SEMBANG WAYANG: The Legend of Tarzan

tarzan

Setelah sekian lama meninggalkan ‘tempat tinggal’nya sebelum ini, Tarzan kini hidup dikalangan manusia biasa, membawa nama dan perniagaan keluarga yang diwarisinya. Suatu hari dia mendapat jemputan daripada Ketua puak dan memerlukan dia untuk datang semula ke Congo. Apa yang tidak diketahui olehnya, ada perjanjian yang telah dibuat – yang bakal mendatangkan bahaya untuknya dan isteri kesayangan, Jane.

Tajuk: The Legend of Tarzan

Klasifikasi: PG13

Edaran: Warner Bros. Pictures

Genre: Aksi, Pengembaraan

Pengarah: David Yates

Bahasa: English

Tayangan Malaysia: 30 Jun 2016

Tempoh: 1 jam 45 minit

Pelakon: Alexander Skarsgard, Margot Robbie, Christoph Waltz, Samuel L. Jackson, Djimon Hounsou

Panggung Wayang: GSC Mid Valley, Kuala Lumpur

Sembang:

Sama seperti tajuk filem ini, Tarzan kini sudahpun menjadi lagenda sebab dia dah lapan tahun hidup di bandar. Jadi, filem ini tidak cerita tentang bagaimana Tarzan membesar mahupun kisah hidupnya yang kita sudah pun tahu. Jadi, pengarah filem ni anggap korang dah hadam cerita asal Tarzan, maka sekarang apa yang nak diceritakan bagaimana dia perlu kembali hidup di hutan (macam sekuel la..).

Lakonan tahap boleh la.. Emosi untuk watak utama agak locked down dengan tenang dan serius, jadi watak tampil kurang menarik. Samuel L Jackson ada rupanya dalam filem ni, masa dia muncul kat screen aku gelak je. Watak dia macam watak-watak generic yang biasa dia bawa dan menambah unsur humor dalam filem ni. Watak antagonis pun tak berapa meyakinkan, tapi skil dia dengan tasbih tu unik habis.

Phasing cerita dia memang slow sesangat dan hanya pumped up masa hampir-hampir hujung. Jalan cerita tak linear sebab kisah Tarzan membesar banyak ditampilkan secara short cut melalui flashback je. Idea Tarzan kembali tu aku agak suka, tapi cerita dan watak tu tak begitu kuat untuk bagi rasa dalam filem ni. Kalau nak dibandingkan untuk CGI pulak, aku rasa CGI haiwan dan scenery dalam Jungle Book lebih baik dari filem ini.

Keseluruhannya, filem ni okay. Tapi dia agak memaksa untuk bagi kau suka sebab slot drama agak berlebihan dan aksinya takdelah banyak. Walaupun macam tu, aku rasa idea yang nak dibawa tu agak menarik.

POPKON:

popkonX3

Ini SEMBANG aku saja. Kalau korang ada yang lagi best, sila tinggalkan diruangan komen!

Keyword: #TheLegendOfTarzan, The Legend of Tarzan, The Legend of Tarzan review, The Legend of Tarzan movie, sembang wayang, movie review, The Legend of Tarzan 2016, The Legend of Tarzan filem, filem 2016, review bahasa melayu, bahasa malaysia

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s