SEMBANG WAYANG: Finding Dory

dory

Ikuti pengembaraan Dory, sahabat baik Marlin dan Nemo yang mengalami penyakit memori yang singkat untuk mencari keluarganya. Pelbagai cabaran yang perlu mereka hadapi disamping mengenali lebih ramai kawan-kawan baru yang lain!

Tajuk: Finding Dory

Klasifikasi: Umum

Edaran: Walt Disney Studios Motion Pictures

Genre: Animasi 3D, Komedi

Pengarah: Andrew Stanton

Bahasa: English

Tayangan Malaysia: 16 Jun 2016

Tempoh: 1 jam 13 minit

Pelakon: Ellen Degeneres, Ed O’Neill, Ty Burrell, Kaitlin Olson, Albert Brooks, Eugene Levy, Diane Keaton

Panggung Wayang: GSC Mid Valley, Kuala Lumpur

Sembang:

Filem animasi Disney/Pixar tak pernah mengecewakan. Setelah 13 tahun, “Finding Dory” hadir sebagai sekuel kepada animasi hebat “Finding Nemo” pada tahun 2003. Tontonlah mana-mana filem Disney, pasti mereka akan berjaya bermain dengan emosi aku. Sentapp dan tanpa sedar tersedu-sedu di dalam panggung. Isk.. Isk..

Ellen kembali membawa watak si pelupa, Dory! Pemyampaiannya memang bersahaja dan paling suka bila dia bercakap panjang dalam satu nafas. Hebat! Ada kemunculan beberapa watak baru seperti Hank, Si Sotong Kurita yang emo dan Destiny, Si Paus yang rabun dan comel gile! Marlin dan Nemo tak berapa menyerlah sangat sebab spotlight sepenuhnya diberikan untuk Dory. Dory masa kecik.. mak aih comel sungguh suara dia! Matilaa.

Phasing cerita yang seimbang – ada aksi dan drama. Ala-ala cerita penyiasatan pun ada. Cabaran untuk connect setiap memori Dory bagi cari jalan menemui keluarganya tu memang idea yang best! Tak sangka boleh diwujudkan satu cerita yang menarik dan penuh aksi! Adengan humor memang banyak sesangat. Best betul bila mereka tunjuk tindakan yang kita buat, tapi daripada perspektif hidupan laut. Bijak betul.

Kali ni boleh dilihat peningkatan pada animasinya. Paling perasan badan-badan ikan itu dapat dilihat perician sisik-sisik dan pergerakan mereka yang nampak natural. Kalau yang pertama tu korang kagum dengan scenery-nya yang hidup dan cantik tu, kali ni ada juga dan semakin cantik, tapi tak banyak sangat scene begitu. Mula-mulakau rasa pelik kenapa tajuk dia begitu sedangkan yang mencari adalah Dory, tapi hujungnya nanti tahulah kenapa… sedia untuk permainan jiwa kacau masa tu.

Keseluruhannya, untuk sesiapa yang pernah menonton Finding Nemo dulu, kena tonton filem ini juga! Sesekali adalah rasa ter-throwback masa menonton tu. Filem yang penuh dengan sweetness dan kecomelan bermula dari short filem “Piper” tu sampailah ke sudah. Kalau jiwa tak terusik, maka korang adalah cyborg.

POPKON:

popkonX4.5

Ini SEMBANG aku saja. Kalau korang ada yang lagi best, sila tinggalkan diruangan komen!

Keyword: #FindingDory, Finding Dory , Finding Dory review, Finding Dory movie, sembang wayang, movie review, Finding Dory 2016, Finding Dory filem, filem 2016, review bahasa melayu, bahasa malaysia

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s