SEMBANG BUKU: Aku Mahu Super Bodyguard

bodyguard

Tajuk: Aku Mahu Super Bodyguard

Genre: Fiksyen, Remaja

Penulis: Ain Maisarah, Aman Wan

Penerbit: BLINK Book Sdn. Bhd., 2016

Mukasurat: 240 muka surat

Bahasa: Malaysia

ISBN: 978-967-0411-84-2

Kedai Buku: Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2016

Harga: RM 15.00 / RM 17.00 (SS)

Ringkasan:

Kejadian ragut berlaku di Sekolah Sri Bangsar! Ada pelajar sudah menjadi mangsa, sampai tercalar muka! Afiqah si Juara Taekwondo langsung tidak risau… kekuatannya tentu mampu mengalahkan peragut yang datang menyerang. Sekali tumbuk, pasti melayang!

Sembang:

Ini adalah novel remaja kedua oleh penulis/pelukis Aman Wan selepas “Lembaga Kerusi Belakang”. Tak kenal ke siapa Aman Wan tu?

Klik sini kalau nak ikut blog Aman Wan atau sini untuk facebook page rasmi Aman.

Klik sini pula kalau nak tengok video dari Youtube channel Aman Wan.

Selepas baca novel pertama dengan genre ‘agak’ seram tu, kali ni Aman tampil berbeza dengan genre sweet-muweet-gedik untuk novel “Aku Mahu Super Bodyguard” ni. Ikutkan memang tak terbaca sebab mana aku sebati dengan genre begini, tapi sebab galak book-hunting bagai, novel ini terpacul di dalam listing habuan PBAKL 2016 hari tu – Aman tetap kata aku beli sebab memang aku nak beli.. ish.. *blushing*

Aku ambil masa juga nak membaca novel ni sebab terhenti-henti. Jadi, bila ada masa terluang, berdesup habiskan terus! Tanpa aku sangka, novel ini berjaya beri kesan di dalam jiwaku yang kudus ini. Cewahh. Masa buka beberapa page awal, ada vibe “Mean Girls” dengan aksi gedik The Wannababes tu. Sampai di tengah, ada rasa ‘sakit hati’ dan ‘meruntun jiwa’. Perkembangan cerita yang menarik, disrenjiskan dengan sedikit aksi dan ada plot twist dipenghujung tu. Bagusnya, Aman berjaya bagi aku rasa apabila membaca. Mostly, susunan ayatnya akan ada humor, tapi ada juga yang bagi impak. Kalau korang sejenis aku yang sentiasa letak rasa empati ketika membaca tu, korang akan faham maksud aku.

Sebagai seorang yang suka menonton filem, aku dapat rasakan klise babak-babak teenage girls dan high school di dalam novel ni. Even membacanya pun aku akan bayangkan babak-babak di dalam filem dengan tema yang sama. Untuk aku yang berumur pakcik ni mahu kenal dunia BLINK, dalam novel ni ada bagi cross-over beberapa watak lain. Secara tak langsung, aku buat ulangkaji tahu.

Keseluruhanya, novel ni ada dramanya yang tersendiri tapi memang untuk para remaja. Straightforward dan mudah dihadam. Kau baca setiap dialog dengan attitude, nescaya kau akan flip hair tanpa sengaja! Aku selesa dengan penulisan Aman, jadi selepas ni memang tak elak dah nak dapatkan setiap novel dia. Kena pink-kan jiwa sambil sorok-sorok baca sebab risau dikecam ahli keluarga yang lain. Haha.

GEEK LEVEL:

geekX4

Sembang tepi:

Aku review jujur tau, bukan bodek bos punya. Haha. Lagipun, kebelakangan ni kena menyelami lautan pink dengan lebih dalam. Maka bertabahlah aku.

keyword: sembang buku, book review, review buku, gedik, aku mahu, aku mahu super bodyguard, blink book, kedai blink, buku, ulat buku, geek, readings, membaca, Aman Wan, Ain Maisarah

Advertisements

4 thoughts on “SEMBANG BUKU: Aku Mahu Super Bodyguard

  1. Wah, wah! Aku tak sangka ada juga review untuk buku ni! Thanks Danial! Semakin stress aku nak lengkapkan Super Mama apabila yang ini dah dapat 4 bintang. Mesti kena better! Yosh! >___<

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s