SEMBANG WAYANG: X-Men: Apocalypse

xmen

Sejak dari zaman dahulu lagi, Apocalypse menjadi pujaan seakan Tuhan kerana kehebatan dan kekebalannya. Setelah terperangkap selama beberapa zaman, Apocalypse kini hidup semula dengan misi untuk ‘membersihkan’ muka bumi dari dikuasai manusia biasa yang dianggap lemah. Dia kemudian merekrut beberapa mutan dengan tujuan untuk menjalankan misinya dan mewujudkan dunia baru. Kumpulan X-Men baharu kini ditubuhkan untuk menghalang Apocalypse!

Tajuk: X-Men: Apocalypse

Klasifikasi: PG13

Edaran: 20th Century Fox

Genre: Aksi, Sains Fiksyen

Pengarah: Bryan Singer

Bahasa: English

Tayangan Malaysia: 19 Mei 2016

Tempoh: 2 jam 23 minit

Pelakon: James McAvoy, Michael Fassbender, Jennifer Lawrence, Nicholas Hoult, Rose Byrne, Sophie Turner, Evan Peters, Olivia Munn, Ben Hardy, Kodi Smit-McPhee

Panggung Wayang: GSC Mid Valley, Kuala Lumpur

Sembang:

Sebuah lagi filem dengan gabungan superhero (kali ini mutan) yang sangat dinantikan! X-Men tak pernah gagal menarik hati dan jiwa aku untuk terus meminati mereka! Walaupun dihasilkan oleh produksi yang berbeza dengan MCU, X-Men berjaya tampil dengan gah di dalam universe mereka sendiri. Filem ini merupakan installment ketiga dan penutup untuk trilogi X-Men “reboot” ini – selepas First Class dan Days of Future Past. Tuan direktor, Bryan Singer masih lagi kekal menghasilkan momentum dan ternyata filem ini memang sangat best!

Barisan pelakon baharu diperkenalkan sebagai tunjang utama X-Men di dalam filem-filem yang berikutnya nanti. Paling menarik, filem ini mengetengahkan empat anggota asal X-Men untuk kembali bersatu; Cyclops, Jean, Storm & Nightcrawler. Juga… Jubilee yang comel dan nakal itu juga terpacul – sekadar watak tempelan. Tak sabar nak tengok dia beraksi nanti! Bunga apiii~

tumblr_o670vwuwlx1vo3326o2_540
Yeay for Jubilee!

Walaupun barisan pelakon muda ini membawa watak-watak lama dengan nafas baru, mereka juga bukan calang-calang pelakon. Ada antara mereka memang pelakon yang ternyata hebat. Kareketer mereka kali ini juga lebih hampir dengan watak di dalam komik. Selain mereka, watak hebat daripada filem-filem terdahulu juga ada. Katniss kembali memberontak dengan geng lain pula kali ni.. hehe. Sila tepuk tangan dengan ‘bantuan’ yang diberikan oleh watak kesayangan semua. Siapa? Pi tengok, satgi hang tau!

Cuma bagi aku, watak-watak Horsemen Apocalypse itu tidaklah digunakan dengan sepenuhnya. Terlalu banyak potensi yang boleh dilihat, tetapi mereka hanya beraksi dipenghujug cerita. Mungkin kerana untuk mewujudkan keseimbangan dengan pihak protagonis yang juga tampil dengan barisan ahli kumpulan baru…yang memang sungguh baru. Ohh, kemunculan Quicksilver paling mantop!

Phasing cerita yang sederhana pada permulaannya tetapi berkembang kepada sesuatu yang lebih besar. Background story watak-watak juga diambil berat dan ditonjolkan dengan kemas. Aku tak boleh elak untuk perasan ada babak yang seakan dipotong.. mungkin disebabkan kekangan waktu tayangan. Ini membuatkan aku berasa ada ketika ceritanya bergerak pantas. Dan ada waktu juga aku rasa nak sepak je babak tu supaya jalan cepat dan tak beriya buatkan aku suspen habis!

Aku dapat rasa sedikit berbeza filem kali ni sebab ada adengan minor yang berdarah. Tambah sedikit perasa – tak seganas Deadpool tu, tapi darah tu wujud. Efek kuasa dan tenaga mutan yang awesome betul. Tapi adalah satu dua kali nampak CGI tu agak sloppy. Satu dua je pun.. Babak pertarungan memang best, tapi seperti biasa, aku tetap rasa tak cukup.

Keseluruhannya, aku sangat-sangat terhibur dengan filem ni! Drama dan aksi yang saling mencukupi. Dengan musuh sehebat Apocalypse, aku rasa untuk installment seterusnya musuh mereka akan jadi lebih hebat – Sinister atau Dark Pheonix?. Aku paling seronok melihat watak-watak yang sangat hampir dengan komik dan animasi asal. Yang penting, korang tunggu masa hujung waktu X-Men baru tu ditubuhkan.. outfit diorang memang superb! Dan aku juga rasa perlu dilakukan sesuatu dengan Megneto yang hatinya sentiasa berbolak-balik tu.. Duduk sabar sebab ada post end credit scene yang mungkin petunjuk untuk filem Wolverine akan datang.

POPKON:

popkonX5

Ini SEMBANG aku saja. Kalau korang ada yang lagi best, sila tinggalkan diruangan komen!

Keyword: #XMenApocalypse , X-Men Apocalypse , X-Men Apocalypse review, X-Men Apocalypse movie, sembang wayang, movie review, X-Men Apocalypse 2016, X-Men Apocalypse filem, filem 2016, review bahasa melayu, bahasa malaysia

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s