SEMBANG WAYANG: Teenage Mutant Ninja Turtles 2

turtles

Adik-beradik Turtles kini kembali beraksi! Selepas mengalahkan Shredder, mereka meneruskan kehidupan sebagai penyelamat di dalam kegelapan. Namun, apabila gagal menghalang Shredder terlepas daripada jagaan pihak polis, mereka kini berhadapan dengan ancaman yang lebih besar! Kehadiran seorang hero baharu, Casey Jones membantu Turtles untuk menyelamatkan bandar ini dari dihancurkan musuh yang tidak diketahui.

Tajuk: Teenage Mutant Ninja Turtles: Out of the Shadows

Klasifikasi: PG13

Edaran: Paramount Pictures

Genre: Aksi, Komedi

Pengarah: Dave Green

Bahasa: English

Tayangan Malaysia: 2 Jun 2016

Tempoh: 1 jam 42 minit

Pelakon:Megan Fox, Will Arnett, Alan Ritchson, Noel Fisher, Jeremy Howard, Pete Ploszek, Stephen Amell, Tyler Perry, Brian Tee, Laura Linney

Panggung Wayang: GSC Mid Valley, Kuala Lumpur

Sembang:

Oliver Queen to the rescue! Haa.. motivasi utama aku pergi menonton memang kerana Stephen Amell a.k.a Green Arrow ada dalam tu! Haha. Ini filem sekuel kepada filem pertama mereka pada tahun 2014. Micheal Bay masih lagi menjadi produser dan surprisingly, tak banyak letup-letup dan penekanan lebih kepada watak Turtles! Cowabanga!

Sudah pasti teraju utamanya empat beradik Turtles sepenuhnya hasil daripada CGI. Tetapi lakonan dan pergerakan mereka tampak hidup, begitu juga dengan dua watak antagonis Bebop dan Rocksteady. Lakonan suara memang sepadan untuk watak-watak Turtles sebab dah biasa ketika menonton filem pertama. Bagi watak Bepop dan Rocksteady pula kedengaran seperti terlalu cartoon-ish. Hey, mana boleh lupa kewujudan watak baru, Casey Jones lakonan Stephen Amell tu. Ok, walaupun aku minat pelakon tu, aku rasa ada sedikit kejanggalan dia dengan watak Casey – yang sepatutnya lebih nakal dan bersahaja. Watak April.. Hmm.. memang kekal mencantik walau beraksi macamana pun.. Hehe. Ada kemunculan Krang, tapi aku kecewa sebab dia macam lebih hebat pulak dari Shredder.

Kali ini bagi aku pendekatan cerita dan wataknya lebih dekat dengan watak asalnya. Tidak terlalu serius atau nampak terlalu keanak-anakan seperti filem pertama. Budak dan bapak budak boleh terhibur dengan filem ni. Ada beberapa babak aksi yang manarik, terutamanya babak mereka dengan kapal terbang. Humor yang tidak keterlaluan dan senang difahami. Phasing pun laju dan tak bosan. Cuma bagi aku, jalan ceritanya agak linear dan straightforward. Rasanya ratio target audience mereka lebih kepada kanak-kanak berbanding dewasa.

Keseluruhannya, ini filem yang menghiburkan. Kalau korang tak nak layan cerita berat-berat, bolehlah layan filem ini dengan tenang. Filem ini dibuat untuk peminatnya (fan service) dan kalau korang peminat setia Ninja Turtles, korang akan suka banget. Tapi kalau korang suka suam-suam macam aku ni, masih menyeronokkan untuk ditonton.

POPKON:

popkonX4

Ini SEMBANG aku saja. Kalau korang ada yang lagi best, sila tinggalkan diruangan komen!

Keyword: #TMNTOutOfTheShadows , Teenage Mutant Ninja Turtles: Out of the Shadows , Teenage Mutant Ninja Turtles: Out of the Shadows review, Teenage Mutant Ninja Turtles: Out of the Shadows movie, sembang wayang, movie review, Teenage Mutant Ninja Turtles: Out of the Shadows 2016, Teenage Mutant Ninja Turtles: Out of the Shadows filem, filem 2016, review bahasa melayu, bahasa malaysia

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s