SEMBANG WAYANG: Independence Day: Resurgence

independence

Ancaman baru kembali selepas 20 tahun ketika bumi berjaya dihalang daripada ditawan sekumpulan makhluk asing. Manusia kini sudah mendalami teknologi makhluk asing tersebut dan sedaya upaya melindungi bumi dari serangan lain. Satu portal purba terbuka, membawa kepada kehadiran makhluk asing yang mencurigakan dan mengundang bala tentera makhluk asing lain untuk kembali menakluki bumi!

Tajuk: Independence Day: Resurgence

Klasifikasi: PG13

Edaran: 20th Century Fox

Genre: Sains fiksyen, Pengembaraan

Pengarah: Roland Emmerich

Bahasa: English

Tayangan Malaysia: 23 Jun 2016

Tempoh: 2 jam

Pelakon: Jeff Goldblum, Bill Pullman, Judd Hirsch, Jessie Usher, Liam Hemsworth

Panggung Wayang: GSC Mid Valley, Kuala Lumpur

Sembang:

Sekuel kepada filem “Independence Day” 20 tahun yang lalu (1996) dengan pengarah yang sama. Okay, siapa pernah menonton filem pertama dia? Haa.. aku tanya sebab adik aku tak tahu pun ini filem sekuel. Kannn. Alien yang sama kembali, tapi kali ni dengan skala lebih besar dan teknologi lebih canggih. Bukan manusia saja yang belajar tentang alien ni, malah mereka pun sama!

Pertama sekali, jujurnya, perasaan ketika menonton filem ini adalah.. neutral. Bukan LANGSUNG tak rasa apa-apa, tapi tak sampai kot. Filem pertamanya dulu pun bukanlah antara filem yang paling best, tapi evergreen la juga sebab konsep yang menarik. Kali ni, sebab sebelum tu skala dah besar, maka diorang buat lagi-lagi-lagi besar. Part alien tu, okay. Cuma part manusia tu.. Hmm..

Pelakon-pelakon memang ramai dalam filem ni. Ada watak-watak terdahulu dibawa dan ‘dihidupkan’ kembali dan watak-watak baru muncul. Masalah utama adalah terlalu banyak cerita dan watak sehingga kau tak tahu mana satu watak utama dan kau perlu fokus. Bayangkanlah, dah lebih dari setengah cerita, boleh muncul lagi watak-watak baru..

Phasing cerita agak kelam kabut sebab macam point sebelum ni, banyak watak dan cerita yang nak diketengahkan. Tak perlu curiga, aku boleh rasa ada plot yang ditambah sana-sini sebab nak memudahkan cerita semata-mata. Tiada rasa empathy dengan wataknya. Yang ada hanyalah rasa teruja melihat bumi porak puranda dan KLCC jatuh dari langit.

CGI memang digunakan sepenuhnya. Membantu caerita dan ternyata lebih menarik. Babak bertempur dan kejar mengejar memang best. Itu sajalah yang mengikat aku untuk terus berminat dengan filem ni.

Keseluruhannya, babak aksi memang menghiburkan. Tapi kalau tengok dari segi cerita dan rasa, memang lemah sikit. Apa-apa pun, memang seronok untuk siapa yang pernah menonton filem yang pertama sebab dalam filem ni adalah momen-momen throwback tu. Oh, ada gaya nak buat sambungan. Berani dia.

POPKON:

popkonX3

Ini SEMBANG aku saja. Kalau korang ada yang lagi best, sila tinggalkan diruangan komen!

Keyword: #IndependenceDay Resurgence, Independence Day Resurgence, Independence Day Resurgence review, Independence Day Resurgence movie, sembang wayang, movie review, Independence Day Resurgence 2016, Independence Day Resurgence filem, filem 2016, review bahasa melayu, bahasa malaysia

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s