam filem ni lebih serius dan relistik dengan perlakuan setiap haiwannya yang sangat natural beauty! Ada part macam korang tengah menonton rancangan National Geographic. Best betul!

Watak-watak dalam filem ni sangat terbaik. Terutamanya watak Mowgli tu yang memang nampak comel. Separuh cerita akan serius, sehinggalah bertemu watak Baloo. Baloo bawa humor yang matang – untuk buat mak ayah seronok. Masa kemunculan watak Kaa, ular sawa besar tu, aku terus boleh detect suara Scarlett Johanson. Sexy dan menggoda. Tapi sekejap sangat.. Watak antagonis utama, Shere Khan tu memang menjadi.

Phase ceritanya agak pantas dan penuh aksi. Ada aksi yang mendebarkan dengan skala yang besar – walaupun CGI. Berbeza dengan filem asalnya, kali ni ada backstory yang jelas tentang permusuhan antara Mowgli dan Shere Khan. Ada beberapa perkaitan dengan animasi asalnya dan lagu asal juga ada di dalam filem ni.

Keseluruhannya, ini filem yang menghiburkan dan penuh aksi. Kecanggihan teknik CGI nya buat korang rasa seperti berada di hutan dan pergerakan haiwan-haiwan dalam ni sangat natural. Lakonan suara yang mantap dan jalan cerita yang lebih baik berbanding animasi asalnya. Aku tak sure kanak-kanak akan seronok menonton filem ni sebab ada beberapa babak yang agak ‘ganas’. Tapi, yang dewasa boleh terhibur, nak nak kalau korang pernah (atau peminat) animasi asal.

POPKON:

popkonX4.5

Ini SEMBANG aku saja. Kalau korang ada yang lagi best, sila tinggalkan diruangan komen!

Keyword: #TheJungleBook, The Jungle Book, The Jungle Book review, The Jungle Book movie, sembang wayang, movie review, The Jungle Book 2016, The Jungle Book filem, filem 2016 review bahasa melayu, bahasa malaysia

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s