SEMBANG WAYANG: Train to Busan

busan

Apabila virus yang menyebabkan manusia berubah menjadi zombie mula tersebar di Korea Selatan, huru hara mula terjadi. Pada masa yang sama, tren laju KTX yang baru saja bertolak terselamat daripada bencana tersebut. Namun, mereka masih tidak terlepas dari ancaman apabila zombie mula menakluki tren itu juga! Penumpang yang masih hidup perlu berusaha untuk menyelamatkan diri sehingga destinasi terakhir, Busan.

Tajuk: Train to Busan

Klasifikasi: 18 tahun ke atas

Edaran: GSC Movies (Malaysia)

Genre: Thriller, Survival

Pengarah: Yeon Sang-Ho

Bahasa: Korea

Tayangan Malaysia: 8 September 2016

Tempoh: 1 jam 58 minit

Pelakon:Gong Yoo, Ma Dong-Seok, Jung Yu-mi, Choi Woo-Shik, Ahn So-Hee, Kim Soo-Ahn

Panggung Wayang: GSC Mid Valley, Kuala Lumpur

Sembang:

Sebuah filem Korea yang berjaya mendapat perhatian seluruh dunia! Filem ini mula ditayangkan di  2016 Cannes Film Festival dan secara rasminya pada July 2016 di Korea. Kerana sambutan yang amat menggalakkan, kini GSC bawakan filem ini ke Malaysia!

Pada aku, filem Korea memang jarang sangat mengecewakan. Tak kiralah filem seram, gaduh-gaduh mahupun komedi, ceritanya sangat menarik dan berjaya menghiburkan. Salah satu faktor adalah kita bukan selalu dapat akses pada filem-filem Korea, jadi senanglah kita rasa filem mereka sentiasa best. Kalau hadap sokmo pun, aku rasa pasti akan dapat kenal corak dan persembahan yang sama. Tapi, untuk filem thrill dan aksi seperti ini, bukan selalu ada dari Asia. Bila menonton trailer filem ni, teringat filem The HOST tahun 2007 dulu.. Yang tu monsters outbreak, yang ini zombie – in trend la kan.

Lakonan mantap oleh semua pelakon! Tiada yang cover-cover cantik dan control hensem dalam filem ni. Lakonan pelakon cilik Kim Su-an sebagai Soo-Ahn sangat best, dik! Boleh dikatakan tiada watak utama yang begitu menonjol, cuma watak Soo-Ahn dan ayahnya yang diberikan fokus utama. Kumpulan yang jadi peneraju filem mendapat screentime yang seimbang. Ada former member Wonder Girls dalam filem ni – Ahn So-hee! Nobody-nobody but chu~

Bila menonton filem zombie, yang kau mahu tengok bila zombie tu nak menyerang, kan? Samalah.. Filem ini dibuka sedikit perlahan untuk develop karekter dan hubungan kekeluargaan tu, tapi selepas tu phasingnya laju sampai tamat. Haaa.. filem ada unsur keluarga! Matilaa.. ada babak-babak buat hati abang sebak. Adengan kejar-mengejar dan dup-dap-dup-dap sesungguhnya amat mendebarkan. Tapi yang melekat dalam otak aku adalah beberapa seloroh seorang pakcik kepada budak tu..

Special effects pada makeup zombie pun menjadi. Cuma, adalah beberapa babak yang perlu penggunaan CGI tu memang nampak sedikit lemah.

Keseluruhannya, filem ini berjaya untuk buat aku geram, seram dan muram. Walaupun kita dah pernah dipertontonkan dengan pelbagai kisah zombie, tetapi gaya penceritaan dan persembahan filem ini ada kelainan dan unsur ‘segar’. Dengarnya akan ada prekuel, tapi dalam format animasi pula lepas ni – padan la ada cut scene yang pelik dalam filem ni..

POPKON:

popkonX4.5

Ini SEMBANG aku saja. Kalau korang ada yang lagi best, sila tinggalkan diruangan komen!

Keyword: #TraintoBusan, Train to Busan, Train to Busan review, Train to Busan movie, sembang wayang, movie review, Train to Busan 2016, KTrain to Busan filem, filem 2016, review bahasa melayu, bahasa malaysia

Advertisements

2 thoughts on “SEMBANG WAYANG: Train to Busan

  1. Haha Danial, nampak saja bekas idol WonderGirl. Hmmm entahla walaupun cerita ini dihyped tapi aku still rasa cerita plot zombie dia cliche tapi apa yang membezakannya ialah pengembangan karekter yang baik especially husband badan besar tu. Dan isu-isu kemanusiaan dan kekeluargaan yang ditimbulkan adalah fresh untuk genre survival horror. Teringat game TellTale Walking Dead dan zombie dia macam clickers dalam game the Last of Us. Overall enjoyable tapi mungkin agak cheesy hujung-hujung tu, dari segi suspense cerita Dont Breathe lebih delivered. Semangat aku tumpang review di blog sorry and k bye. Haha

    Like

    1. Hai! Kisah zombie juga, memang tak boleh lari.. mesti akan ada familiarity tu kat mana-mana. Rasanya memang kekuatan filem korea sentiasa pada watak dan bab kemanusiaan tu. Kann.. ada feel macam The Walking Dead! Cheezy2 pon kalau pasal family ni, jiwaku akan mereput jua~ haha.

      Tumpang la review dan komen lagi nanti!

      Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s