Berlatarbelakangkan sebuah perkampungan Jepun zaman dahulu, seorang kanak-kanak si penglipur lara, Kubo yang tinggal bersama ibunya kini mula diburu oleh Dewa Bulan. Untuk melindungi dirinya, Kubo perlu mencari kelengkapan perisai pahlawan disamping dua makhluk lain; seekor monyet bernas dan seekor kumbang samurai. Pengembaraan yang penuh cabaran menanti mereka!
Tajuk: Kubo and the Two Strings
Klasifikasi: PG13
Edaran: United International Pictures
Genre: Animasi, Aksi, Pengembaraan
Pengarah: Travis Knight
Bahasa: English
Tayangan Malaysia: 25 Ogos 2016
Tempoh: 1 jam 38 minit
Pelakon: Art Parkinson, Matthew McConaughey, Charlize Theron, Ralph Fiennes, Brenda Vaccaro
Panggung Wayang: GSC Mid Valley, Kuala Lumpur
Sembang:
Ini merupakan sebuah filem animasi stop-motion dengan kisah dewa-dewi yang penuh magis dan aksi. Sangat tertawan dengan pelbagai aspek filem ini.
Lakonan suara sangat memuaskan terutamanya watak utama Kubo tu. Suara yang ada husky-husky comel ni memang menarik minat aku betul. Lagi teruja bila Matthew McConaughey sebagai kumbang yang sangat kelakar! Rekaan watak pun sangat best. Paling mencuri tumpuan aku adalah watak nenek yang selalu menemani Kubo dan makcik kembar yang jahat tu. Gandingan yang sangat menjadi!
Phasingnya sedarhana dengan jalan cerita yang boleh dikatakan mudah. Cuma garapan dan persembahannya memang luar biasa. Gaya penceritaan yang unik dengan penuh rasa sana-sini. Aku ni kalau tema keluarga memang kelemahan utama, jadi filem ni berjaya tarik minat dan perhatian aku untuk tenggelam dalam lautan emosi wataknya. Gituhh. Tetapi, masih ada beberapa aspek yang masih boleh dipertikaiakan, cuma tidak telalu nyata. Ada babak humor dan aksi juga babak sedih yang diketengahkan. Hasilnya sangat seimbang.
Teknik stop-motion dan gabungan efek 3D sangatlah bagus. Adakala aku mempertikaikan jika itu hasil stop-motion atau CGI. Walaupun begitu, mereka masih mengekalkan the essence of stop-motion animation dan tak pergi terlalu jauh untuk buat ia kelihat seperti aminasi 3D. Good job!
Keseluruhannya, filem ini sangat seronok dan ada permainan perasaan dengan vibe yang berbeza – bukan seperti filem Disney. Aku sangat suka pada storytelling-nya dan lebih mengujakan apabila kebanyakan babak dan aksi mustahil dilakukan dengan teknologi stop-motion. Mungkin kisahnya agak berat untuk kanak-kanak, tapi mereka masih mampu terhibur dengan lawak dan aksinya.
POPKON:
Ini SEMBANG aku saja. Kalau korang ada yang lagi best, sila tinggalkan diruangan komen!
Keyword: #KuboandtheTwoStrings, Kubo and the Two Strings, Kubo and the Two Strings review, Kubo and the Two Strings movie, sembang wayang, movie review, Kubo and the Two Strings 2016, Kubo and the Two Strings filem, filem 2016, review bahasa melayu, bahasa malaysia
Wah! 5popcorn..memang wajib tengok ni.. Terima kasih atas reviu ni..^^
LikeLiked by 1 person
Ikut selera sendiri memang best.. pi tonton segera! 😉
LikeLike
Wahh kau memang tengok semua movie ke Danial?aku baru tengok tadi. Yep aku pun keliru CGI ke stop motion tadi. Aku suka movie ni sebab jarang origami digunakan dan action dia best walaupun lawak dia ada yang hambar tapi watak monyet dan kumbang memang sweet. Hehe yeahh 5 bintang.
P/s: brother duduk sebelah aku lap mata dengan lengan baju sebelum keluar panggung. Hehe
LikeLike
Haha. Takdelah semua, tapi kalau macam menarik pi le tonton. Haah lupa nak highlight pasal origami tu. Sebenarnya dada sebak jugak sebab bab cerita family ni sokmo menyentap hati. Haha.
LikeLike