SEMBANG WAYANG: The Angry Birds Movie

angrybirds

Tiga ekor burung pemarah (Angry Birds) iaitu Red, Chuck dan Bomb, mendiami sebuah pulau dengan burung yang tidak boleh terbang. Namun, kemunculan Green Pigs yang diketuai oleh Leonard menjadi ancaman kepada mereka. Maka Angry Birds perlu bekerjasama untuk menyiasat apa sebenarnya agenda jahat Green Pigs.

Tajuk: The Angry Birds Movie

Klasifikasi: Umum

Edaran: Sony Pictures

Genre: Animasi 3D, Komedi

Pengarah: Fergal Reilly & Clay Kaytis

Bahasa: English

Tayangan Malaysia: 12 Mei 2016

Tempoh: 1 jam 37 minit

Pelakon: Jason Sudeikis, Josh Gad, Danny McBride, Bill Hader, Maya Rudolph, Peter Dinklage

Panggung Wayang: GSC Mid Valley, Kuala Lumpur

Sembang:.

Siapa tak pernah main game yang terkenal ni? Tak pernah ke… ish ish ish. Ini adalah sebuah filem animasi adaptasi daripada permainan ‘stretch and aim’ terkenal, Angry Birds! Aku pernah main, tapi tak pernah habis pun. Haha. Tetapi tak dapat dinafikan populariti game ini terutamanya dikalangan kanak-kanak. Menggunakan cerita dan konsep yang lebih kurang sama dengan gamenya, filem ini menampilkan sekumpulan burung-burung comel yang pemarah bersama sekumpulan oink oink!

Berbanding game, filemnya dihasilkan sepenuhnya dalam 3D dan kalau korang ni pernah main game dia, mungkin korang akan dapat detect beberapa Easter eggs yang dibawa kedalam filem. Beberapa karekter dihidupkan dengan lebih background story dan emosi. Lakonan suara yang baik. Sekali Chuck bercakap, aku pandang adik aku dan kata “Olaf!” Humor yang mudah dan ada beberapa kali aku tergelak tanpa dipaksa. Lawak weh!

Phasing cerita yang agak bertenang kerana korang diberi peluang untuk mengenali koloni burung-burung yang tidak terbang ni, begitu juga fokus kepada tiga watak utama. Tiada plot twist yang mengejutkan sebab sama je macam game dia. Yang menarik untuk dilihat adalah apabila mereka mula meggunakan lastik tu dan keblehan burung-burung tu yang berbeza ditampilkan dengan gaya yang lebih best!

Keseluruhannya, aku cukup terhibur.. tapi aku mahu lebih! Ceritanya terlalu mudah – untuk kanak-kanak kan, duhhhh. Boleh la nak cakap ini filem untuk peminat gamenya. Seronok melihat karekter-karekter burung tu hidup dan ada kisahnya. Dalam panggung tu siap ada anak-anak yang menyanyi bersama. Capailah kot objektif dan sasaran utama filem ni. Tapi untuk mereka yang ‘berjiwa anak-anak’, filem ini best, tapi tak cukup. Sila buat sekuel.

POPKON:

popkonX4

Ini SEMBANG aku saja. Kalau korang ada yang lagi best, sila tinggalkan diruangan komen!

Keyword: #TheAngryBirdsMovie , The Angry Birds Movie , The Angry Birds Movie review, The Angry Birds Movie movie, sembang wayang, movie review, TThe Angry Birds Movie 2016, The Angry Birds Movie filem, filem 2016 review bahasa melayu, bahasa malaysia

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s