SEMBANG BUKU: PBAKL 2016 – PART 2

Kegigihan tak? Tak cukup sekali, nak pergi juga kali kedua tuh! Haha. Ini merupakan bahagian kedua untuk kisah di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (APBKL) 2016.

Klik sini untuk baca SEMBANG BUKU: PBAKL 2016 – PART 1. Ada TIPS untuk korang kalau nak pergi pesta-pesta buku seperti ini.

Seperti sebelum ni, aku memilih untuk pergi pada hari Sabtu juga. Hari ke -9, tiga hari sebelum PBAKL 2016 berakhir Isnin nanti! Jadi, kalau korang ada lagi niat nak pergi, ada waktu lagi sipi-sipi je ni weh. Pi serbu sahajalah! Namun, walaupun aku tiba pada waktu yang hampir sama, masya Allah.. ramai betul rakyat bersekolah hari ni! Lebih sesak dari sebelum ni, tahu? Baguslah juga kan ramai adik-adik ni yang semakin minat membaca. Takpelah, mula dengan yang santai-santai dahulu, nanti bila usia bertambah, mesti bahan bacaan tu jadi semakin matang juga. Teruskan membaca!

Lawatan aku kali ini juga bukan kosong semborono menonong berjalan seantero MAEPS! Kali ini aku pergi ala-ala book hunting gituhh. Bagus juga bila dah pernah pergi sebelum ni, pandang-pandang dahulu, bila datang semula boleh beli terus. Perjalanan pun jadi lebih cepat dan tersusun sebab dah tahu lokasi reruai penerbit. Ops, aku takdelah hunting sangat.. tujuan asalnya buat book hunting untuk seorang sahabat penulis ni. Orang jauh tu.. Jadi sesambil nak repeat tu, aku pun tolonglah dia carikan buku-buku tertentu.

Tapi memang bersungguh fokus hunting sampai tolak tepi hal lain. Yelah, yang utama tu kena la selesaikan. Aku pergi dengan adik aku dan kami dapat selesaikan semua carian dalam dua jam, hunting semua buku, ulang alik dari dewan A ke dewan C, cari kat booth lain.. Sampai puas (dan penat). Alhamdulillah, 80% dapat dicari dan dijumpai. Bila dah hujung-hujung ni banyak juga buku yang sudah sold out! Mulalah rasa sesal tak berkesudahan sebab datang sebelum ni tak beli.. isk..isk..

Bukan itu saja, masa nak balik, sekali awan berarak mendung dan hujan turun segan-segan.. Kami tak jadi balik dan kembali ke pesta buku. Sempat menyinggah booth BLINK BOOK sekali lagi. Borong bukan main, tapi untuk orang lain punya la. Mintak signature makhluk-makhluk terkenal di situ. Hebat. Tak menahan, macam tahu-tahu je bila sampai orang dok bergambaq, maka menyelitlah kita – ok tak menyelit sangat sebab aku bersaiz raksasa. Lepas tu sibuk-sibuk (sebab nak mintak sign) macam kita tu ahli kerabat sana. Ampunkan saya… Adik aku punya melayan aku meronggeng sana sini sampai loya-loya dia.. Bertabahlah, adikku.

Jadi, marilah tatap gambar-gambar yang masih sedikit ini.

IMG20160507141533

Ini sesi sembang-sembang bersama penulis buku “Kartun dan Kartunis di Malaysia” dan “GILA GILA – Gaya dan Tema Kartun” – Muliyadi Mahamood. Sebenarnya aku tak kenal siapa dia tapi aku macam pernah berjumpa dengan dia masa zaman belajar dahulu. Aku dapat tahu tentang buku dia pun daripada seorang sahabat komik. Dia rupanya seorang professor di UiTM. Bila dengar sembang-sembang dia bagi, baca profil dia dan tengok hasil penulisan dia, aku rasa macam nak baca semua je. Bukan senang nak jumpa buku atau artikel berkaitan kartun (komik) yang bertapak di Malaysia ni..

IMG_20160507_200209

Inilah buku-bukunya! Kisah menarik kedua-dua buku ini adalah; masa aku datang kali pertama nak beli buku “Kartun” tu, dah sold out, tapi yang “Gila-Gila” ada je atas rak. Namun, masa kali kedua datang, aku tanya pasal dua-dua buku tu sebab dah takde. Dia kata yang stock sampai lambat lagi dan yang ada hanya copies depan penulis tu ha! Kebetulan dia ada sesi temuramah jadi buku tu digunakan untuk pameran lah kan. Ada kakak ni offer kalau taknak tunggu, boleh ambil yang tu.. Sebab aku dah nak balik, fikir punya fikir punya fikir.. aku rembat sahaja! Kakak tu main ambil je tanpa kisah tatapan masyarakat. Best betul. Terima kasih kepada kakak itu!!

IMG20160507162740

Dari follower, jadi kenalan, lalu menjadi bos. Itulah dia. Tapi Aman baik hari ni. Dia tak poyo. Entahlah esok lusa.  Yang pasti aku dah memberi janji ‘bakal’ palsu untuk deadline. Yelah, mana nak update blog, mana nak tidur lepas ni.. Haihh. Kehebatan teragung dia adalah tampak kurus dalam gambar. Kami sangat sweet sebab beg seakan sama.

IMG20160507210212

Hasil pikulan hari ini. Oh, beg BLINK pakej Kelas Ekonomi yang bernilai RM 100 tu milik orang lain. Begitu juga dengan timbunan buku sebelah kiri tu. Kau tengok beza tona warna bahan bacaan aku dan dia. Kenapa aku semua gelap saja? Hmm..

Eh, sempat lagi nak dapatkan pekej BLINK BOOK tu! Klik sini untuk lihat selanjutnya!

Untuk kunjungan kali kedua ni, dari booth BLINK BOOK aku beli “Aku Mahu Super Bodyguard”, novel gedik oleh Aman Wan dan “5 Kisah Seram di Perpustakaan” oleh Olvidado Shakur. Ada 4 tajuk untuk novel seram dari BLANK ni, tapi awak pilih perpustakaan sempena awak ni alumni pengurusan maklumat. Ahahaha. Poyo.

Selain tu ada dua buku dari TERFAKTAB Media; “Enam Angka Menjelang Dua Puluh Lima” oleh Azraei Muhamad dan “Baiduri Segala Permaisuri” oleh Cik Srikandi. Yang bawah tu komik yang tak terbeli sebelum ni “Cun” dan “Aku, Kau & Cinta 3” dari Komik M.

IMG20160507211007
Koleksi sepenuhnya sempena PBAKL 2016! Untuk tahun ni perbelanjaan dalam RM300++

Banyak tu! Campur dengan yang beli tak baca-baca lagi sebelum ni, tak sabar nak buat pembacaan pasca PBAKL dan kalau rajin buat review. BERUSAHALAH!

Keyword: #PBAKL2016, Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2016, MAEPS Serdang, pesta buku, kuala lumpur international book festival, book festival, book lovers, shopping, ulat buku

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s