Michelle terperangkap di dalam sebuah bilik bawah tanah selepas diselamatkaan oleh seorang lelaki berumur, Howard. Howard memberitahu Michelle keadaan diluar tidak lagi selamat kerana berlaku serangan kimia dan nuklear menyebabkan mereka perlu kekal di dalam bilik bawah tanah tersebut sehingga keadaan selamat. Tetapi Michelle mula berasa curiga selepas beberapa perkara pelik yang ditemuinya.
Tajuk: 10 Cloverfield Lane
Klasifikasi: P13
Edaran: United International Pictures
Genre: Thriller, Drama
Pengarah: Dan Trachtenberg
Bahasa: English
Tayangan Malaysia: 7 April 2016
Tempoh: 1 jam 15 minit
Pelakon: Mary Elizabeth Winstead, John Goodman, and John Gallagher Jr.
Panggung Wayang: GSC Mid Valley, Kuala Lumpur
Sembang:
Pernah tengok filem Cloverfield tentang penaklukan alien di bumi pada tahun 2008 dulu? Filem tu mendapat penerimaan yang berbeza daripada penonton, ada yang suka ada yang tidak. Terutamanya dengan kaedah shaky camera tu. Jadi, adakah ini sekuel kepada filem tersebut? Aku boleh kata ini bukan sekuel, tapi spin-off daripada filem asal dengan garapan yang berbeza dan skala yang lebih kecil. Dan…. tiada shaky cam! Haha. Tapi filem ni ada limited sceening je di Malaysia ni.
Secara jujur, minat aku untuk menonton filem ni lahir apabila melihat teraju utamanya tu! Memang suka dengan lakonan Mary Elizabeth (eleh..). Sewaktu trailer pertama keluar dulu, ramai yang terkejut sebab ntah dari mana, muncul filem berkaitan Cloverfield.
Dengan bias, lakonan Mary Elizabeth awesome seperti biasa. Semua pun okay sebab pelakon di dalam filem ni hanya tiga orang tu saja. John Goodman berjaya bawa rasa misteri dan thrill tu. Walaupun tak ramai pelakon, ketiga-tiga watak utama tu berjaya takluk tumpuan aku untuk menonton sampai habis.
Oh, kalau korang expect ceritanya seperti Cloverfield, korang memang silap. Phasing ceritanya sangat perlahan. Ini bukan filem aksi tapi triller. Jadi permainan rasa tu kena develop supaya dapat wujudkan empati kepada watak-watak. Backstory setiap watak ada dalam dialog mereka. Filem ni membuatkan korang tertanya-tanya adakah penyudahnya sama macam apa yang korang fikir. Siapa, apa, kenapa, bagaimana.. Dah macam selesaikan kes haa.Walaupun endingnya agak hambar, tapi korang akan rasa puas bila semua perkara dah terjawab.
Keseluruhannya, filem ini dapat menarik perhatian korang dengan jalan ceritanya yang agak twisted tu. It’s kind of strange, but oddly satisfying. Macam tu lah. Perlahan, tapi tidak bosan kerana filem ni mencabar fikiran dan buat korang berfikir secara spontan ketika menontonnya.
POPKON:
Sembang tepi:
Second thought aku, rasanya ni filem stand-alone. Tapi sebab nak tarik orang menonton, diorang letak title Coverfield dalam tu. Buat reshoot beberapa babak dan terus promo. Sebab tu kot keluar tiba-tiba. Haha.
Ini SEMBANG aku saja. Kalau korang ada yang lagi best, sila tinggalkan diruangan komen!