SEMBANG WAYANG: Suicide Squad

suicide

Sebagai persiapan untuk ancaman yang bakal mendatang, agensi rahsia kerajaan mahu mengumpulkan super-villian di dalam satu kumpulan untuk menjalankan misi yang berbahaya. Cabarannya, dapatkah mereka ini bersatu hati untuk menyelesaikan misi tersebut dengan kehendak dan personaliti masing-masing yang berbeza?

Tajuk: Suicide Squad

Klasifikasi: PG13

Edaran: Warner Bros. Pictures

Genre: Aksi

Pengarah: David Ayer

Bahasa: English

Tayangan Malaysia: 4 Ogos 2016

Tempoh: 2 jam 05 minit

Pelakon: Will Smith, Jared Leto, Margot Robbie, Jai Courtney, Joel Kinnaman, Cara Delevingne, Viola Davis

Panggung Wayang: GSC Mid Valley, Kuala Lumpur

Sembang:

Waahhh~ Lama betul bercuti menonton movie sempena Hari Raya ni! Jimat sikit budget bulan lepas. Haha. Adalah menonton satu filem Jacky Chan ni, tapi sebab terlalu kecewa… tak kuasa nak review. Jadi, ini review comeback selepas sebulan nan hadoo updatenya blog ini! Yeay~!

Seperti yang dinantikan oleh semua, kali ini giliran watak-watak penjahat menunjukkan taring sebagai teraju utama! “Suicide Squad” adalah adaptasi dari komik dengan tajuk yang sama di bawah terbitan DC Comics. Lebih kurang macam kisah spin-off dari pelbagai tajuk superhero lain yang sedia ada. Uniknya, watak-watak penjahat ini dikumpulkan dan perlu menjalankan misi rahsia oleh agen kerajaan yang lagi maha jahat, Amanda Waller. Ms Waller ni kalau dalam dunia DC merupakan satu watak makcik yang amat digeruni sebab dia mampu lakukan apa saja untuk capai misinya. Jadi, di dalam filem ini, Ms Waller menubuhkan Task Force X, yang dianggotai oleh penjenayah-penjenayah yang telah ditangkap. Secara dasarnya, itulah punca ceritanya.

Opp! Siapa yang menonton siri TV, jangan terkeliru dengan  watak-watak yang redundant dalam movie ni sebab mereka dari universe yang berbeza. Jadi, lupakan segalanya tentang siri TV ketika menonton movie, okay!

Watak-watak memang banyak dalam movie ni! Tetapi fokus utama diberikan kepada dua watak iaitu Deadshot dan Harley Quinn. Watak-watak lain, walaupun sebagai support berjaya menambah perisa. Surprisingly, ramai juga pelakon ternama. Lakonan Will Smith sebagai Deadshot memang mantap! Wataknya serius, tapi ada waktu dialog dia mampu buat korang terhibur. Yang paling menarik perhatian adalah Margot Robbie a.k.a Harley Quinn! Bersahaja, mampu memberikan aksi dan watak gediknya tidak menyakitkan jiwa. Memang terbaik semuanya! Jared Leto sebagai Joker? Rasanya ini gambaran yang hampir dengan komik berbanding di dalam filem-filem sebelum ni. Aku perlu movie Joker v Batman lepas ni!

Phasing cerita agak kelam kabut sedikit sebab watak yang banyak ini harus diberikan background story yang secukupnya. Jadi akan lompat sikit sana sini, tapi masih tidak mengganggu jalan cerita. Cuma ada ketika rasa seperti dipaksa dan terlalu laju – kes biasalah, mungkin sebab beberapa babak yang dipotong kerana waktu tayangan yang terhad. Ada kesinambungan daripada kisah “Batman V Superman” dahulu, maka ada cameo dari beberapa watak – jeng jeng jeng.

CGI dan effects-nya semua ok. Tapi macam.. macamlah.. diwujudkan untuk beri satu lagi sudut menarik dari segi visual. Ada watak yang diwujudkan atas alasan untuk gunakan effects segala tu. Hmm.. Entahlah. Tak nak bagi spoiler, bila korang menonton nanti boleh tangkap kot. Kalau tak, simpan dalam kotak saja ye!

Keseluruhannya, ini filem yang sangat menghiburkan. Contoh terbaik untuk DC ikut acuan filem-filem Marvel, tapi bukan sepenuhnya. Tak salah pun diwujudkan humor di dalam filem ini walaupun tidak seceria Marvel, tapi masih mampu menghiburkan – di dalam tone gelap dan lebih dewasa DC tu sendiri. Aku masih suka sebab adalah variety dan kelainan. Ini aku anggap sebagai filem pengenalan (mungkin ada sekuel atau tidak) sebab dari BvS dan kini SS, DC dah set satu tema untuk filemnya dan aku yakin mampu bersaing dengan filem-filem dari Marvel nanti.

POPKON:

popkonX4.5

Ini SEMBANG aku saja. Kalau korang ada yang lagi best, sila tinggalkan diruangan komen!

Keyword: #SuicideSquad, Suicide Squad, Suicide Squad review, Suicide Squad movie, sembang wayang, movie review, Suicide Squad 2016,Suicide Squad filem, filem 2016, review bahasa melayu, bahasa malaysia

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s