SEMBANG WAYANG: The BFG

BFG

Mengisahkan tentang seorang gadis yatim piatu bernama Sophie yang secara tidak sengaja bertemu dengan seekor gergasi dan dibawa ke Negara Gergasi tersebut. Mereka perlu bekerjasama untuk mengusir sekumpulan gergasi pemakan manusia dan menyelamatkan penduduk bandar yang semakin kerap hilang.

Tajuk: The BFG

Klasifikasi: PG13

Edaran: Walt Disney Studios

Genre: Fantasi, Pengembaraan

Pengarah: Steven Spielberg

Bahasa: English

Tayangan Malaysia: 18 Ogos 2016

Tempoh: 1 jam 55 minit

Pelakon: Mark Rylance, Ruby Barnhill, Bill Hader, Rebecca Hall

Panggung Wayang: GSC Mid Valley, Kuala Lumpur

Sembang:

Filem adaptasi dari sebuah novel kanak-kanak dengan tajuk yang sama dihasilkan pada tahun 1982 ditulis oleh  Roald Dahl. Kini, filem ini diarahkan oleh seorang pengarah otai dengan pelbagai filem menarik, Steven Spielberg! Kalau korang berumur pakcik atau pernah menonton filem Spielberg seperti E.T, filem ini bakal memberikan pengalaman yang lebih kurang sama.

Tahun ini menyaksikan banyak filem yang diterajui oleh kanak-kanak sebagai watak utama. Tidak terkecuali dengan filem The BFG ni. Lakonan Ruby Barnhill sebagai Sophie sangat meyakinkan dan comel habis! Tambahan pula hampir keseluruhan set filem penuh dengan CGI, jadi Sophie berjaya menunjukkan connection dan chemistry bersama Runt, The BFG tu. Lakonan pelakon veteran Mark Rylance sebagai BFG pun sangat bagus. Cabaran untuk menghidupkan watak menerusi CGI disahut baik dan memberikan kesan pada wataknya.

Jalan ceritanya santai dan sangatlah straightforward. Memang filem untuk kanak-kank dan mereka pasti terhibur. Ada beberapa bahagian, plot yang tidak ditekankan tiba-tiba menjadi penting dipenghujung cerita. Adalah sedikit komikal tetapi humornya tidak melampau. Oh, harus dipuji komposisi muzik filem ni. Rasa macam kembali menonton filem zaman muda remaja dulu!

CGI digunakan sepenuhnya. Hanya beberapa babak sahaja menggunakan set fizikal. Penggunaan CGI yang sangat bagus, ada scenery yang cantik dan wataknya tampak hidup, terutamanya pada reaksi wajah.

Keseluruhannya. ini filem yang sangatlah santai dan suwitt. Langsung tak tertekan menonton dan bolehlah dibawa anak-anak pergi menonton. Paling penting, Spielberg membawa kembali mood filem kanak-kanak 80 – 90an.

POPKON:

popkonX3.5

Ini SEMBANG aku saja. Kalau korang ada yang lagi best, sila tinggalkan diruangan komen!

Keyword: #TheBFG, The BFG, The BFG review, The BFG movie, sembang wayang, movie review, The BFG 2016, The BFG filem, filem 2016, review bahasa melayu, bahasa malaysia

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s