SEMBANG WAYANG: Pekak

pekak

Uda, seorang pengedar dadah yang kurang upaya – masalah pendengaran sedang sedaya upada mengumpul duit untuk menampung perbelanjaan rawatannya. Dia kemudian berkenalan dengan seorang gadis dan mula jatuh hati kepadanya.

Tajuk: Pekak

Klasifikasi: 18 tahun ke atas

Edaran: Primeworks Studios

Genre: Drama

Pengarah: Mohd Khairul Azri

Bahasa: Bahasa Malaysia

Tayangan Malaysia: 01 September 2016

Tempoh: 1 jam 36 minit

Pelakon: Zahiril Adzim, Sharifah Amani, Iedil Putra, Sharifah Sakinah

Panggung Wayang: GSC Mid Valley, Kuala Lumpur

Sembang:

Filem ini sudahpun memenangi dua anugerah di International Motivational Film Festival 2016, Rusia melalui Pelakon Lelaki Terbaik (Zahiril Adzim) dan Skrip Terbaik selain tercalon sebagai Best International Film di World Premieres Film Festival Philippines 2016 dan Marché du Film 2016. Waahhh.. Hebat betul! TAPI.. bersedia untuk review daripada seorang peminat filem dan bukan seorang pakar. Hehe.

Sejujurnya, aku rasa seram sejuk mahu review filem ini. Satu, kerana ini filem Melayu. Kedua, kerana adengan-adengan yang ‘kurang selesa’ di dalam fielm ini. Label 18 tahun ke atas tu memang perlu sebab diri ini pun rasa gusar menontonnya *kesat peluh di dahi*

Tidak dinafikan, Zahril layak menang pelakon terbaik sebab lakonannya untuk watak Uda tu sangat menjadi. Begitu juga dengan watak Dara, oleh pelakon wanita hebat, Sharifah Amani. Gandingan yang serasi di antara dua pelakon ini membuatkan aku sangat seronok apabila babak mereka di layar. Tetapi hati jadi sesak bila watak Melur (Sharifah Sakinah) dan Azman Picasso (Iedil Putra) muncul di skrin. Aku minat Kinah dan aku faham filem ini shoot waktu dia masih bujang.. tapi.. hmmm.. aku lebih suka Kinah sekarang. Ada watak yang dilakonkan agak janggal, dengan dialog yang diulang berkali-kali – pelakon baru kot sebab jarang nampak dia berlakon.

Filem ini dibuka dengan kisah yang kemas dan menarik apabila fokus itu kepada watak Uda dan kekurangannya. Aku rasa kisah cinta Uda dan Dara boleh digarap lebih sederhana dengan penekanan kepada kekurangan Uda. Konflik yang mahu dibina, jika dibuat tanpa menonjolkan babak-babak panas tu, bagi aku plotnya boleh dikembangkan dengan lebih ‘tenang’. Phasing agak kucar-kacir dan melompat-lompat sedikit, tetapi masih lagi linear. Cuma penghujungnya seperti ‘dipaksa’ dan jadi terlalu pantas.

Mungkin filem ini mahu memaparkan kepincangan masalah sosial remaja, namun dipersembahkan dengan kisah yang agak biasa – sudah berulang kali ada dalam filem Malaysia ni. Fokus yang kurang pada watak Uda buat aku rasa sedikit kecewa kerana tajuk ‘PEKAK’ tu menarik minat aku untuk mengetahui lebih lagi kisah Uda. Adakah patut dikekalkan tajuk ‘Uda & Dara’? Maaflah, waktu tajuk filem ni keluar pun, aku ada terlintas – ini filem indie ke?

Ada aspek teknikal yang aku suka seperti penggunaan cahaya sebagai warna tema filem ini. Shot zoom-in ke mulut tu pun menarik. Lagi satu bila kita diberikan gambaran pendengaran Uda tu. Tangkap feel habis!

Keseluruhannya, ini filem yang okay, tapi aku tidak puas bila perlu ada rasa kurang selesa untuk menonton. Kalau ini filem asing, lainlah. Tajuk dan promo-nya menarik, tetapi kisahnya jadi biasa-biasa sahaja. Jika ini filem indie, aku boleh kata filem ini berpotensi. Mana yang muda, toksah dok gatal nak pi menonton! Siapa yang jual / jaga tiket tu, perati betul-betul siapa yang beli tu, tahu!

POPKON:

popkonX3

Ini SEMBANG aku saja. Kalau korang ada yang lagi best, sila tinggalkan diruangan komen!

Keyword: #Pek4k, #PekakMovie, Pekak, Pekak review, Pekak movie, sembang wayang, movie review, Pekak 2016, Pekak filem, filem 2016, review bahasa melayu, bahasa malaysia

Advertisements

One thought on “SEMBANG WAYANG: Pekak

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s