SEMBANG BUKU: PBAKL 2016 – PART 1

pbakl16

Apa acara yang  paling hype berlaku minggu ini? Untuk manusia separa ulat seperti aku, korang pasti tahu tentang Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2016 sedang berlangsung bermula 29 April sehingga 9 Mei 2016 – 11 hari! Berbeza dengan penganjuran beberapa tahun sebelum ini, untuk tahun ini PBAKL 2016 berpindah lokasinya ke MAEPS, Serdang. Acara bermula dari jam  10.00 pagi – 7.00 malam pada hari Isnin – Khamis dan 10.00 pagi – 9.00 malam pada hari Jumat – Ahad & Cuti Umum.

Boleh dikatakan setiap tahun pergi PBAKL ni tapi untuk kali ni yang lokasinya agak tidak di Kuala Lumpur sangatlah tu maka agak berkira-kira juga mulanya. Masa aku dapat tahu lokasinya bertukar dari PWTC ke MAEPS, punyalah kecewa di hati seperti ditusuk tungau. Adalah dua kali event kat MAEPS yang menyebabkan aku kurang berminat dengan lokasi tu. Tapi selamat juga pergi dan pulang untuk PBAKL 2016 ni.

Nak tahu maklumat lanjut dan update berkaitan PBAKL, klik sini untuk ke facebook page mereka.

Aku berkesempatan pergi pada hari kedua Sabtu lepas dengan adik-adik aku. Bertolak dari rumah awal juga sebab nak sarapan dahulu kat KL Sentral. Ya, kami ni penduduk bandar yang tak urban sangat sebab kami takde kereta. Kemudian kami naik Komuter KL Sentral ke Serdang. Di Stesen Komuter Serdang tu, kena menyeberang ke sebelah sana jalan untuk dapatkan shuttle bas ke MAEPS. Korang boleh kenalpasti bas tu dengan iklan PBAKL di MAEPS yang terpampang dibadan bas. Katanya waktu menunggu dari 15 – 20 minit, tapi nasib kami baik, jejak je kaki turun jejantas tu ada shuttle bas berhenti. Bayaran RM 1.00. – tapi aku ada terbaca juga, ada yang naik bas tu free, 50 sen pun ada.. entah, asal sampai kesana akur sahajalah. Singgit je pun..

13077051_10154148048194513_70872708110185347_n
Inilah rupa shuttle bas tu. Kredit photo: PBAKL2016

Lebih kurang dalam 15 minit macam tu sampailah ke kaki pintu MAEPS. Takdelah kaki pintu sangat, ada berjalan sikit mendaki anak bukit. Cukuplah untuk warm up supaya mudah korang menjelajah segala pelusuk ratusan tapak reruai (booth – baru belajar tahun ni) di PBAKL nanti.

Kami mulakan explorasi di Dewan D. Dewan ni ada booth dari universiti dan kolej selain booth jualan buku yang lain. Dalam tu ada juga pentas. Disekeliling pula adalah tempat paling best untuk korang tersadai dan bersidai setelah berpenat lelah berjalan. Ramai je dok melepak dalam tu sebab dewan tu kosong dan sejuk. Aku terjumpa seorang kawan ofis lama yang sekarang jual buku kat dewan tu. Dia kata dewan ni macam picisan sikit sebab ramai orang datang sebagai RnR, bukan beli buku. Maka bertabahlah beliau.

Kemudian kami ke Dewan C pula. Dalam tu adalah booth besar macam Ana Muslim dan PTS. Tapi mak datuk penuh. Masa tu pulak booth PTS ada masalah kaunter bayaran ke apa ntah, jadi ramai yang tunggu dan beratur. Aku lupakan hasrat nak membeli, tapi sentuh-sentuh je komik “Cun!” dan “Aku, Kau & Cinta 3”. Aku ada aim komik tebal “Bersama Selamanya” di booth Bekazon, tapi konon-konon nak datang balik la beli.. sekali lupa. Haha.

Selepas tu terus ke Dewan A. Dewan ni besar dan dibahagikan kepada tiga bahagian; A1, A2 dan A3. Masuk-masuk je ada adik tengah bercerita pasal ikan. Untuk pertandingan bercerita agaknya. Comel sungguh. Aim utama nak cari booth BLINK BOOK untuk melihat kawan-kawan beraksi manja dengan peminat mereka. Dari jauh dah nampak tu, booth paling menyerlah kau! Dengan tema BLINK TRAVEL” di booth A1005 – A1008. Kita berdiri jauh sajalah sesambil belajar macamana mereka bertugas. Mana tahu nanti ada rezeki kena bertugas juga kan.. Tak dapat duduk kerusi cantik, dapat tolong-tolong angkat buku buat-buat sibuk pun jadilah. Boleh tumpang glamer dengan photoboom mereka. Haha. Niat jahat.

Kongsi sikit gambar. Literally, sikit.

IMG20160504002423
Koleksi kunjungan pertama. Semuanya komik sebab aku ada beberapa buku yang tak habis baca lagi – alasan.

Di booth FIXI/Lejen, beli komik DC tu satu RM 30.00. Beli 2 jadi RM 50.00. Beli tiga komik Maple Comics; “Jejon di Jepun”, “Pelempang Realiti” dan “Komik Ronyok” jadi RM 50.00. Pembelian RM100 keatas akan dapat beg dan buku  “#Pickupline” tu percuma.

