SEMBANG WAYANG: Warcraft

warcraft

Dunia Draenor yang didiami oleh makhluk ORCS bergelar Horde semakin musnah dan mereka perlu mencari dunia baharu. Gul’dan, pawang berkuasa membawa Horde ke dunia lain yang didiami oleh pelbagai jenis makhluk termasuk manusia dikenali sebagai Azeroth. Kehadiran Horde mendatangkan masalah kepada dunia Azeroth, maka penduduk dunia itu perlu bekerjasama untuk menumpaskan Horde daripada menguasai dunia mereka yang selama ini aman damai.

Tajuk: Warcraft (The Beginning)

Klasifikasi: PG13

Edaran: United International Pictures

Genre: Aksi, Fantasi, Pengembaraan

Pengarah: Duncan Jones

Bahasa: English

Tayangan Malaysia: 9 Jun 2016

Tempoh: 2 jam

Pelakon: Ben Foster, Travis Fimmel, Paula Patton, Dominic Cooper, Toby Kebbell

Panggung Wayang: GSC Mid Valley, Kuala Lumpur

Sembang:

Disebalik pelbagai review negatif berkaitan filem adaptasi permainan komputer popular dengan tajuk yang sama “WARCRAFT”, filem ini masih mampu mengutip jumlah box office semasa tayangan awalnya! Walaupun aku tak pernah pun main game ni, tapi aku tertarik untuk menonton kerana filem ni mengetengahkan dunia fantasi dan magis. Oleh itu, review ni memang sepenuhnya review tentang filem dan tiada bias untuk bandingkan dengan versi game-nya.

Pertama sekali, masa menonton, apa faktor yang berjaya membuatkan aku suka filem ini adalah kerana wizard dan magic! Well, aku tak pernah main game strategy, tapi aku ada la main game jenis MMORPG – massively multiplayer online role-playing game. Setiap kali main aku akan pilih watak dengan peranan sebagai MAGE atau WIZARD sebab aku freakingly suka magik! Nak-nak watak support sebagai healer, memang paling best! Haha.

Berbalik kepada filem ni.. Berdasarkan lakonan, aku rasa yang paling menonjol adalah watak Durotan. Walaupun dia ni fully CGI (dengan wajah ekspressi pelakon), tapi gaya dan emosinya sangat meyakinkan. Okay, dalam filem ni aku rasa lebih simpati kepada watak ORCS berbanding manusia. Mungkin sebab cerita tu memang fokus kepada makhluk ORCS tu dan mungkin juga ORCS lebih menarik daripada manusia – jadi mereka pilih untuk ketengahkan cerita ORCS lebih lagi. Watak-watak manusia di dalam ni macam supporters kepada cerita pulak.

Phasing cerita agak bercampur-baur. Ada ketika aku rasa macam melompat-lompat. Ada juga rasa background untuk beberapa watak utama tak dikembangkan dengan baik. Banyak yang di potong rasanya sebab waktu tayangan.. Hmm. Oleh itu, jalan ceritanya jadi kurang lengkap dan aku rasa tak puas!

Despite of those things, kena bagi pujian pada babak-babak aksinya yang memang hebat gile! Cara persembahan dengan teknologi CGI kebanyakannya sangat menjadi dan memukau mata! Gituhh. Paling suka cara spell caster dalam filem ni dan effect magik tu… ada feel game sesangat. Menonton babak-babak aksi buat korang rasa puas dan teruja. Cinematography pun cun dan memang best-lah. Haa.. BEST.

Keseluruhannya, filem ni okay je bagi aku. Tak seteruk yang dihentam pengkritik-pengkritik tu rasanya. Kalau korang bukan peminat WARCRAFT seperti aku, korang akan suka dengan babak-babak aksi dan persembahannya yang menarik. Mungkin bila keluar DVD extended version macam BvS nanti barulah jadi bertambah best filem ni.

POPKON:

popkonX4

Ini SEMBANG aku saja. Kalau korang ada yang lagi best, sila tinggalkan diruangan komen!

Sembang tepi: Aku pelik kenapa watak Mage tu tak jadi fokus sebab peranan dia penting dalam filem ni. Kalau tak, mesti lagi banyak effek magik-kebaboom boleh buat! – pendapat bias seorang peminat magik.

Keyword: #Warcraft, Warcraft The Beginning , Warcraft The Beginning review, Warcraft The Beginning movie, sembang wayang, movie review, Warcraft The Beginning 2016, Warcraft The Beginning filem, filem 2016, review bahasa melayu, bahasa malaysia

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s