SEMBANG WAYANG [TB]: Flu (2013)

SEMBANG WAYANG THROWBACK: Flu (2013)

Image result for the flu MOVIE

Genre: Thriller, Survival | Pengarah: Kim Sung-su | Bahasa: Korea | Tempoh: 2 jam

Pelakon: Soo Ae, Jang Hyuk, Park Min-ha, Yoo Hae-jin, Ma Dong-seok

SINOPSIS:

Sejenis wabak penyakit berjangkit seakan selesema mula merebak di Bundang, sebuah bandar kecil di Seoul, Korea Selatan. Wabak yang masih baharu tidak dapat dikenalpasti puncanya dan merebak sangat pantas dalam masa sehari! Ji-goo, seorang petugas penyelamat perlu membawa seorang anak kecil Mi-reu bertemu ibunya di dalam keadaan huru-hara tersebut. Ibunya, In-hae pula merupakan seorang doktor yang terlibat untuk mencari punca dan penawar kepada wabak tersebut.

Pihak hospital mula bekerjasama dengan badan kerajaan bagi mengelakkan situasi menjadi lebih teruk. Namun, perkara menjadi bertambah buruk apabila ada campur tangan orang luar untuk membasmi dan menghalang penyebaran wabak bahaya itu. Bundang kini ditutup dan dikuarantin. Apa yang berlaku memberi tekanan kepada penduduk yang kini merasakan mereka sedang dikurung. Apa yang perlu mereka lakukan untuk terus hidup?

Sembang:

Korang dah menonton “Train to Busan” (T2B) yang jadi viral baru-baru ni? Walaupun gelombang populariti filem Korea tersebut mula membuka mata ramai orang tentang kualiti dan keunikan filem mereka, pada aku sendiri, aku jarang sangat kecewa dengan filem mahupun drama bersiri mereka. Salah satu faktor kekuatan filem Korea adalah permainan emosi, tema kekeluargaan  dan cara watak berhadapan dengan konflik.

Jadi, aku pun baru menonton filem tahun 2013 ni. Filem tentang wabak, tetapi bukan zombie. Apa yang digambarkan di dalam filem ini adalah perkara dan situasi yang bakal terjadi sekiranya wabak membunuh seakan H1N1 mampu merebak dengan pantas dan meluas. “Flu” menggunakan formula yang selalu ada dalam filem Korea, terutamanya dalam genre begini. Tiada masalah, sebab sentiasa menjadi! Ini filem yang korang patut tonton.

Lakonan setiap watak memang sangat berkesan. Watak anak In-hae, Mi-reu tu sangat bagus lakonannya! Budak-budak boleh berlakon macam tu memang osem habes. Ada beberapa watak yang muncul tiba-tiba dan diberikan penekanan, padahal tak pernah pun ditonjolkan sebelumnya. Aku rasa tujuannya untuk tunjuk sudut lain yang berlaku disekeliling watak-watak utama. Watak antagonis dalam filem begini agak stereotaip pembawaannya. Walaupun begitu kau tetap rasa sakit jiwa!

Skop filem ini luas dan tidak terhad pada satu-satu lokasi sahaja – macam keretapi dan stesen keretapi dalam “T2B”. Skalanya adalah satu bandar dan berjaya dipersembahkan dengan baik walaupun kebanyakannya adalah dipenghujung cerita. Keadaan huru-hara ditunjukkan dengan berkesan dengan beberapa babak mengejut dan menyentap jiwa. Unsur cinta dan romantik mahu dipaparkan antara Ji-goo dan In-hae, tapi konflik yang besar tu menutup perasaan cinta. Yang jadi lebih kepada rasa kasihan dan belas kasihan.

Pace cerita bermula sedikit slow untuk perkembangan watak dan situasi. Bezanya dengan “T2B” adalah; “Flu” menjelaskan apa yang terjadi dan apa yang sepatutnya dilakukan dan “T2B” terus menerjah kepada kisah survival tanpa menjelaskan puncanya. Endingnya boleh diagak, tapi apa yang berlaku pada watak-watak tertentu ada yang tidak dijangka.

Ada beberapa waktu teknik CGI digunakan dan ada juga beberapa kali nampak kurang menyerlah. Aku lebih suka tengok kesan visual secara praktikal yang dibuat. Yang menarik adalah sequence yang menunjukkan bagaimana virus itu tersebar.

Keseluruhannya, ini filem yang baik. Konflik yang dibina dirungkai dengan baik beserta backstory yang jelas. Untuk filem dengan skala besar seperti ini, bagi aku persembahan mereka memang terbaik. Ramai betul extra, dengan effort yang bersungguh, filem ini buat aku rasa puas selepas menontonnya.

POPKON:

popkonX4

Ini SEMBANG aku saja. Kalau korang ada yang lagi best, sila tinggalkan diruangan komen!

Keyword: #flumovie, Flu, Flu review, Flu movie, sembang wayang, throwback, movie review, Flu 2013, Flu filem, filem 2016, review bahasa melayu, bahasa malaysia

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s