Tiga orang remaja yang gemar melakukan pecah masuk rumah untuk mencuri merancang untuk merompak sejumlah wang tunai dari rumah seorang lelaki buta. Namun sesuatu yang buruk mula terjadi apabila lelaki buta yang dianggap si tua biasa adalah seorang psychopath dan mereka mula diburu seorang demi seorang!
Tajuk: Don’t Breathe
Klasifikasi: 18 Tahun Ke atas
Edaran: Sony Pictures
Genre: Thriller
Pengarah: Federico Alvarez
Bahasa: English
Tayangan Malaysia: 25 Ogos 2016
Tempoh: 1 jam 30 minit
Pelakon: Dylan Minnette, Jane Levy, Stephen Lang, Daniel Zovatto
Panggung Wayang: GSC Mid Valley, Kuala Lumpur
Sembang:
Filem yang cukup mendebarkan! Kena betul dengan tajuk bila kau sendiri dalam panggung rasa tak cukup nafas melihat betapa thrill-nya cubaan mereka untuk selamatkan diri. Sampai aku tanya adik aku.. “Bila nak habis ni..? Risau betul..”. Bukan sebab bosan, tapi sebab tak tahan dah menonton dalam debaran yang teramat. Gituhhh~
Pertama sekali, ada pelakon muda dari filem Goosebumps tu.. Dylan Minnette! Kali ni dia berlakon filem thriller sebagai Alex. Kasihan sungguh dengan watak tu dan aku mahu dia terus sampai ke akhir! Tak lupa, watak Rocky oleh pelakon Jane Levy.. Watak antagonis utama, si tua yang buta lakonan Stephen Lang pula sangatlah bad ass! Ahhh.. memang best lakonan mereka semua.
Konsep ceritanya mudah tetapi plot dimainkan dengan begitu baik sekali. Adengan mendebarkan memang menjadi dengan gaya persembahan yang unik. Ada babak mereka berkejaran di dalam gelap tu… awesome habis. Phasig ceritanya laju, aksi mendebarkan datang satu persatu tanpa henti. Langsung tak beri peluang untuk kau bertenang!
Keseluruhannya, filem yang sangat mendebarkan dan berjaya buat aku tak senang duduk tahu. Aku tak minat sangat cerita melonjak adrenaline begini, tapi sesekali menonton memang cukup puas untuk filem ini. Recommended.
POPKON:
Ini SEMBANG aku saja. Kalau korang ada yang lagi best, sila tinggalkan diruangan komen!
Keyword: #DontBreathe, Don’t Breathe, Don’t Breathe review, Don’t Breathe movie, sembang wayang, movie review, Don’t Breathe 2016,Don’t Breathe filem, filem 2016, review bahasa melayu, bahasa malaysia