Seorang ibu tunggal di London yang membesarkan empat orang anak kini berhadapan dengan masalah yang lebih kritikal apabila anak perempuannya, Janet mula berkelakuan pelik. Bukan itu sahaja, pelbagai aktiviti-aktiviti paranormal mula berlaku di dalam rumah yang didiami. Mereka perlu membuktikan kejadian-kejadian aneh ini benar-benar berlaku. Jadi, Lorraine dan Ed Warren kembali beraksi untuk menyelesaikan misteri ini!
Tajuk:The Conjuring 2
Klasifikasi: PG13
Edaran: Warner Bros. Pictures
Genre: Horror
Pengarah: James Wan
Bahasa: English
Tayangan Malaysia: 9 Jun 2016
Tempoh: 2 jam 14 minit
Pelakon: Vera Farmiga, Patrick Wilson, Frances O’Connor
Panggung Wayang: GSC Mid Valley, Kuala Lumpur
Sembang:
Pastikan korang cukup nafas untuk menonton filem kedua “The Conjuring” ni sebab memang babak seram tak bagi korang berehat! Kali ni pasangan pemburu hantu itu kembali tapi perlu beraksi jauh nunn ke London sana! Kalau filem pertama dah cukup unik dan seram, filem sekuel yang ini ternyata lebih meyeronokkan..eh, SERAMMM!! Tuan Pengarah, James Wan yang mengarahkan filem pertama juga kembali mengambil kerusi sebagai pengarah filem ini!
Radar keseraman memang superb! Aku kalau menonton filem seram akan tutup telinga sebab maha penakut kepada babak jump-scare, terutamanya untuk filem seram macam ni – exception untuk filem Munafik sebab utamanya adalah sound fx yang bising. Sebelum menonton nak nekad kali ni tak nak tutup telingalah, nak hadaplah bagai. Tapi tak boleh wehh. Haha.
Kali ini berdasarkan kisah benar tentang rasukan di dalam rumah yang pernah terjadi dalam tahun 70-an dulu. Aku sedar, style filem ni – macam filem pertama, mereka akan gunakan kisah seram yang popular kemudian berdasarkan kisah tu, akan jadi asas untuk cerita yang nak dipersembahkan. Jadi, korang akan dapat gambaran tentang kisah seram tu dan wujudkan rasa seram sendiri. Hebat!
Okay, kalau nak ikutkan jalan cerita dan konsep ni, dah banyak kali kita tonton. Boleh kata klise jugalah. Biasalah, cerita hantu balik-balik kot tu juga ceritanya kan.. Tapi apa yang menjadi penarik utama filem ini adalah garapan plot dan cara persembahannya yang tampil berbeza dari apa yang pernah kita lihat sebelumnya.
Phasing cerita yang sangat cepat dan babak-babak seram yang silih berganti membuatkan korang takkan rasa filem ni berdurasi lebih dua jam! Tutup telinga pun takde kesan sangat sebab babak seram berjaya dicipta dengan kesunyian dan visual yang lain macam. Ya, tutup telingan tak membantu aku kali ini. Perkembangan plot ada yang nampak macam slot in untuk wujudkan perkaitan, tapi disusun kemas sampai ke plot twist kat hujung cerita. Oh, tak sangka ada juga babak humor dalam filem ni.
Lakonan yang paling berkesan adalah budak yang dirasuk tu, Si Janet. Memang sakit-sakit badan budak tu rasanya. Kebanyakan pelakon pun hanya jadi sokongan untuk cerita sahaja. Hantu/syaitan kali ni pula ada peningkatan dari segi visual. Ada permainan CGI yang minimal, tapi nampak menyeramkan.
Keseluruhannya, filem ini memang best dan tahap keseraman yang mengagumkan! Mereka boleh teruskan untuk sekuel lagi sebab “The Conjuring” bagi unsur-unsur fresh dan benchmark baru untuk filem yang seangkatan dengannya.
POPKON:
Ini SEMBANG aku saja. Kalau korang ada yang lagi best, sila tinggalkan diruangan komen!
Keyword: #TheConjuring2 , The Conjuring 2 , The Conjuring 2 review, The Conjuring 2 movie, sembang wayang, movie review, The Conjuring 2 2016,The Conjuring 2 filem, filem 2016, review bahasa melayu, bahasa malaysia