SEMBANG WAYANG: Aliff Dalam 7 Dimensi

aliff

Aliff mempunya kelebihan untuk melihat dan menentang makhluk halus apabila diberikan saka yang diturunkan daripada bapanya. Aliff sentiasa mahu mengelak dari kebolehannya itu disedari oleh manusia mahupun makhluk halus! Keghairahan Anna terhadap alam ghaib mengundang bahaya kepada dirinya. Oleh kerana Anna adalah sahabat teman sebiliknya, Naim, menjadikan Aliff risau dan perlu membantu Anna. Namun, pertarungan yang sebenar adalah dengan dirinya sendiri.

Tajuk: Aliff Dalam 7 Dimensi

Klasifikasi: PG13

Edaran: Astro Shaw Sdn Bhd

Genre: Aksi

Pengarah: Faisal Ishak

Bahasa: Malaysia

Tayangan Malaysia: 8 September 2016

Tempoh: 1 jam 40 minit

Pelakon: Julianna Evans, Izzue Islam, Alif Satar, Aliff Aziz, Kaka Azraff

Panggung Wayang: GSC Mid Valley, Kuala Lumpur

Sembang:

Konsep filem Malaysia yang belum pernah kita lihat. Okay, filem hantu seram dan saka ni memang ada, tapi twist untuk jadikan jin dan saka untuk menentang kejahatan rasanya tak pernah ada lagi. Ada pun kisah begini bukan filem dipanggung, tapi di dalam komik. YA! Tahukah korang ada prekuel filem ini dalam format komik? Versi komik dengan tajuk yang sama tu diedarkan oleh Gempak Starz dan dihasilkan oleh Tadatada sebagai penulis dan Solar Team sebagai pelukis! Jalan cerita dia lain sikit dari filem.. Nak tahu, kena bacalah!

Boleh dapatkan komiknya di sini >>

aliff-dalam-7-dimensi
Prekuel filem Aliff Dalam 7 Dimensi dalam format komik

Pertama sekali nak beri pujian. Sebagai seorang pelukis komik, aku amat seronok bila prekuel filem ini dihasilkan dalam bentuk komik tu! Masa nampak komik ni di PBAKL 2016 dulu, rasa teruja sebab ada adaptasi filem pulak. Selain tu, seronok juga sebab dapat peluang untuk lihat kisah aksi komik dijadikan filem. Perkembangan positif untuk komik Malaysia!

Berbalik kepada review. Izzue Islam sebagai Aliff boleh tahan beb! Yaa ampun sampai berot-berot muka dia. Haha. Tapi paling menghiburkan dalam filem ini adalah watak Aliff Satar sebagai Naim tu! Lawak betul. Paling aku suka sebab Naim selalu muncul untuk potong babak cheezy-lovey-dewey. Bagus! Ada cameo watak Naim dalam komik juga.

Phasing-nya sedikit berubah-ubah dan plot pun ada waktu macam tidak tersusun baik. Berbeza vibe-nya di antara filem dan komik. Aku lebih prefer kisah filem ni sebab nampak matang dan agak ‘realistik’. Di dalam komik, fantasinya lebih sikit – yelah, komik kan. Aku perasan ada sedikit kepincangan dari segi kesinambungan komik dan filem. Tapi kecil saja kot, orang tak kepochi takkan perasan rasanya. Beri perhatian pada konklusi filem ini, jika korang dapat hadam, filem ni sebenarnya ditutup dengan baik.

Okay, jangan hype teruk sangat. Ini filem kita, jadi aku akan bagi kredit pada inisiatif dan kesungguhan untuk hasilkan filem ini. Jika korang expect filem ini sehebat filem fantasi-aksi luar negara, kualitinya masih jauh. Secara teknikalnya, banyak kelemahan dari segi visual dan CGI yang digunakan. Dari sudut lain, aku suka pada rekaan watak jin dan makhluk halus dalam filem ni. Aku yakin, sebab cerita dah best, kalau ada bajet lebih, filem ni akan jadi lebih hebat! Jangan putus asa dan harapan, okay korang!

Keseluruhannya, pujian harus diberikan kepada mereka yang menghasilkan filem ni! Aku sangat suka pada konsep dan ceritanya. Bukan senang nak lihat filem dengan kisah begini, jadi aku harap akan ada lagi selepas ni. Buat filem macam ni – dengan kisah matang dan tidak terlalu komikal – very reserved. Aku tolak tepi hal teknikal tu sebab kita sendiri kena faham tahap teknologi (dan kekangan) untuk buat filem fantasi begini di Malaysia. Tapi ini perkembangan yang positif. Teruskan usaha~

POPKON:

popkonX4

Ini SEMBANG aku saja. Kalau korang ada yang lagi best, sila tinggalkan diruangan komen!

Keyword: #AliffDalam7Dimensi, Aliff Dalam 7 Dimensi, Aliff Dalam 7 Dimensi review, Aliff Dalam 7 Dimensi movie, sembang wayang, movie review, Aliff Dalam 7 Dimensi 2016, Aliff Dalam 7 Dimensi filem, filem 2016, review bahasa melayu, bahasa malaysia

Advertisements

One thought on “SEMBANG WAYANG: Aliff Dalam 7 Dimensi

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s