Calvin Joyner, seorang bekas pelajar yang sangat popular suatu ketika dahulu, kini menjalani kehidupan yang sederhana sebagai akauntan. Apabila dia bertemu Bob Stone, kawan sekolah lama yang pernah menjadi mangsa buli, hidup Calvin mula menjadi huru-hara dan tiba-tiba terlibat dalam sebuah kes kongsi gelap yang penuh bahaya.
Tajuk: Central Intelligence
Klasifikasi: PG13
Edaran: United International Pictures
Genre: Aksi, Komedi
Pengarah: Rawson Thurber
Bahasa: English
Tayangan Malaysia: 16 Jun 2016
Tempoh: 1 jam 18 minit
Pelakon: Dwayne Johnson, Kevin Hart, Ed Helms, Amy Ryan, Danielle Nicolet
Panggung Wayang: GSC Mid Valley, Kuala Lumpur
Sembang:
Paling lawak adalah melihat The Rock dalam keadaan gempal dan gedik! Gandingan yang menjadi oleh kedua-dua pelakon ni membawa cerita yang agak merunsingkan. Yang penting adalah mesej yang mahu disampaikan tu. I don’t like bullies!
Sebagai peminat Dwayne “The Rock” Johnson ni, aku tak teragak-agak untuk menonton filem ni. Kena pulak bersama Kevin Hart yang memang lawak tu, aku suka dengan gandingan mereka berdua walaupun nampak pelik. Dalam filem ni Kevin bawa watak yang serius sikit dan The Rock pulak yang jadi sejenis hyper mahukan perhatian. Tapi ada ketika The Rock marah, memang keluar wajah serius dia tu. Perghh.. ketaq seh!
Phasingnya laju dan ada beberapa flashback. Jalan ceritanya mudah dan predictable, tapi adalah cubaan untuk letak plot twist. Menjadi, tapi impak tu tak la gah sangat. Ni memang filem yang sangat ringan. Humornya pun bersahaja. Ada beberapa kali agak ke-kartun-an, tapi kenalah sebab ni filem komedi yang not-so-serius.
Keseluruhannya, filem yang senang ditonton dan kelakar jugak. Aku suka tengok The Rock ni bawa watak lain dari yang lain. Ternyata kolaborasi yang pelik tapi menarik. Sesuai ditonton kalau korang tengah stress.
POPKON:
Ini SEMBANG aku saja. Kalau korang ada yang lagi best, sila tinggalkan diruangan komen!
Keyword: #CentralIntelligence, Central Intelligence , Central Intelligence review, Central Intelligence movie, sembang wayang, movie review, Central Intelligence 2016, Central Intelligence filem, filem 2016, review bahasa melayu, bahasa malaysia