Mengambil lokasi bandar sibuk Manhattan, pelbagai haiwan peliharaan di sebuah apartment bertingkat menjalani kehidupan mereka seperti biasa, termasuklah seekor anjing comel bernama Max. Sehingga suatu hari, pemilik Max membawa seekor lagi anjing ke rumah tersebut. Berlaku perebutan untuk mendapatkan tempat di hati tuan mereka, sehingga membawa kepada pengembaraan yang tidak dijangka!
Tajuk: The Secret Life Of Pets
Klasifikasi: Umum
Edaran: United International Pictures
Genre: Animasi, Aksi, Pengembaraan
Pengarah: Chris Renaud, Yarrow Cheney
Bahasa: English
Tayangan Malaysia: 8 September 2016
Tempoh: 1 jam 30 minit
Pelakon: Louis C.K., Eric Stonestreet, Kevin Hart, Albert Brooks, Hannibal Buress, Bobby Moynihan, Lake Bell, Ellie Kemper, Steve Coogan
Panggung Wayang: GSC Mid Valley, Kuala Lumpur
Sembang:
Comel! Satu perkataan yang boleh diberikan untuk filem animasi ini! Walaupun tiba lewat di Malaysia kerana sudah ditayangkan di US pada July lalu, ini antara filem yang aku nak tonton sangat dek kerana kecomelan pelbagai haiwan di dalam trailer!
Lakonan suara yang agak ‘pelik’ tapi itu yang membuatkan beberapa watak jadi menonjol! Louis C.K. sebagai Max tu sangat menjadi. Paling comel dan seronok adalah watak Gidget, lakonan suara oleh Jenny Slate! Yang unexpected adalah watak Snowball oleh freakin’ Kevin Hart! Haaa.. dalam filem ni memang sangat banyak watak haiwan! Dari tahap anjing-kucing, ular sampailah ke buaya. Yang menariknya adalah pergerakan dan kelakuan karekter yang seakan haiwan sebenar. Siapa yang ada bela haiwan peliharaan mesti boleh relate habis.
Kecomelan watak-watak dan lawak jenaka yang ada sudah cukup untuk menghiburkan jiwa kecil aku ni. Kalau nak diikutkan plot dan jalan ceritanya, biasa sahaja. Sesekali ada rasa, sebab banyak sangat watak, jadi kurang sikit fokus untuk setiap mereka. Ada watak yang diperkenalkan tiba-tiba untuk perkembangan plot dan hilang pada phase berikutnya. Boleh jadi lebih menarik, cuma untuk filem ini agak santai dan straightforward. Oh, yalah – fokusnya adalah kanak-kanak.. duhh~
Keseluruhannya, ini filem yang menghiburkan. Santai, penuh warna warni, ceria, gembira, comel (lagi).. Sangat sesuai untuk bawa anak-anak menonton. Oh, dan tak sangka ada short filem Minion sebagai opening! Yang itu pun kelakar weh.
POPKON:
Ini SEMBANG aku saja. Kalau korang ada yang lagi best, sila tinggalkan diruangan komen!
Keyword: #TheSecretLifeOfPets, The Secret Life Of Pets, The Secret Life Of Pets review, The Secret Life Of Pets movie, sembang wayang, movie review, The Secret Life Of Pets 2016, The Secret Life Of Pets filem, filem 2016, review bahasa melayu, bahasa malaysia