SEMBANG BUKU: Delirium

delirium

Tajuk: Delirium [UNTUK PEMBACA MATANG]

Genre: Fiksyen, Remaja, Psikotik, Jenayah

Penulis: Sahidzan Salleh

Penerbit: Buku Fixi, 2015

Mukasurat: 280 muka surat

Bahasa: Malaysia

ISBN: 9789670954462

Kedai Buku: BUKU FIXI (Tapi yang ini aku pinjam.. hehe)

Harga: RM 19.90

Ringkasan:

Seketul kepala manusia ditemui di sebuah shopping mall di Sandakan. Seorang lelaki yang disyaki melakukan pembunuhan itu disoal-siasat di sebuah bilik kurungan. Setiap bab soal-siasat diselang-seli dengan kisah lelaki itu di dalam menghuraikan apa yang sebenarnya telah terjadi sehinggalah dia ditahan di dalam bilik kurungan tersebut. Dia bercerita tentang Stella. Siapa Stella?

 Sembang:

Ini adalah novel pertama dari FIXI yang aku baca. Aku selalu tengok je novel-novel FIXI yang sangatlah trendy dikalangan remaja. Aku tak pernah cuba baca sebab aku tak tahu sama ada content dia sama macam novel dari publisher lain dengan tema seangkatan dengannya. Maksud aku cerita yang ringan dan santai. TAPI.. bila dah baca “Delirium”, aku rasa aku akan jadi peminat novel FIXI lepas ni!

Kali ni aku tak beli, tapi aku pinjam (recommended) dari penulis tersohor novel remaja, Kak Ain Maisarah tu. Kisahnya, aku adalah pergi present cerita dengan team BLINK ni hari tu.. Ada tiga cerita aku present dan dua daripadanya dengan tema psikotik dan pembunuhan. Jadi, Kak Ain rekomen aku baca novel ni untuk pendedahan. Dia sendiri belum habis baca lagi –  ya ampun. Terima kasih Kak Ain! [bukan bodek] Lama jugalah aku ambil masa nak baca sebab aku kan baca ikut mood. Sigh~

Dunia penulisan dan novel ni masih baru untuk aku jadi aku bukanlah fasih sangat, maafkan la kalau aku tak kenal lagi penulisnya yang hebat ni- Sahidzan Salleh. “Delirium” merupakan pemenang pertandingan novel Sabah yang dianjurkan oleh FIXI tahun 2015 lalu. Aku memang suka tema misteri, penyiasatan dan pembunuhan begini. Lepas tu cerita super twisted, ada masa aku belek balik sebab mungkin terlepas jawapan atau klu.. hati pun tak senang… haa begitulah!

Gaya penulisan novel ni bagi aku sangat lain. Mungkin siapa yang biasa baca novel FIXI akan anggap biasa, tapi untuk first exposure aku, aku dapati gaya penulisannya agak ‘pening’. Haha. Peninglah masa awal-awal, tapi bila dah dapat ikut rentak, masa tu la rasa keunikannya. Walaupun ada guna bahasa Sabah, aku tiada masalah untuk fahami.

Jalan ceritanya tak linear, sekejap melompat sana, pastu baik ke sini. Tapi semua tu membina rasa misteri dan persoalan. Adalah sampai tengah tu aku rasa kecewa sebab fikir ceritanya akan jadi terlalu fiksyen dan lari dari logik, namun ternyata aku salah. Revelation dan penutup yang kemas tetapi terbuka – kira pembaca boleh fikir apa possibilities selepas habis kisah tu.

Keseluruhannya, ini novel yang menarik! Boleh rasa misteri dan persoalan yang ditimbulkan. Peringatan dari aku yang noob ni, korang kena set minda masa baca sebab kau akan keliru kau adalah siapa dalam novel ni. Penceritaan secara naratif dalam novel ni akan beralih dari satu watak kepada watak yang lain. Selain tu, ada jugalah beberapa babak yang agak ‘mengganggu jiwa’, jadi ikutlah bagaimana penerimaan otak korang ye.

GEEK LEVEL:

geekX4.5

Sembang tepi:

“Delirium” bagi aku rasa addictive untuk selesaikan. Jarang dapat novel sebegini. Tak habis, tak puas. Oh, lukisan cover tu oleh As Lah… Lawa weh!

keyword: sembang buku, book review, review buku,buku, ulat buku, geek, readings, membaca, delirium, buku fixi, Sahidzan Salleh, Sabah, Stella, psycho, crime, novel

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s