Perebutan kuasa magis daripada kristal berkuasa di antara dua negara sudah lama berlanjutan. Begitu ramai yang terkorban, sehingga satu perjanjian mahu dimetrai untuk menjanjikan kedamaian dan menghentikan peperangan. Namun, pengkhianatan berlaku dan menyebabkan semuanya jadi tidak tentu arah!
Tajuk: Kingsglaive: Final Fantasy XV
Klasifikasi: PG13
Edaran: GSC Movies (Malaysia)
Genre: Fantasi, Pengembaraan
Pengarah: Takeshi Nozue
Bahasa: English
Tayangan Malaysia: 11 Ogos 2016
Tempoh: 1 jam 55 minit
Pelakon: Aaron Paul, Neil Newbon, Lena Headey, Sean Bean
Panggung Wayang: GSC Mid Valley, Kuala Lumpur
Sembang:
Filem berdasarkan sebuah francais game paling popular, Final Fantasy oleh Square Enix sudah pun ditayangkan di Jepun bulan Julai lalu. Dibawakan khas oleh GSC ke Malaysia, sebagai peminat francais game ini, makanya harus ditonton walaupun sudah terlewat! Haha.
Kisah yang diangkat sebelum permulaan game rasminya November ini, membawa kepada punca pergelutan dua negara. Siapa peminat FF, sudah tahu kuasa magis dari kristal pasti menjadi punca cerita. Plot yang generic, mungkin sudah berulang kali digunakan, menjadikan filem ini tidak begitu istimewa. Mungkin juga kerana itu, mereka buat keputusan untuk jadikan kisah ini sampingan dan seakan OVA kepada game sebenar. Meletakkan background story yang agak menarik untuk gamenya nanti.
Tapi, siapa yang ikut FF sudah tahu kisah begini menjadi rutin dan bagi aku tiada masalah. Ada sedikit twist dan gaya penceritaan yang lebih matang. Aku suka filem ini kerana jalan ceritanya masih mengekalkan sebatian ala FF.
Rekaan watak yang menarik untuk filem ini! Ohh.. Luna dan Crowe mengancam habis! Ada diversiti pada wajah dan ekspresi watak. Walaupun kebanyakan design dalam warna hitam, tetapi perinciannya menarik. Lakonan suara pun tahap terbaik. Cuma ada satu karekter je yang aku tak berapa berkenan sebab suara terlalu tua untuk watak tu.. Kali ni rekaan monster tahap berkali ganda, tapi tak berapa ditonjolkan dalam filem ni. Aku lebih gembira bila melihat watak-watak masih ada ciri-ciri ‘kartun’ dan tidak terlalu manusiawi. Yelah, kalau nak buat real macam manusia, baik suruh manusia je berlakon.
Keseluruhannya, filem yang seronok dan padat dengan aksi! Lebih kepada fan service kepada peminat francais FF, terutamanya FF15 yang bakal release. Aku ikut perkembangan, jadi agak seronok bila menonton. Tapi, kalau korang haram tak kenal apa tu FF, baik toksah pi tengok. Mesti pening piau. Haha.
POPKON:
Ini SEMBANG aku saja. Kalau korang ada yang lagi best, sila tinggalkan diruangan komen!
Keyword: #Kingsglaive, #FinalFantasy15, Kingsglaive Final Fantasy XV, Kingsglaive Final Fantasy XV review, Kingsglaive Final Fantasy XV movie, sembang wayang, movie review, Kingsglaive Final Fantasy XV 2016, Kingsglaive Final Fantasy XV filem, filem 2016, review bahasa melayu, bahasa malaysia
Haha setuju! Memang fan service. Tapi aku suka cliche FF punya plot tapi boom ada plot twist. Serious tak sabar untuk game dia nanti
LikeLike
Kann.. Kalau dah biasa dengan FF best je filem ni. Sama2 tunggu!
LikeLike