Di booth Gempak Starz, komik X-VENTURE tu dari RM 12.00 jadi RM 10.00 – beli untuk rujukan tu. Lain-lain tajuk; “Lawak Kampus 25 & 26”, “Te@mari 3”, “Si Meow SUU & KUU” dan “Dari Alam Angker: Saka & Tamu Senja” – seleksi pilihan adik aku.

IMG_20160430_175736
Booth BLINK TRAVEL. Tu tengah KPOP HOUR segala. Waktu inilah Aman… Hmm..
IMG_20160430_165437
Tuan kepada KOMIK RONYOK! Selain muda, aku agak terkilan sebab dia berwajah suci. Langsung tak macam komik-komiknya! Hebat betul dia ni…

APA YANG MENARIK?

  1. Kawasan yang lebih luas dan selesa! Jika nak bandingkan dengan PWTC, lokasi kali ni tidak terlalu sesak. Sebagai manusia bersaiz raksasa, aku selesa untuk PBAKL 2016!
  2. Booth jualan buku yang banyak! Ada lebih 800 booth dengan lebih 200 syarikat yang turut serta.
  3. Lapar? Banyak kawasan untuk mengisi perut kali ni. Bukan sahaja food trucks di tepi-tepian itu, ada juga kawasan makan di belakang Dewan A dan di bawah Dewan D. Lebih baik bawah Dewan D sebab nyaman dan tak ramai orang.
  4. Kalau korang datang naik kereta, ada kawasan parkir yang luas! Yang aku perasan bayaran dia RM3. Tapi ada yang kata percuma.. Entah. Lagi satu, dari kawasan parkir tu ada bas comel bawa korang ke Dewan A.
  5. Baucar Buku 1Malaysia boleh digunakan dikebanyakan booth. Sila tanya dulu sebelum kecewa dan merajuk.

YANG KURENG..

  1. Pembantu acara tu (dipanggil Duta Buku) ada yang tak cekap untuk handle pengunjung. Mereka ni tempat rujukan utama, tapi bila ditanya tak terjawab, malu rasa diri ini. Eh, aku yang malu. Yelah, manusia tidak sempurna..
  2. Untuk hari kedua yang aku pergi, tiada tag atau penanda tempat menunggu bas. Aku ikut signage “Shuttle Bus” yang membawa ke bawah Dewan D. Bila tanya Duta Buku, dia kata kat khemah putih depan tu, bang. Kami pergi, sebab nampak confident, berjujut-jujut orang ikut menunggu. Selepas setegah jam, alih-alih tempat tunggu kat atas nun, tempat kami turun masa datang tadi. Adeh, pengsan la kak duta cenggini…
  3. Harga makanan agak mahal – terutamanya untuk adik-adik sekolah tu. Bertabahlah dik, cepatlah membesar dan cari duit.
  4. Aman, bila aku jumpa borak elok je nampak, tapi bila dia tukar baju bodyguard, aura poyo memang terselah. Kami pun terus pergi dari situ. Hahahaha~ Kalau nak bukti apa yang aku tengok, sila ke booth BLINK BOOK naa..

TIPS:

  1. Pakai kasut dan pakaian yang selesa. Selain nak menapak, boleh elak kaki dari cepat letih berjalan kesana kemari dek kerana lupa diri melihat banyak buku.
  2. Bawa duit tunai yang cukup – lebih pun okay. Aku keluarkan duit di KL Sentral tapi bila sampai sana bajet tak cukup.. Mana nak buku, makan lagi.. Sebenarnya buku tu yang lebih..
  3. Buat perancangan buku yang nak dibeli (jika boleh) supaya korang boleh sasarkan booth yang utama. Untuk bajet juga!
  4. Bawa air mineral sebagai backup. Walaupun di MAEPS tu bersepah mesin gedegang air ada, tapi takkan nak beli sokmo. Sekali beli RM 2.00. Kau mampoo?
  5. Ada aku perasan yang bawa troli dan beg beroda macam pelajar tersingkir tu. Mesti mereka tu sejenis bukan ulat dah, malah dah full form jadi kupu-kupu buku. Hebat..
  6. Surau ada berhampiran Dewan C.
  7. Tandas yang besar, selesa dan kosong di Dewan D.

Keseluruhannya, walaupun lokasi kali ni agak jauh, tapi rasanya MAEPS lebih selesa dan bagus berbanding PWTC. Isunya, PWTC ni tempat yang mudah untuk orang pergi, tapi agak terhad kawasannya untuk jumlah pengunjung yang semakin bertambah. Dah pergi tu rasanya ok je lokasi baru ni. Banyak ruang boleh improve lagi. Hey, bagilah peluang sebab ni pertama kali penganjur buat di sini kan.. Aku nampak banyak yang positif dan boleh diperbaiki. Tidak mengecewakan dan mungkin kembali untuk kali kedua. InshaaAllah.

Sembang tepi:

Si Polan tanya; “Kau ni takde ke slot signing komik?” Ala.. aku jalan pun orang tak kenal. Kalau aku duduk kat booth, pasti akan dihalau sebab orang fikir aku sedang bersidai. Lalu kami pun berhuhuhu huulala~

…….

Keyword: #PBAKL2016, Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2016, MAEPS Serdang, pesta buku, kuala lumpur international book festival, book festival, book lovers, shopping, ulat buku

Advertisements

One thought on “SEMBANG BUKU: PBAKL 2016 – PART 1

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s