SEMBANG SAJA: Hak Untuk Makan [VIRAL]

Chicken_Rice_Shop-SG
Souce: wikipedia.com

Pandangan Peribadi

Sebenarnya langsung tiada masalah untuk kaum hawa makan bila lapar dan minum bila haus di bulan Ramadan ni. Masa aku kerja dulu pun, ada saja kawan-kawan wanita yang makan waktu tengahari sebelah aku. Kisah? Tak juga, sebab aku fahamlah mereka ni ada keistimewaan yang Allah bagi. Jadi, aku tak hiraukan pun sebab aku pun tabah – cuma adalah gurau-gurau pedas sebab yelah.. Aku puasa, kau makan. Haha.

TAPI, perkara pertama yang mereka buat sebelum makan adalah MINTA MAAF dan IZIN sebelum makan. Lokasi ketika makan pun agak tersorok – kebetulan tempat aku tersorok. Aku pun jenis tak kisah, maka adalah persefahaman di situ.

ADAB. Sebab waktu ni semua maklum adalah bulan majoriti orang Muslim berpuasa. Bukan hari biasa-biasa aku puasa sunat atau sebagainya. Sepatutnya bulan Ramadan ni orang Muslim tidak dilihat makan dan minum di tempat terbuka bermula terbit fajar hingga gelincir matahari – gituhh. Memang HAK setiap manusia untuk makan, tapi fikirlah juga di mana kita berada. Janganlah samakan US dengan Malaysia.

CUBA fikir, kalau kau nampak seorang lelaki Muslim pula yang makan di tempat terbuka waktu ni. Apa reaksi kau? Pelik? Jelik? Geram? Tiada sivik? Dia lelaki, tiada alasan untuk tidak berpuasa.

“Apa lak. Saya ada gastrik.”

Samalah macam wanita. Walaupun kita tahu wanita ni ada cuti, tapi benda tu tak tertulis atas dahi atau kau pakai tag untuk orang maklum. Lagi satu, tengoklah imej yang di bawa. Kalau itu imej seorang Muslim, perkara yang terlintas dahulu tetap sama sebelum husnuzon,

“dia cuti kot..”

Kenapa ada yang marah? Sebab NILAI dan HORMAT. Tindakan kau makan di tempat terbuka tu menimbulkan fitnah. Kena pula ada budak-budak nampak, haru mak ayah nak menjawab kenapa Kakak tu boleh makan dan dia tak boleh. Ada bukan Muslim lihat, dia pun fikir kenapa dan kenapa. Kalau dia rajin tanya kawan Muslim dia, dia akan faham. Tapi kalau dia serkap jarang? Kalau budak-budak tu bawa fahaman sendiri tanpa tanya orang lain?

Fikirlah. Waktu aku duduk berehat depan Aeon Big hari tu, ada satu keluarga India sedang suapkan aiskrim pada anaknya. Aku tak kisah, tapi mereka kisah. Suaminya tegur, isterinya berpaling melihat aku. Lepas tu sedaya upaya isteri tu suapkan anak dia sorok-sorok. Sama ada mereka betul-betul hormat ATAU fikirkan stigma “jangan makan depan aku sebab aku puasa” yang juga viral sebelum ni. Moralnya, mereka tetap kisahkan aku yang berpuasa.

Inikan pula, kau sebagai seorang Muslim yang faham erti berpuasa tu. Ada orang yang tak kisah macam aku, tapi ada juga yang tak tahan dan tindakan kau mencabar kesabaran mereka. Tak salah kan kalau bungkus dan makan di rumah ATAU makan di tempat yang tersorok sedikit. Sebab sekeliling kau, kebanyakannya adalah orang yang sedang berpuasa.

PROVOKASI. Apa tujuan tindakan tu? Untuk menuntut idealisme hak sama rata? Samakan hak wanita Muslim bercuti dengan bukan Muslim? Nampak tak kecacatan timbangan hak sama rata tu? Kau tetap Muslim walau kau tu wanita. Kalau macam tu, mana datangnya istimewa bulan Ramadan kalau siapa yang bercuti atau ada surat sakit boleh makan secara bebas di tempat terbuka?

“Alah, makan je pun. Bukan hal besar.” Bukan, kalau kau berada di tempat yang Islam bukan agama rasmi dan tidak membudayakan gaya hidup Islam.

Entah siapa baca. Nah, kentang. Untuk berbuka.

sticker,375x360

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s