SEMBANG WAYANG: The Huntsman: Winter’s War

huntsman

Kerana marah dan berkecil hati disebabkan cinta, Freya membawa diri ke North Kingdom untuk membina kerajaannnya sendiri. Di sana dia mewujudkan tenteranya daripada kanak-kanak yang ada. Kerana hatinya yang kecewa dengan cinta, Freya telah menghukum dua pemburunya kerana mereka telah jatuh cinta. Ravenna yang kini terperangkap di dalam cermin ajaib mahu dilepaskan dan cuab mempengaruhi Freya.

Tajuk: The Huntsman: Winter’s War

Klasifikasi: P13

Edaran: United International Pictures

Genre: Aksi, Fantasi

Pengarah: Cedric Nicolas-Troyan

Bahasa: English

Tayangan Malaysia: 14 April 2016

Tempoh: 1 jam 44 minit

Pelakon: Chris Hemsworth, Charlize Theron, Emily Blunt, Jessica Chastain, Sam Claflin, Nick Frost

Panggung Wayang: GSC Mid Valley, Kuala Lumpur

Sembang:

Angkat tangan siapa yang tengok trailer ingat ini prekuel kepada filem Snow White and The Huntsman dulu. Sebenarnya tidak. Latar cerita ini berlaku diantara timeline filem tersebut. Konsep prekuel dan sekuel ni memang idea yang menarik. Jadi, siapa yang tak menonton filem Snow White sebelum ni mungkin akan rasa lost sedikit.

Tak boleh elak untuk membayangkan Chris Hemsworth sebagai Thor. Ada satu babak aksi dia melompat dari tebing tu memang sangat Thor. Haha. Ala.. Macam tengok Jennifer Lawrence sentiasa sebagai Katniss.. Dua pelakon hebat di dalam ni iaitu Emily Blunt dan Charlize Theron memberikan lakonan yang mantap – walaupun Charlize muncul beberapa babak saja. Watak-watak Dwarf sebagai sokongan tu pulak menambah humor di dalam cerita.

Phasing bermula agak slow dan menjadi laju apabila hampir kepenghujungnya. Cerita yang straightforward dan plot twist  yang biasa-biasa. CGI untuk efek ais dan emas tu tak begitu menonjol dan tak banyak pun digunakan. Sebab point adalah cinta, jadi agak cheezy dibeberapa bahagian – bukan genre yang aku minat sangat. Aku harapkan pertembungan antara Queens tu sepatutnya tampil lebih epik, tapi suam-suam sahaja.

Keseluruhannya, filem yang menghiburkan dan rasanya akan lebih menonjol untuk peminat filem Snow White dulu tu. Jalan cerita okay, tapi agak predictable dan sangat simple.

POPKON:

popkonX3.5

Ini SEMBANG aku saja. Kalau korang ada yang lagi best, sila tinggalkan diruangan komen!

Keyword: #TheHuntsmanWintersWar , The Huntsman Winter’s War, The Huntsman Winter’s War review, The Huntsman Winter’s War movie, sembang wayang, movie review, The Huntsman Winter’s War 2016, The Huntsman Winter’s War filem, filem 2016 review bahasa melayu, bahasa malaysia

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s