SEMBANG WAYANG: Storks

storks

Suatu ketika dahulu, burung-burung Storks bertugas sebagai penghantar bayi kepada manusia. Kini setelah permintaan berubah, Storks mula membuat servis penghantaran barangan. Tulip, seorang bayi terbiar kini berusia belasan tahun perlu dibebaskan sebelum menjadi ancaman kepada Storks. Namun, perkara bertukar menjadi huru-hara apabila Tulip tanpa sengaja mewujudkan kembali servis penghantaran bayi!

Tajuk: Storks

Klasifikasi: PG13

Edaran: Warner Bros. Pictures

Genre: Animasi, Aksi, Pengembaraan

Pengarah: Doug Sweetland, Nicholas Stoller

Bahasa: English

Tayangan Malaysia: 22 September 2016

Tempoh: 1 jam 27 minit

Pelakon: Andy Samberg, Katie Crown, Kelsey Grammer, Keegan-Michael Key

Panggung Wayang: GSC Mid Valley, Kuala Lumpur

Sembang:

CUTENESS OVERLOAD! Terutamanya jika korang peminat baby dan baby dan baby! Yaa ampun, filem ini unexpectedly entertaining. Filem animasi dari studio yang baru-baru ini menghasilkan filem animasi, Warner Bros. Animation. Kalau korang pernah menonton filem The Lego Movie dulu, ini adalah filem animasi kedua mereka. Konsep mengarut yang sangat menarik menjadikan filem animasi ini lain dari yang lain. Tapi promosi untuk filem takdelah sehebat mana sebab waktu tayangan pun tak banyak..

Para pelakon suara untuk filem ini kalau aku tengok nama, memang tak kenal entah siapa. Tapi bila tengok muka, mereka adalah pelakon-pelakon komedi yang terkenal rupanya! Penekanan kepada perincian pergerakan watak sangat bagus. Seronok melihat kelincahan mereka dan lakonan suara sangatlah bersahaja.

Kalau nak difikirkan logik, filem ini memang jauh langit dari bumi. Konsep cerita pun memang daripada mitos yang kita pernah dengar atau tonton masa kanak-kanak dulu. Ala.. ada kan kita dengar cerita dari mana datangnya baby.. dan baby ni dihantar oleh burung ke rumah. Tak pernah dengar? Do you even.. gituhh. Tapi gaya pernceritaannya memang menarik. Untuk anak-anak mereka akan terhibur melihat pergerakan dan emosi watak, tapi untuk mak-ayah level, korang akan dapat apa sebenarnya yang mahu disampaikan. Pacing cerita yang pantas dan tidak meleret. Banyak aksi dan babak yang seronok. Ada dua babak aksi yang buat satu panggung gelak sakan. Aku pun kemain suka gelak tanpa dipaksa. Memang lawak gila weh!

Mereka cukup kretif menghasilkan pergerakan burung supaya jadi lebih best. And those babies…. ada variasi! Aku dan adik aku siap suka melihat perincian setiap baby. Selain perbezaan warna kulit dan saiz, wajah mereka juga sangat universal. Pujian diberikan kepada kesungguhan mereka tu!

Keseluruhannya, filem ini sangat menghiburkan. Aku rasa filem ini akan menghiburkan remaja-dewasa berbanding kanak-kanak sebab contents dia agak sedikit dewasa untuk difahami. Tapi kecomelan karekter, warna dan aksi akan menarik perhatian kanak-kanak untuk kekal menonton. Recommended!

POPKON:

popkonX5

Ini SEMBANG aku saja. Kalau korang ada yang lagi best, sila tinggalkan diruangan komen!

Keyword: #Storks, Storks, Storks review, Storks movie, sembang wayang, movie review, Storks 2016, Storks filem, filem 2016, review bahasa melayu, bahasa malaysia

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s