SEMBANG WAYANG: Captain America: Civil War

civilwar

Oleh kerana jumlah manusia dengan kuasa luarbiasa semakin meningkat, satu ikatan harus dilakukan untuk memastikan mereka tidak menjadi ancaman kepada penduduk bumi. Maka timbul konflik dan menjadikan para superhero ini berpecah kepada dua pihak; setuju dan tidak bersetuju. Kedua-dua pihak ini yang diterajui oleh Captain America dan Iron Man perlu mendapatkan solusi dengan pantas sebelum mereka mula berbunuhan sesama sendiri!

Tajuk: Captain America: Civil War

Klasifikasi: P13

Edaran: Walt Disney Studios Motion Pictures

Genre: Aksi, Fantasi, Superhero

Pengarah: Joe Russo & Anthony Russo

Bahasa: English

Tayangan Malaysia: 28 April 2016

Tempoh: 2 jam 28 minit

Pelakon: Chris Evans, Robert Downey Jr., Chadwick Boseman, Anthony Mackie, Sebastian Stan, Scarlett Johansson, Frank Grillo, Jeremy Renner, Daniel Brühl

Panggung Wayang: GSC Mid Valley, Kuala Lumpur

Sembang:

[AMARAN: INI ADALAH REVIEW BIAS DARI SEORANG PEMINAT MCU]

Yeay! Puas akhirnya bila dah dapat menonton filem ni. Terima kasih kepada si polan-polan yang sudah menonton premier pada tengah bulan yang lalu kerana tidak spoil! Berbanding filem BvS, filem Captain America ini rata-rata mendapat maklum balas positif daripada penonton. Masa menonton trailer 1 dan 2, macam-macam teori bermain difikiran…namun semuanya silap. Haha.

Ini kali kedua aku rasa filem Captain America (Cap) seakan diberi layanan istimewa kerana hasilnya yang sangat memuaskan. Daripada lakonan, garapan cerita dan perkembangan plot. Mungkin kerana secara asalnya, kisah latar Cap takdelah se-menarik geng-geng Avengers yang lain. Jadi, perincian dan penekanan tu diletakkan lebih untuk filemnya. Walaupun Iron Man yang memulakan legasi Marvel Cinematic Universe (MCU), kena ingat juga Cap adalah tunjang utama pembentukan Avengers.

Kali ni pelakonnya memang tak menang tangan. Disney ke, Marvel ke, memang berbelanja habis untuk filem ni – yang pasti pulangannya berlipat ganda macam baju berlipat dalam almari nuh! Well, semua pelakonnya bukan calang-calang.. Ternyata memang thorbaek! Penampilan beberapa watak daripada filem-filem terdahulu dan yang baru pun mengundang spekulasi liar kemana MCU akan berkembang selepas ni – HULK maybe? Limpahan watak dengan tarikan yang tersendiri tidak langsung mengganggu cerita. Dalam ramai-ramai tu, aku rasa yang mencuri tumpuan lebih kepada watak Scarlett Witch (Wanda) dan Spiderman.

Garapan cerita untuk filem ni memang bagus. Perkembangan dan twist pun mampu memberi kejutan. Phase pun laju dan tidak bosan. Paling seronok, apa yang ada di dalam trailer, berlainan ceritanya di dalam filem. Elemen-elemen begini yang memberikan lebih impak sebab selain menjawab tekaan penonton, ia mewujudkan rasa terkejut-terkujat semasa menontonnya. Mungkin yang boleh dikomen adalah motivasi watak antagonis yang tak begitu meyakinkan. Namun, uniknya ia masih bergantung kepada jalan cerita yang dibawa sepanjang filem. Satu keyword tetapi dimainkan dengan menakjubkan untuk memberi kaitan antara semua watak. Hebat!

Aksi bertempur memang berlambak dan sangat best! Bagaimana kerjasama antara mereka dan kebolehan-kebolehan tertentu digabungkan untuk menghasilkan serangan yang unik dan hebat. Ada babak romantis yang cuba dilahirkan antara mereka juga. Satu lagi kelebihan MCU adalah betapa kreatifnya mereka menyelitkan babak humor di dalam babak-babak yang tegang dan serius. Sesuatu yang tak nampak dipaksa dan menjadi weh.

Sudah tentu banyak teknologi CGI di dalam filem ni. Ada satu dua kali CGI nya nampak kurang menjadi. Tapi sebenarnya, kebanyakkan adengan di dalam filem ini dirakam secara fizikal dan praktikal. Sebab itu ia ada beri sedikit rasa kepuasan sebab pergerakan dan aksi mereka nampak real.

Keseluruhannya, sebagai peminat MCU, ini filem yang sangat bagus. Jalan cerita dan gambaran yang boleh dikatakan hampir dengan naskah asalnya. Sebagai sebuah filem, aku kagum dengan cara mereka menyusun kemas setiap watak dan kehadiran mereka masih tidak overshadowed Cap sebagai watak utama. Ala.. lama lagi nak tunggu diorang beraksi kembali nanti!

POPKON:

popkonX5

Ini SEMBANG aku saja. Kalau korang ada yang lagi best, sila tinggalkan diruangan komen!

Keyword: #CaptainAmericaCivilWar , Captain America Civil War , Captain America Civil War review, Captain America Civil War movie, sembang wayang, movie review, TCaptain America Civil War 2016, Captain America Civil War filem, filem 2016 review bahasa melayu, bahasa malaysia

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s